Showing posts with label tutorial. Show all posts
Showing posts with label tutorial. Show all posts

Thursday, March 22, 2012

Menambahkan 2 fungsi di blog. Yeyyy!

Assalamualaikum!


Upgrading my blog. Wehhooo!


Apakah 2 fungsi yang aku tambah ittew? Hehehe Jawapannyaaaa adalah 




Supaya senang aku nak baca balik post2 aku yang lama juga supaya senang korang nak cari balik entry aku yang lama2. *berangannn lahhh padahal takde orang nak baca punnn* hehehe

Aku dah linkkan ke tutorial blog archive versi kalendar ni if kalau korang pun nak buat jugak macam aku ni haaa. Ada banyak pilihan, cari je yang mana korang berkenan. Macam aku, koding yang asal aku ada ubah dah sket sket, sebab background aku hitam. Kalau aku guna koding asal, memang tak berapa nampak sangat calendar aku tu. Jadi aku tukar font color menjadi lebih terang.  Hehehe 


Lagi satu, kalau ada fungsi ni aku rasa lebih mudah kot. Senang pun senang, 2 dalam 1. Boleh tengok entry dan boleh terus tahu tarikh apa entry tu kita upkan. Heheh




Fungsi Threaded Comment for Blogspot


Aku rasa hanya koding ni je yang ada, yang lain pun ada tapi tak jadi. Yang ni jadi :) So aku suggest if korang nak buat jugak guna koding daripada blog ni.


Tapi make sure korang kena betul betul paham macam mana nak buat, memang agak complicated skettt. Tutorial dan koding pun panjangggg! Bersiap sedia kalau ada yang tak jadi. Aku buat pun kali ketiga baru betul betul jadi! Fuhhh baru rasa lega pas jadi. Hehehe


Sebenarnya dah lama nak buat threaded comment ni, cuma ye lahhh sekarang aku kan tengah fyp so memang takde masa. Ni pun sebenarnya takde masa gak cuma curi masa skett padahal esok dah pra present fyp. Mampusss!


Buat threaded comment ni dapat memudahkan onwner blog untuk reply comment di blognya. Kalau cara biasa, susah kot. Takde susah sangat tapi kalau ada benda yang menyenangkan buat apa nak susah2 ye dak! Hehehe Comment form pun jadi senang dan kemas.


PS : Alhamdulillah! Sekarang rezeki BE tak putus2. Suka! Heheh Dah habis kempen yang tu, esoknya masuk pulak kempen terbaru. Sangat beruntung! Heheh Apa2 pun baru aku tahu, hari2 kena update blog supaya traffik sentiasa stabil! Korang pun boleh! *semanggtttttt!!!* :D

terima kasih sudi baca yaw!

Monday, March 12, 2012

Totorial : Masukkan video youtube. Jika tak boleh nak embed.

Assalamualaikum!



Aku bengang dah ni, selalu kalau aku nak masukkan video youtube dalam entry kan, selalunya aku akan buat cara macam ni. Selalunya pergi dekat youtube > pilih share > pilih embed > pastu kita copy lah link nya kan. 


Tetapi aku perasan, sejak aku tukar ke dashboard interface baru ni, aku tak boleh nak embed kod tuu. Dah macam2 carah dah aku buat, tapi tak jadi.



So kalau aku nak copy video dari youtube tuu, aku terpaksa guna cara youtube > more > pastu pilih blogspot. Cara ni agak leceh kot, sebab video tu akan automatik masuk dalam entry dan terus publish.


Tapi sekarang tak payah bengang lagi. Aku dah jumpa cara yang terbaik! Aku tak tahu lah sesapa ada tahu cara ni atau tak sebab masa aku cari dekat google taku tak jumpa lagi. T___T


Aku pun tak nak kedekut ilmu, so aku share sahaja dengan korang okehhh. Sharing is sexy right? Hehehehe




 FIRST : Pilih Insert A Video. Sebelah Insert Image.
Akan keluar seperti gambar di atas.
Pastu ikut step yang aku dah tandakan.


1. Pilih Youtube
2. Akan ternampak search button youtube.



Contoh nya aku guna video  tutorial dari Fyna. Hehehe
Memang tengah cari tutorial nak buat bibir merah menyala pun sekarang ni. Hihihihi




3. Copy url link video tersebut.






Lepas copy, letakkan link url tersebut di tempat yang telah aku tandakan 2.
Akan nampak senarai video.
Pilih video yang mana.
Pilih SELECT.




 Tadaaaaaa!
Video tersebut telah di masukkan dalam entry. Hehehe
Mudah je kan.


If ada apa2 pertanya atau kemusykilan atau tak jadi, sila inform aku eh eh eh.



terima kasih sudi baca yaw!

Saturday, February 25, 2012

Cara nak safely remove external/pendrive.

Assalamualaikum!


Pernah tak external hard disk korang ataupun pendrive apabila korang nak eject dia tak boleh nak eject sebab ada file yang sedang digunakan, padahal masa tu semua file dah ditutup?



Selalunya korang mesti just tarik je external/pendrive korang tu kan? Ye dak? Hehehehe aku tahu lan sebab aku selalu je tarik keluar kalau dah tak boleh safely remove tuu. LOL!



Ada 2 kemungkinan kalau external/pendrive tak boleh eject :

  1. Ada virus/worm yang tengah running dalam external/pendrive.
  2. Media player tengah cuba sync dengan external/pendrive

 
 Cara nya senang saja :

  1. Memula korang download ni dulu >>> masuk dekat www.filehippo.com dan download unlocker. Ataupun kalau malas, boleh download dekat SINI jek.
  2. Lepas dah install, pergi dekat C dan right click external hard disk/pendrive korang. 
  3. Pilih unlocker.
  4. Setel masalah.


Kalau ada masalah sila tanya okehhh :)


Source : SINI!

terima kasih sudi baca yaw!

Monday, January 30, 2012

Tutorial buat pages di blog.

Assalamualaikum!

and Hello everybody! :D



Dah lama tak buat tutorial ye dak. Aku pun tak tahuu nak buat tuto apa. Cuma hari tu aku tercari cari jugak acene nak buat pages ni. 


Masa tu cari dekat google, tapi tak ramai yang buat tutorial pages yang selengkapnya macam aku nak. So aku buat tuto ni supaya dapat menyenangkan orang lain yang nak buat pages jugak.


Eh sebenarnya korang tahu ke pages tu apa? OK, aku tunjuk gambar.


 #1

Nampak tak? Tu yang dikatakan pages. Kira senang lah orang nak cari entry yang dahulu kala kita di bawah label contohnya review tuu .. semua entry kita yang telah kita labelkan dengan review akan keluar. Erk .. paham ke tidok ni? Kalau tak paham boleh tanya aku okeh dekat ruangan komen di bawah entry ni.


Cara nak buat pages pun senang shaja. Tak susah.

First sekali, dekat bahagian entry korang. Korang WAJIB kena labelkan entry korang ittew. Tak kira lah nak labelkan review ke, tutorial ke, apa apa jelah yang korang nak.

 


 #2

Okay. Kita nak buat pages dah ni. T__T


Aku guna dashboard baru ni.  Sebenarnya senang guna dashboard stail baru. Semuanya tunggu klik klik je. :D




#3

Untuk bahagian TOB TABS tu, fungsi TOBS TABS ni adalah tempat kat mana korang nak letak pages korang ittew. Selalunya orang letak dekat atas ye dak. Supaya senang orang nampak. Tapi ada jugak yang selesa letak dekat tepi. Korang boleh pilih nak letak dekat atas ke, tepi ke mana - mana ikut kesesuaian blog korang.

 
#4

Nampak tak tempat yang aku petakkan ittew. Okay. Untuk bahagian NEW PAGE, haa .. dekat sini lah korang kena pilih samada untuk BLANK PAGE ataupun WEB ADDRESS. Untuk mengeluarkan semua entry kita di bawah satu label, aku suggestkan korang pilih dekat bahagian WEB ADDRESS.


Dah klik, akan keluar satu pop up seperti di bawah ni. Rujuk gambar #5



#5

Dekat bahagian ni, korang amik link untuk bahagian mana yang korang nak. Contohnya aku pilih makan - makan. So aku klik situ, and aku amik link nya. Rujuk gambar #7


#6


#7

Sebenarnya senang jek nak buat pages ni. Memula aku pun tak tahuu nak buat macam mana, tanya orang tu orang ni .. kalau nak belajar tak boleh segan nak bertanya T__T. Lepas tu, aku try and error. Baru lah menjadik. HEHEH



Jika ada pertanya ke atau korang pening pening lalat untuk ikut tutorial aku ni, do let me know okeh. At least, aku boleh baiki balik jika ada kekurangan apa dalam tuto aku nih.


terima kasih sudi baca yaw!

Thursday, January 5, 2012

Penyelesaian kepada shoutmix!

Assalamualaikum!

Semua orang tahu kan bahawa shoutmix telah menghentikan penggunaannya yang free. Sekarang kena bayarrr lorhhh.


Tapi jangan risau, sebab ada penyelesaiannya =P


Memperkenalkan FIBOX





Aku lupa pulak nak print screen masa nak sign up hari tuu. 


Ada 2 cara nak sign up iaitu 
  1. Sign up biasa *buh email, username, password* .
  2. Sign up guna facebook.
  3. Lepas tu, kena letak tajuk untuk box kita ni. Aku letak cakap - cakap.
  4. Setting sikit2. Nak ubah huruf ke, nak ubah, besar kan, nak kecikkan, nak tukar kaler background. Nanti korang setting lah sendiri sebagaimana korang nak.
  5. Siapp! Amik kod dan letak macam biasa.

Aku sign up guna facebook saja. Mudah je. Klik and then kena approve apps tu. DONE



 Fibox yang aku punyewwww! =P Kalau tak nampak silah lah pandang ke belah kanan ok.


terima kasih sudi baca yaw!

Tuesday, January 3, 2012

Main - main mekap =P

Assalamualaikum!

Hari tuu entah angin apa melanda aku dengan adik adik, dah takde kereje apa, dengan malam malam buta lagikkk kami duk main main dengan mekap stuff. Yang jadi mangsa nya adalah adik aku yang nombor 3. Terpaksa tadah muka dia untuk dimekapkan. HEHEHEHE


#1

#2

Adik aku.

#3

Mekap stuff.

 #4

Adik aku yang nombor 2 tengah mekapkan. 

 #5

Sebelah kiri adalah aku yang mekapkan. Insipirasi entah apa apa jelahh. Sebelah kanan adalah adik aku yang mekapkan. 

Dia guna gold + hijau gitu. Aku pungg tak pasti sebab tak tengok. Aku guna pink + biru.

Teringin jugak nak buat tuto mekap secara video tapi keyakinan aku berada di tahap kaki lagi. Tunggu keyakinan berada di kepala baru aku buat kot. =P


terima kasih sudi baca yaw!

Friday, December 9, 2011

Make your own eyeshadow primer =P

Eyeshadow primer ni kegunaan dia adalah untuk mengekalkan warna eyeshadow supaya tahan lama dan tak comot serta membuatkan kaler eyeshadow lebih menyerlah.


Aku memamng tengah mencari cari primer ni, aku ingat nak beli yang Elianto punya jek. Pastu terjumpa video ni. Cara cara nak buat eyeshadow primer sendiri. Macam mudah je.


Eyeshadow Elianto.
gambar dari google





Mudah je kan. Bahan bahan tu rasanya semua aku dah ada. HEHEHE Kalau ada masa, InsyaAllah .. macam nak buat :D


terima kasih sudi baca yaw!

Tuesday, November 1, 2011

TIPS MEKAP dari REVLON and RIMMEL

Assalamualaikum!


hari ni bagi tips yek! tapi ini tips bukan aku punya. aku amik dari website WATSON. banyak tips mekap weh ada dekat situ. korang boleh tengok dekat bahagian BEAUTY dan pilih bahagian A:MAKEUP 101. korang boleh jek pergi dekat website watson dekat sini >>> WATSON macam2 yang korang boleh tahu. ada jugak review produk. macam2 lahhhh :D

aku selalu jugak la menempek dekat website watson ni. sebab nya aku nak tengok ada sale ke tak! HAHAHA ... 

okay. tips mekap ni dari REVLON dan RIMMEL. aku tak pernah guna apa2 punggg produk dari RIMMEL ni. so tak tahu best ke idok produk ni. so far kalau REVLON tuu memang dah biasa, *lipstik je lah eh* hehehe  

hari tuu ada sales dekat warehouse untuk barangan mekap ni, yang aku geram nyaaa aku tak dapat pergii! ni pasal anis coco lah yg tak bagitahu aku awal2. hehehe *joking anis* 

wehhh ... *gossip sket* hari tuu kan bezday aniss, boifrenggg dia ada buat candle light dinner dekat dia .. surprise la gamaknyaaa .. sweet tak! kalau nak tahu pergi terjah dekat blog dia nuuuh. klik sini >>> ANIS COCO!

dah dah :D

here is the tips that I've said earlier 




foundation revlon tu macam best jek! ramai jugak yang buat review pasal foundation ni. menarik perhatian aku untuk membeli nihhhh hehehe

tapi aku tak nak curang dengan foundation naturactor aku HAHAHA

terima kasih sudi baca yaw!

Sunday, October 30, 2011

Deleting my fb's album!

Assalamualaikum!
aku sekarang tengah dalam proses untuk membuang semua .. i mean bebetul semuaaa gambar dalam facebook aku yang aku rasa tak guna/tak berfaedah/tak perlu ...

 aku baru tahu ngupanya album2 lama yang dulu2 punya tuu .. still takde privacy. i mean kalau orang yang bukan friends dengan kita nih still dapat tengok jugak album2 lama aku dalam facebook


gambar2 yang terkini je yang orang lain tak dapat tengok. atas sebab tu aku rasa macam aku nak delete lah semua gambar aku tuhhh hehehehe 


caranya punggg senang sajokkk hehehe


meh meh meh aku ajar :D




contohnya aku pilih album ni ok. tahun lepas dah 22, tahun ni dah 23. opsss!

klik dekat edit album. belah atas tu.


 pastu akan keluar begini.

 dah keluar begini, harus lah mengkelik delete album.



akan keluar pop up confirmation.

dah memang aku pasti nak delete harus kelik delete album terusss! hehehe

so sekarang semua gambar2 aku, bagi sesapa yang tak frengs dengan aku memang tak dopet lah tengok heheh .. baru lah aku rasa macam secure sket. memang lah aku tahu once dah upload dekat internet, gambar2 kita boleh tersebar. at least ada jugak protection yang aku buat iye tak.


terima kasih sudi baca yaw!

Thursday, October 27, 2011

Tutorial bentukkan kening tanpa mencukur kening

Assalamualaikum!

selama ni aku memang tak reti nak bentukkan kening aku masa mekap2 bagai ni .. so selama ni kalau mekap, bab kening ni aku abaikan sajoo T___T

memandangkan kening aku ni jenis yang dah kira bertakup dah antara kedua2 kening ni *amboi* maka aku rasa macam agak susah nak bentukkan .. plus aku pulak tak berapa reti nak bentuk dan lukis ni

aku malas pulak nak pergi cukup or threading ni .. dulu sekali jek aku pernah cukur .. memang cantik dan kemas  .. tapi rasa bersalah pulak sebab cukur kening padahal memang dah tahu haram cukur kening ..

tapi tapi tapiiii  aku dah jumpa satu blog yang ajar cara lukis kening tanpa perlu cukur kening ni *yey!*

blog tersebut adalah nuex & Syed Make-Up Studio, untuk ke blog tersebut boleh klik >>> SINI!

dalam blog tersebut ada ajar 2 cara untuk bentuk dan lukis kening .. caranya mudah jek!



*cara pertama*


**kalau tak nampak, boleh klik untuk pembesaran melampau**



 *cara kedua*

**kalau tak nampak, boleh klik untuk pembesaran melampau**


gambar dari blog tersebut. boleh klik gambar kalau nak ke blog tuu . banyak tuto and his makeup memang marvelesss okay!


tapi aku rasa aku lebih prefer untuk cara nombor 1 which is guna stick foundation. aku rasa lebih senang guna cara tuu :D

memandangkan muka aku agak kebulatan .. bentuk kening yang sesuai untuk aku adalah begini :



*muka boooolat*

sebab tu aku lebih suka pakai tudung sarung / ekspress gini. kalau pakai tudung yang ada inner dan inner tu lekat dekat dahi memang sah sah dah nampak macam bulan!

kalau aku pakai inner pun, aku akan tetas kat belakang tu bagi muncung sket T__T


okay .. nanti free aku akan buat tutorial bentukkan kening macam dalam gambar atas tuu okay! hehehe

terima kasih sudi baca yaw!

Monday, October 17, 2011

Tutorial nak tahu widget apa yang tak perlu di blog anda

Assalamualaikum!


kali ni buat tutorial. kalau sesapa yang dah tahu .. teruskan baca .. kalau yang tak tahu .. pung teruskan baca jugak hahahaha


okay .. tutorial kali ni mengenai macam mana nak tahu loading blog korang .. tapi kat sini best sket , bukan macam biasa tu yek ..kira dekat sini lebih detail lagi.


yang ni kita dapat tahu seberapa lama widget kita amik masa untuk loading.dengan itu, kita dapat tahu apa yang tak perlu dan perlu dalam blog kita.


selalunya yang memberatkan blog adalah benda2 yang tak penting punggg macam .. javascript lah . efek salji ke bubble ke .. jam entah pape tuu , apa lagi eh .. macam2 lah ..gambar pun kadang2 boleh memberatkan blog. kalau boleh resizekan gambar sebelum upload dalam blog. aku selalu resize hingga jadik 800x600.






contoh macam dekat atast tuu. hehehe


  1. dekat bahagian 1 tuu, korang letak URL blog korang.
  2. yang 2 tu, menunjukkan URL blog korang 

dekat bahagian bawah tuu .. adalah the details tentang penggunaan widget blog korang. just right click dekat mana2 tempat yang menunjukkan loading berat okay. nanti baru korang cakap gini "oooooo .. benda ni lah yg membuatkan blog aku berat. cisss .. buang terus" *kata2 telah di tambah tokok* hahahaah


bagi sesapa yang nak check boleh klik >>> KLIK SINI LAH!



macam blog aku paling lama nak loading adalah gambar *sebab salah satu gambar naturactor tu aku lupa nak resize kan* tu salah satu faktor yang membuatkan blog lambat nak loading. lagi satu, widget feedjit tu yang memakan masa 0.9 seconds.


so far ..blog aku ni cuma amik masa 3 saat je nak loading ... aku rasa blog aku ringan lah. tak tahu lah kalau ada sesapa yang kata blog aku berat ke apa ke .. hehehe







Peraduan Bongkar Kod Rahsia! 
Menangi pelbagai hadiah menarik seperti iPad 2, Samsung Galaxy Ace, 
iPod Touch, mp3 player, serta merchandise PTS!
*nak join just klik pic atas okay*

Monday, October 10, 2011

Toturial Ping Blog Di BUSUK.ORG


Assalamualaikum!


pernah dengar Busuk.org?


Busuk.org adalah sebuah tempat untuk korang ping entry blog korang. alah ... lebih kurang sama macam geng blogger lah ..


aku suka ping dekat Busuk.org ni sebab mudah dan cepat jek nak ping. pastu layout yang simple memudahkan aku untuk terjah ke blog2 yang aku rasa mcm best sebab ada fungsi entry yang telah di listkan. contohnya : entry yang di rekomenkan untuk baca oleh Busuk.org. selalu aku selalu baca dekat popular hari ni. katanya popular khenn, mesti lah entry best *kot* hehehehe


cara2 nak ping dekat Busuk.org senang je. korang just klik dekat submit entry anda. kalau tak paham, tengok gambar bawah ni.



nampak tak tempat yg aku dah petakkan dengan kaler pink tu? 
hahaha *kenapa tah aku rasa nak pilih kaler pinkkkkkk*


once korang dah klik situ, akan keluar satu tempat untuk korang letak url ataupun link entry korang tersebut. mudah kan? 


oh .. btw, sesapa yg rajin ping dekat Busuk.org, nama korang/senarai post yg korang ping akan tersenarai. tu yg best .. mcm aku, ketuk kepala aku pung aku still malas ... heheheh aku time rajin je aku rajin nak mengeping ni, time malas melanda .. aku publish mcm biasa jek .. takde ping hap2 punggggggg hehehehe


okayy .. time nak ping entry aku pulak ni hikssss :D



Thursday, October 6, 2011

tutorial video bagaikan artis korean hehehehe


Assalamualaikum!




sesaja nak share video tutorial mekap pulak

boring ler asyik2 post benda yg sama ye tak *korang tak bagitahu pun, aku tahuuuu kekekeke*
kali ni tutorial tentang cara2 nak mekap style korean gituuu

sesapa pung boleh buat tutorial ni *kalau rajin ler hehehe*

nampak simple dan mudah je dia buat

kalau aku buat tutorial ni, confirm muka aku akan jadik at least mcm artis kat bawah ni ... hahahahahaha




MEMANG TAK LA KANNNN!

aku pun heran mcm mana artis korean ni mekap tapi muka nampak flawless giler, mcm takde bintik2 ke jeragat ke jerawat ke ...nampak suci gituu hehehe. rasanya sekadar kuasa mekap kheeeennnn :)


rasanya artis korean ni banyak guna bbcream kan?

#bajetretis


Saturday, June 18, 2011

TIPS! cara nak stabilkan traffik

Assalamualaikum



okay, aku tahu blog aku bukannya traffik tinggi sangat. bukannya traffik ribu riban macam blog fofulare yang lain tapi sesaja je aku buat ni kira tips untuk aku sendiri jugak. boleh? tips aku ni kira perspektif aku sendiri okay.



okay, here we gooo!


selalu update blog - at least satu kali sehari. macam blog aku, kalau aku sempat aku buat dua atau 3 kali sehari. pagi, petang dan malam. tapi kalau korang tak sempat, paling kurang pun sekali sehari dan kira dah okay. kalau kita update, pengunjung blog kita takkan boring. maksudnya kalau pengunjung datang, akan sentiasa ada entry baru yang diorang boleh komen atau baca.



entry biar ringkas - yang ni penting. aku tak suka baca blog yang mempunyai entry yang berjela jela panjangnya. at least kalau citer korang tuu memang panjang, buat la perenggan. pernah perhatikan blog cik epal? walaupun citernya panjang berjela, tapi nampak kemas dan teratur denagn adanya perenggan kan.kalau boleh, entry tuu biar lah ringkas dan padat.



resizekan gambar  - kalau ada gambar yang bersaiz besar, korang resizekan gambar tuu. kalau letak gambar bersaiz besar, lebih kurang jugak akan melembapkan loading blog. dah la ada banyak widget, gambar pulak lembap nak loading, tak pepasal pengunjung blog klik X terus. 



komen blog masa bw - haa! yang ni pun penting jugak. kalau nak orang komen dekat blog kita, pastikan kita komen ler dulu dekat blog2 masa kita ber bw. rajinkan diri untuk komen, rajinkan diri untuk tegur blogger semua. baru lah blogger yang lain akan komen dekat entry kita :D



ping blog - aku selalu ping blog dekat sahabat blogger, gunakan medium facebook tuu untuk ping blog. dekat kelantannetworkblogger dan geng blogger pun boleh. lepas update, rajinkan diri ping blog dekat mana2 sumber traffik ada. yang paling okay, geng blogger kot aku rasa. 



yang tuu jelah kot yang aku sentiasa buat. kekadang traffik aku pun turun jugak, bukannya asyik naiiiiik mencanak je! biasa ler tuu. kalau korang nak ikut boleh, kalau taknak ikut pun tak peee :D

sila LIKE kalau suka

Tuesday, May 3, 2011

aku dah buat tudung stail Hana Tajima. yeay! orang lain dah lama buat, aku baru nak try2. hiks

korang dah makan belum? kalau belum, sila lah ye pergi makan dulu. nanti perut kosong. susah pulak.





dulu.



aku pakai tudung Hana Tajima tak jadik <<< klik link tersebut kalau nak tahu macam mana dulu aku pakai. hiks sumpah! rasa macam malu jek, sebab aku pakai tak jadik2 jugak. macam muka tak menjadik je time tuu. hihi




sekarang.



dah boleh berbangga lah weh. aku pakai dah jadik. dah macam orang normal yg lain. hihi ni pun aku tengok tutorial dekat blog ni. siyes! blog ni memang banyak tutorial yg bagus2. aku hari2 jenguk blog tersebut. dah la owner dia ramah yang amat kot!!





nak tengok tak gambau besar gedabak aku? *kalau korang cakap taknak pun, aku nak post jugak! hiks gedik tak?




macam mana? jadik tak? 



sila LIKE kalau suka

Sunday, April 17, 2011

cantik nya braid ni. kalau dalam bahasa kelantan orang panggil jaling, bahasa negeri lain aku tak tahu ler pulak

korang tengok dulu video dekat bawah ni okeh ^_^


dah tengok dah ?

aku pun tak tahu apa negeri lain panggil ni, tapi dalam bahasa negeri aku orang panggil jaling. hiks

dalam bahasa omputih pulak orang panggil braid. tak kisah lah apa2 pun, yang penting aku nak try tutorial nih. cantik weeeh! berkenan aku. 

kalau yg tak bertudung tuu, boleh la buat ni. simpe dan senang. boleh buat time nak g dinner ke, takpun nak g time majlis orang kawin.

tak perlu nak g buat rambut dekat kedai yg mahal tuu. hiks. buat cenggini pun dah okeh. hiks

sila LIKE kalau suka

Monday, February 21, 2011

Tutorial : Buat muka anda jadik flawless licin tahap gaban tak ado satu jerawat pun .

hai ..

rasa nya dah lama aku tak buat tutorial ni . aku bukan nye pro sangat pun bab2 edit guna photoshop ni . tapi apa yang aku tahu aku nak share dengan korang semua eh .

kalau ada sesapa yang dah tahu , shhuuuh ! senyap2 eh takpun korang duk jauh2 kejap . teeeheee


okay . kita mulakan kelasss kita sikarang . *tetiba2 cikgu cakap pelat*





nampak tak perbezaan antara gambar 2 dekat atas tuu kan . gambar bawah tu kulit jadik flawless kan . tutup2 semua cela2 jerawat2 jeragat2 parut2 dan segala bendalah ada dekat muka tuu .


cara nya adalah :

1. bukak adobe photoshop cs3 atau cs5 .

2. tekan butang FILE > OPEN dan pilih lah mana2 gambar yang korang nak edit tuu ye .

3. macam aku pilih gambar ni 


4. mula2 korang kena buat new layer baru dulu . caranya adalah macam dekat gambar bawah ni . korang right clik dekat background tuu dan akan keluar pop up cenggitu . kalau tak paham rujuk gambar ye .


5. korang kena pilih duplicate layer dan klik .

6. selepas dah klik , akan keluar satu lagi pop up seperti pada gambar di bawah . klik ok .tak payah ubah apa2 pun .



7. lepas tu korang kena klik dekat VECTOR MASK . rujuk gambar bawah yer . 



8. okay lah . aku tahu mesti korang cakap cenggini " kat mana tah VECTOR MASK ni ? " aku akan zoom kan . tengok gambar bawah . haaaa . dah nampak kan  




9. lepas korang dah klik VECTOR MASK tu , akan keluar lah kotak kecik kaler putih . kalau tak paham rujuk gambar okeh .



10. selepas itu , korang pergi pulak dekat FILTER > BLUR > SURFACE BLUR . klik je .


11. dah klik dah ? okay , lepas dah klik dia akan keluar pop up jugak cenggini . tengok gambar bawah ye .


12. korang boleh klik dekat "  -  " tu untuk kecikkan gambar dekat pop up tuu . nanti baru boleh korang tengok keseluruhan gambar tersebut . 

13. korang kena pilih RADIUS dan THRESHOLD . ejas lah macam mana pun sampai korang puas hati okeh . kalau tak puas hati lagi , ejas lagi . hihih . tapi jangan lah nampak muka yang nak di edit tu terlalu fake kan . edit pun biar still nampak lagi originality muka anda . 

14. pastu korang klik ok . muka anda akan nampak seperti gambar di bawah . eh silap , muka aku ler tuu . lepas korang dah klik ok kan , gambar akan nampak flawless je . tapi belum siap sepenuh nya lagi tau . jangan ngada2 nak save pulak . 


 15. lepas tu korang klik pulak dekat MODE > ADJUSTMENTS > INVERT . dan korang klik lah dekat perkataan INVERT tu ye .


16. lepas korang dah klik kan . gambar akan berubah jadik macam asal . jangan risau . sekarang baru proses nak mengecat atau memadam balik muka anda tuu . 


17. korang klik dekat BRUSH TOOLS . kalau tak tahu dekat mana brush tools ni , sila refer gambar bawah . alaaaah . yang belah kiri tuu . dah jumpa kan kan kan ?




18. korang dah klik ke dekat brush tools tuu ? kalau dah , boleh la korang klik klik dekat mana korang nak catkan atau blurkan cela2 jeragat2 jerawat2 white/black head semua bagai tu kan . dekat gambar bawah tu aku ada catkan sikit2 . nampak tak ? separuh ada yang dah okay , separuh lagi ada yang tak okay . nampak tak ?



19. bila dah cat2 balik semua tuu dekat muka . dan korang dah berpuas hati . boleh la save . teeeheee :)


contoh nya macam gambar di atas .



kalau ada yang tak paham apa2 sila bertanya . 
saya akan cuba bantu anda *tetiba mood operator celcom*

sila LIKE kalau suka

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by Sarah Mohamad on Best Web Hosting