Assalamualaikum!
**Hai
hai semorang. Hari ni aku bercuti yeayyyy sempena dengan Hari Maulidur
Rasul dan Hari Thaipusam. Bestt ohh duk kat Malaysia ni, pelbagai cuti
adoooooo.**
Back to the topic,
Aku
rasa semorang tahu kan apa maksud meminjam kan? Kalau tak paham jugak,
ermm tak tahu lan nak describe korang ni macam mana. HEHEHEHEHEHEH
Okay.
Mengenai adat meminjam. Bukan ditujukan khusus kepada sesapa ni tahuu
takk, tapi secara umum. Memandangkan tak ramai yang tahu cara - cara
betul meminjam. Dari sudut definasi sarah mohamad ni haaa okeh. Tak kira
lah pinjam duit/money ke barang ke ataupun harta benda. Asalkan namanya
pinjam. Tapi selalunya pinjam meminjam ni lebih kepada barang atau
harta benda kot. Sebab kalau pinjam duit maksudnya hutang kan. Tapi
still dalam kategori pinjam lagi.
Jom tengok ..... zasssss ......... layaaaaaan *tetiba*
- Pertama sekaliiiii, kalau dah pinjam reti lah pulangkan balik okeh. WAJIB lah memberi balik benda/duit
yang telah di pinjam. Jangan tunggu si tuan punya barang/harta/duit
itteww meminta balik. Macam si empunya barang/harta tu pulak merayu rayu
minta di pulangkan balik. Tak ke mendidih hati empunya barang/harta
tersebut? Kalau dah tahu pinjam, mesti lah tahu nak pulangkan tak gituww
adik kakak pakcik makcik? Jangan buat muka tak malu, buat barang/harta
tersebut macam hak milik sendiri okay.
- Yang kedua, pinjam secara third party. Contohnya macam ni ; si A nak pinjam barang si B, tetapi si B takde .. so si A minta kebenaran pinjam dari si C iaitu roomate si A. So si C pun bagi la kebenaran. Kalau korang menjadi si A dan kalau korang seorang berhemah adakah korang akan amik barang tersebut?
- Aku tak pasti adakah korang akan amik atau tak barang tersebut .. hehehehe ye lahh, setiap orang tak sama kan perangai. Ada yang sanggup amik dan ada juga yang tak sanggup amik sebab tuan punya sebenar iaitu si B takde. Siapa si C untuk bagi kebenaran? Adakah dia empunya barang tersebut? Ofcourse la bukan sebab empunya sebenar adalah si B.
- Situasi macam ni selalunya terjadi dekat hostel, asrama, housemate, roomate.
- Yang ketiga, kalau tahu barang/harta yang dipinjam .. sila lahhhhh jaga barang tersebut! Bagi yang elok, dah dapat yang buruk. Selalu jek aku dapat macam ni T___T. Selalunya novel lah. Weii, aku beli novel tersebut dengan duitt tahu takk, bukan dengan daun kering. Orang dah bagi pinjam, harus lahh bersyukur dan jaga dengan sebaiknya. Ini tak, bagi elok2 dah pinjam dapat yang buruk. Muka surat dah nak tercabut keluar lah, muka depan dah tak macam muka depan lagi. Tak ke mendidihh macam tuu?
Itu
jelah kot aku rasa adat meminjam. Maybe korang ada beberapa tips lagi
yang korang rasa penting. Drop a comment and aku akan tambah dekat entry
ni :D
Aku
kalau benda tu tak penting and rasanya tak perlu, aku takkan pinjam.
Biar lah aku punya buruk atau tak selesa, selagi boleh guna aku guna.
Aku takkan pinjam kalau bukan emergency. Contohnya baju.
Banyak lagi sebenarnya tips tips yang ada .. tapi 3 ni je yang aku terfikir pada masa sekarang. HEHEHEHE.
terima kasih sudi baca yaw!
1 pengomen:
nice one..
masa kat hostel dulu, saya jarang pinjam brg orang
tapi bila pinjam tu, selalu lupe nak pulang...
malu la gak bila orang tu minta balik bfore kita yang pulangkan sendiri..
sekarang, dah takde dah mengamalkan adat ni...
Post a Comment
terima kasih sudi komen blog ini :D