Tuesday, April 3, 2012

Lepas satu satu dugaan .....

Assalamualaikum!



Fuhhh. Alhamdullilahhh dah selamat sampai kampunggg :)

Memang best duk dekat kampung, dapat jumpa family yang terceheeeentaaaa. Hehehe

Huhu nak balik kampung pun pelbagai dugaan tahu tak. Dah macam apa dahh. 


1. Hari tu tak dapat blogwalking di sebabkan aku teramat busy dengan final project. Alhamdulillah selamat jugak aku siapkan.  Tu pun ada jugak dugaan, sehari sebelum nak kena print report, printer pulak  buat hal. Dah la tengah malam bebuta, nasib ada sorang kawan yang sudi nolong untuk printkan kan.

2. Setel pasal final project, tiba masa pulak untuk cari tempat praktikal. Memeng sebelum ni dah cari tempat praktikal, di salah sebuah hotel terkemuka di kl. Masalahnya baru aku tahu dress code untuk kerja atau praktikal di hotel adalah TAK BOLEH PAKAI TUDUNG! Katanya manager sana "u have to removed ur tudung lah if u want to praktikal here" aku macam WTF! Ini adalah diskriminasi tahu tak. Bagi aku apa salahnya pakai tudung as long as kerja kita jalan macam biasa, as long as we have the skills untuk buat kerja. Entahlah, yang aku tahu hotel dekat kelantan ni boleh je pakai tudung. Maybe aku yang ketinggalan arus permodenan ke apa ke tapi kata manager dekat situ dah memang syarat diorang tak boleh pakai tudung if nak kerja dekat hotel. Semua hotel kat kl memang macam tu ke? Entah lah, jadi keputusan aku aku tolak untuk praktikal dekat sana. Rezeki ALLAH ni luas, tak sanggup aku buang tudung semata mata nak praktikal atau kerja dekat sana. Rasa macam jalang lah pulak kan. Hahaha ..

3. Yang last sekali, paling tak menahan! Balik balik je kat rumah, aku memang dah la hantu internet. memang aku tak boleh if takde internet, tak makan tak apa tapi internet kena ada. Balik dekat rumah, kata mak aku internet takda! Kabel kena curi. Dah seminggu macam ni. WAARGGGGGGGG Tak tahu macam mana nak imagine kehidupan aku tanpa internet. So sekarang ni aku tengah update blog dekat kedai D'KLASSIC WHITE COFFEE. Dah berapa hari aku tak update blog, nanti kang jatuh merudum pulak traffic aku. Hehehhe Terpaksa lah online sini. Padahal aku dulu pelik jugak apesal lah orang nak online dekat kopitiam padahal aku tak tahu perkara sebenar kan. Heheh sekarang ni aku pulak yang terkena. Aku sebenarnya malas nak online dekat luar, malas nak menghadap pelbagai jenis orang ni. Tapi dah terpaksa kan. :(


Okay, berjumpa lagi di lain hari. Hehehehhe


Eh sebelum tu letak lah gambar dulu okeh.


Dia yang selalu ada di belakang aku, menyokong setiap tindakan aku.





terima kasih sudi baca yaw!

5 pengomen:

CintaZulaikha said...

tader kena mengena tudung ngn kerja kalau nak ikotkan...ngn org cenggitu kita hanya boleh cakap...blahlahhhhhhhhh...

shiema sufian said...

Alahaaaai, hotel ape tu. jangan kerja. zalim namanya tu. ajak org buat dosa

Anis syahirah said...

alasan dia tak bagi pakai tudung tu sangat lame okay! adoi huu. mana boleh cakap macam tu kan. haih. btw goodluck :)

ishiko said...

hahaa
kita blk cuti hri tu pun line xdapat,
pg on9 kt mekdi je.. hahaa

Reena said...

Uishh... Sampai kabel internet pun orang curi. Dahsyat betul -___- Zaman sekarang ni takde internet, mmg boleh buat pening kepala. Hehehe

Post a Comment

terima kasih sudi komen blog ini :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by Sarah Mohamad on Best Web Hosting