Wednesday, October 26, 2011

AWASI LANGKAH ANAK ANDA YG MEMAKAI SEPATU CROCS!

Assalamualaikum!


info ni aku jumpa dekat fb okay. aku nak share dekat sini :D

tak dinafikan, sekarang ramai yang suka pakai crocs kan .. aku tak gemar punggg sebab erk .. macam sandal entah pape jek T__T

tapi adik2 aku memang suka .. memang sorang2 ada satu sandal crocs .. hehehe senang, sarung jek dah ke boleh ke mana2 .. lagipun selesa kan ..




*gambar dari fb*



tengok dari gambar dekat atas ni .. huh serius rasanya!

tengok kaki budak tu .. sampai kan terlipat ke bawah ..harap2 lah antara kita2 semua ni takkan jadi gini yek!

kesiaaaaan sangat dekat budak tuu . mesti menahan kesakitan :( kita2 yang luka ni pung tak tahan *tak tahu lah kalau korang tahan* hehehehe inikan pula kanak2 yang terflip kaki macam dalam gambar :(


Di The Gardens, Mid Valley City baru-baru ini berlaku satu kemalangan ngeri dimana seorang kanak-kanak tersangkut kaki pada eskalator dan terpaksa dibawa ke Hospital. 

Kemalangan yang berlaku di hadapan pasaraya Cold Storage The Gardens nyaris menjadi satu tragedi menakutkan apabila kasut/selipar yang dipakai kanak-kanak tersebut tersangkut di tepi eskalator itu.  
Tindakan pantas pekerja pengurusan The Gardens untuk menelefon pihak bomba dan ambulans berjaya mengelakkan kemalangan tersebut dari semakin teruk. 

Pihak Bomba dan keselamatan mengambil masa selama lebih kurang 30 minit untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut. Orang awam yang berada berhampiran turut membantu apabila diminta oleh pihak terbabit.

Kanak-kanak tersebut yang dipercayai mengalami kecederaan teruk pada kaki, segera digegaskan ke Pusat Rawatan Universiti Malaya menggunakan Ambulans yang sedang menanti di luar The Gardens. 

Punca kemalangan dipercayai kasut/selipar Crocs yang dipakai kanak-kanak tersebut, ditarik masuk kedalam eskalator. Sebelum ini, telah berlaku banyak kes yang melibatkan Crocs dan eskalator.

Dipercayai struktur getah lembut pada Crocs, menjadikan ianya mudah ditarik masuk oleh eskalator. Mudah untuk dikatakan, pemakaian Crocs agak bahaya dipakai mereka yang cuai. 

Diharap jika anda memakai kasut/selipar jenis Crocs, untuk lebih berhati-hati dan sentiasa perhatikan anak-anak kecil agar kemalangan seperti ini tidak berulang lagi.

so kepada semua bapak2 ibuk2 yang ada anak suka pakai crocs atau suka pakai2kan kasut crocs dekat anak2 .. kena berhati-hati lah ..

dan berhati2 masa naik or turun dari eksalator / tangga bergerak .. hehehe

terima kasih sudi baca yaw!

10 pengomen:

jeillabies said...

huaaaa...menakutkan...grrrr, kesian budak tu, x leh bygkan cmner dia than sakit......

tenteramalaya said...

bahaya 2 boh naseb teman x gune kan3

tenteramalaya said...

bahaya la naseb sy x ske pakai

tenteramalaya said...

bahaya la naseb sy x ske pakai

Zura said...

aduh..takutnye..

Uncle Ardz said...

ermmmm...
bagus2...
lepas ni kita pakat rmai2..
pkai ASADI..
jenama buatan Malaysia..

~Nana 귀여운~ said...

bukan sebab kasut tuh, sebab kaki budak tuh terlampau dekat pada sisi eksltor tersebut....so kene berwaspada lah..

Myra Jay said...

Kalau camni kasut tu kena tarik dari pasaran la takut lebih ramai yang menjadi mangsa..


**Akak dah masukkan link Sarah ye :)

sarah mohamad said...

@uncle ardz

hehee .. kesimpulan nya pakai lah asadi jenama buatan manusia

sarah mohamad said...

@nana

betul jugak kan .. maybe kaki budak tu telampau rapat sgt dekat eskalator tuu .. tu yang tertarik tuu. pastu kasut crocs tu tak putus pulak.

Post a Comment

terima kasih sudi komen blog ini :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by Sarah Mohamad on Best Web Hosting