Showing posts with label review produk. Show all posts
Showing posts with label review produk. Show all posts

Friday, March 9, 2012

Review : Olay Natural White All In One Fairness SPF 24

Assalamualaikum!















Agak lama jugak masa yang aku ambil untuk mendapatkan pelembab yang bebetul sesuai dengan aku, sebelum ni memang dah pelbagai jenis yang aku guna .. tapi semuanya tak berapa sesuai dengan aku. 


Aku cakap tak berasa sesuai dengan aku maybe dengan kulit aku je, dengan kulit orang lain sesuai. So apa jenis skin care sekalipun semuanya bergantung dengan jenis kulit korang sendiri.


Untuk review kali ni, pelembab dari olay ni tak sesuai dengan aku (╥﹏╥) 


Aku dah guna dan esokkan nya naik beberapa biji jerawat kecil dekat atas dahi. Hehehe Kalau dah naik jerawat ni, memang sah sah tak sesuai dengan aku. So aku stop guna, sebelum ianya merebak tak tentu pasal dekat muka aku nih. Huhuhu


Nasib baik aku try je guna dulu, sebenarnya pelembab ni kepunyaan housemate aku. SEE? Sebab tu aku dah cakap, maybe dengan aku tak sesuai, dengan orang lain sesuai. Kawan aku memang guna olay  dan sesuai dengan dia. Memang hari tuu aku dah tercari cari pelembab yang sesuai dengan aku, itu yang aku try try dulu pelembab kengkawan aku. Huhuhuhuhu 


Dan berita gembiranya, aku dah jumpa pelembab yang sesuai dengan aku. Nak tengok review aku tentang pelembab tersebut, boleh klik SINI!


Yang best :
Ada bau wangi skett, bau lembut lembut gituu
Pakai sket je dekat dahi setitik, kedua dua belah pipi, hidung, dagu pastu dah! Jimat kan sebab tak perlu pakai banyak banyak :D
Yang penting ada spf 24, yakni korangdapat protect kulit dari sinaran UV yang jahat ittew hihihi 
Dapat menutup parut parut jerawat


Yang tak best :
Tak mudah kering, ada rasa melekit sket

Kalau berpeluh, membuatkan kulit muka aku nampak oily 




Harga dekat mydin adalah RM22 je. Masih mampu milik kan? Kawan aku jenis kulit muka yang takde masalah dan sedikit kering. So far dia memang tak pernah tukar pun pelembab yang lain selain dari olay ni.


Aku bagi rate ♥♥  untuk produk ni.


terima kasih sudi baca yaw!

Tuesday, March 6, 2012

Beli barang penjagaan diri.

Assalamualaikum!





Follow Me Dandruff Control Shampoo : RM 11.90
Ginvera Spa Massangging Shower Scrub Green Tea : RM 12.90
Loreal White Perfect Cleanser : RM12.90



Total : RM37.70







Close up skettt =P
Bau sangatt wangi okeh, ada bau grean tea. Lepas mandi rasa sangat sangatttt lah segar. Tambah tambah ada bau kan, keluar dari bilik air masih terasa bau shower ni. So untuk bau memang aku suggest shower cream ni. Bau dia tak pekat sangat, bau yang menenangkan. Ceewahhh! Heheheh
Ni antara shower feveret aku jugak. Harga pun tak mahal sangat kan =P





 Baru try guna ni, memula pakai adalah semalam. Hihihihi
Pakai skett je. Tadi aku tersalah letak banyak, pastu gosok dekat muka rasa tebal pulak foam dia. 
Masa nak cuci muka tu, aku ada pakai mekap tapi tak de tebal sangat, lepas cuci muka dapat rasa muka rasa segar dan bersih.
Ada bau sket, bau tu tak pasti lah macam mana. Tak wangi dan tak busuk. Just nice. Tak terlalu pekat sangat bau dia.


Ginvera Spa Massangging SHower Scrub Green Tea : ♥♥♥♥♥


Follow Me Dandruff Control Shampoo :  ♥♥♥


 Loreal White Perfect Cleanser : ♥♥♥♥


 
Semua benda ni aku beli dekat Mydin. Murah sket hehehehe Kalau dekat watson Loreal White Perfect Cleanser semalam baru aku tengok harganya dalam RM17.90. Lebih kurang lah. Kalau ada sales maybe murah kot. hehehe

terima kasih sudi baca yaw!

Monday, March 5, 2012

Review : Brush Set

Assalamualaikum!


















 Review Set Brush.


Harga : Dalam RM70. Brush set ni kepunyaan adik aku. Dia beli dekat facebook secara online. Harga pulak aku rasa murahh sangat sangat dahh ni ヅ Masa aku survey hari tu, dekat dalam 100 lebih gak orang lain jual, so bagi aku RM70 ni memang berbaloi baloi dah. Hehehe



Packaging : Menarik sangattt! Ada corak peta dunia. Memula ingatkan apa lah benda ni masa adik aku bawak keluar, rupanya ia adalah brush set =P



Brush Set : Bestt! Berus lembut sangat. Tak kasar pun dan mesra muka. Ayat baru *mesra muka*. Nak mekap pun best kan kalau brush lembut gini. Tak rasa sakit dekat muka. Ada pelbagai jenis brush set. Dari sekecil kecil berus hingga sebesar besar berus. Huhuhuhu .. Overall aku bagi rate 4/5. Yang kerap aku guna, adalah brush blending je. Yang lain jarang sebab kurang tahu apa fungsi setiap satu brush set ni.



Link facebook penjual brush set ni adik aku dah lupa sebenarnya, tapi nanti aku akan cari okeh. Maybe korang ada nak beli ke nak tanya ke .. senang sket kalau ada link kan. :)



terima kasih sudi baca yaw!

Sunday, March 4, 2012

Review : Novel JODOH ITU MILIK KITA

Assalamualaikum!
 





 


Kali ni review novel pulak ☺


Jodoh Itu Milik Kita dari penulis Sara Aisha


 
Harga : RM26. Buku ni aku beli dekat kedai buku biasa je area shah alam ni, dari RM26 kedai buku tu bagi diskaun dalam 10% dapat lah harga RM23. Bagi aku rasanya buku ni harga agak mahal lah. I mean untuk novel lah sebab selalunya aku beli novel harga RM19.90 jekk. Kali ni terbeli yang mahal. Hehehehe. Maybe sebab agak tebal jugak kot.




Sinopsis : Aku review versi aku okehhh (¬‿¬) Citer ni mengisahkan Shafiq yang sepatutnya berkhawin dengan Dahlia. Diorang nak kawen pun atas matching dari ibu dan bapa diorang. Katanya mak shafiq ni berkenan dengan dahlia dan nak buat jadi menantu. Tapi shafiq ni masa time nak akad nikah tu, dia lari. Dan untuk menutup malu dari orang kampung, akad nikah tetap berjalan cuma abang kepada shafiq, iaitu aariz yang menggantikan tempat shafiq sebagai pengantin. Shafiq ni berdendam dengan abang dia. Masa aariz dengan dahlia tengah bahagia, dia datang untuk memusnahkan kebahagian abang dia dengan dahlia. Aariz pun bodoh gak dalam citer ni. Seterusnya ... sila beli dan baca sendiri. Hehehehehhe




Penceritaan : Novel ni besttt!!! Memula baca memang best masuk bahagian tengah tengah tu macam erkkk macam mana ahh nak bagitahu ni .. hehehe macam agak meleret leret skett kot aku rasa. Masuk last last memang bestt, baru nak feel bestt tu cerita ni dah habisss. Feel nak happy tu kejap jek. Hehehehe Overall novel ni best jugak sebab ada happy ending. Sempat lah ada anak kembar 2 orang. Huhuhuhu




Muka depan : Tak berapa menarik. Masa nak beli novel ni, almaklumlahh masa tu ada satu jek. Dekat 15 minit jugak lah nak mencari sebab kaler muka depan dia coklat kan, jadi nampak suram. Tak perasan pun novel tu padahal ada je tempat yang aku duk cari cari tuu. Patut buat muka depan lagi ceria. ヅ



Penulis : Sara Aisha. Salah satu sebab aku beli novel ni adalahhh jeng jeng jeng .... sebab penulis nya orang kelantan. Huahuahua ... Dah la penulisya cantik! =P



terima kasih sudi baca yaw!

Thursday, February 23, 2012

Review : Loreal Paris Hydrafresh Aqua Gel dan Loreal Paris Hydrafresh Anti Shine.

Assalamualaikum!


Aku beli pelembab ni sebenarnya dah lama dahh. Tapi macam biasa, baru sekarang nak updaye ye dok ^^



 



 







 Satu aku punya, satu adik aku punya.
Sebenarnya adik aku no 2 memang guna pelembab ni, tapi dia guna jenis yang hydrafresh anti shine tuu. Dia kata bagus.



Adik aku yg no 3 tu pun nak try juga. Tapi masa beli dekat watsons hari tuu, tersalah amik yang hydrafresh aqua gel. Padahal nak amik yang hydrafresh anti shine. T__T.  Sebab adik aku amik tak tengok dan baca dulu,pakat terus amik dan bayar.



So, terpaksa lah beli lagi sekali. Yang tersalah beli tu adik aku bagi dekat aku. So kira aku dah try guna dua2 lah pelembab ni.



Aku rasa paling best hydrafresh anti shine, sebab lepas dah pakai rasa muka lembut gilerr okeh. Rasa ringan je muka. Pakai nak dekat 8 jam pun, muka tak berminyak sangat. Kalau kesat dengan tangan, ada jugak minyak tapi less. *Muka aku ni dikategorikan oily skin.* So lebih prefer kepada sesapa yang ada oily skin terlampau macam aku ni, boleh try pelembab ni.



Untuk aqua gel pulak, sama je fungsi dia; untuk melembab. Yang ni prefer kepada sesapa yang ada kulit kering. Pakai hydrafresh ni, lepas pakai ni muka rasa oily sket, amik masa untuk menyerap .. tapi kejap je pastu dalam berapa saat lepas tu muka dah rasa kering. Selalunya cara yang aku buat, lepas dah pakai pelembab ni aku tadah muka dekat depan kipas bagi dia senang kering. Hehehehe



 Harga nya pulak aku tak ingat. Lebih kurang dalam  RM16.++. Bergantung kat mana korang beli. First aku beli dekat watson, masa tu ada sales so dapat lah dalam RM16.++ lah.



Kali kedua aku beli dekat mydin, murah skettt. Hari tu aku tengok dekat guardian. Mahal skett. Kalau time watson atau guardian buat sales, memang murah. Time tu lerr aku beli. Hehehehe.


Cara nak pakai pulak, lepas dah basuh muka. Apply lah pelembab dulu sebelum tepek apa apa mekap stuff. Pelembab ni penting jugak lah. Fungsi nya adalah untuk menyihatkan kulit supaya sentiasa terhidrasi. 





terima kasih sudi baca yaw!

Tuesday, February 7, 2012

REVIEW : BLINCON Contact Lens *paling best!*

Assalamualaikum!


Review contact lens pulak eh eh ehh.














 Dapat free gift. Heeeee








First time pakai rasa tak selesa skettt. Dah lama wahh gilerr ahh rasa tak pakai apa2 punggg! Sukaaa sukaaa sukaaaa :D



Harga : RM40 - 45 gituu. Tak mahal, lain kali boleh beli lagi.
Boleh pakai sehingga 3 bulan.
Blincon BB Color Lenses Specifications:

- 8.6mm Base Curve

- 14.5mm Diameter

- Hema Material

- 42% Water Content

- 2 Lenses Per Box

- 3 Months Replacement Schedule




Aku beli kaler bb chocs. Bestt. Walaupun diameter dia tulis hanya 14.5, tapi enlargement dia melampau tahu takk! Macam pakai lens 16 diameter. Bestttt! Pakai pun rasa selesa sangat! Cuma kalau amik camera pakai flash, dia nampak seakan akan kaler grey.



Mata nampak segar and comell  je. Ni contact lens paling bestt aku pernah pakai. Lain kali of course nak beli brand ni lagi. 



AKu bagi rate 4.5/5. Nak pakai yang selesa, pilih brand ni. Kaler cantik and of course selamatt! Tu yang penting kan? :D



terima kasih sudi baca yaw!

Monday, January 30, 2012

Syria stail baru. Jom tengok. RM16 je. Murah giler ok! Rugi tak tengok =P

Assalamualaikum!


Promote bisnes adik aku skettt.







 nak tahu tak berapa adik aku jual. 
jangan risau, adik aku jual murah jekk. I mean amatt lah muraaaaaah sangat if kalau korang beli dekat luar memang takkan dapat harga ni. Kalau tak percaya, sila survey dulu dan bandingkan dengan harga adik aku. Siyess lah aku tak tipu!


if kalau korang LIKE dekat fan page adik aku tu, adik aku jual dengan harga RM16 sahaja!
mana nak dapaaat harga macam ni?! ce citer ce citerr ......


selalunyaa adik aku jual RM20, still lagi murah dari others kan. tapi ada promotion untuk pembukaan fanpage dia tu, dia bagi diskaun sehingga harga menurun menjadi RM16. tapi ofcourse lah, korang kena LIKE dulu fanpage tu okeh.



 kalau nak tengok dekat blog dia, klik ...



and kalau nak tengok dekat facebook fan page, klik sini


http://www.facebook.com/pages/Almari-Suraya/309335149104255

cepatt - cepattt terjah sekarang! Tak rugi pun!
 
 
Kalau nak bercakap mengenai kualiti, kualiti memang tak boleh di pertikaikan lagi. Memang superbbb!!! 
 
 
kualiti setanding dengan brand brand gahh dekat luar sana. terbaik wooo aku cakap! kain lembut, sejuk. aku dah pakai sebab tu aku boleh bagitahuu ni. dan aku sendiri dah tengok kualiti nya macam mana. kain memang awesome orang cakap. awesome macam hafizz awan nano yang menang Anugerah Juara Lagu tuu. *eh apa kena mengena pulakk ni* hehehe .. excited katanya Hafiz menanggg!
jomm pakat LIKE ramai2!



terima kasih sudi baca yaw!

Thursday, January 26, 2012

Suka coklat inniwwwww :D

Assalamualaikum!


Dulu pernah kawan aku bagi coklat ni, budak tu asal dari langkawi. So sana ofkos lah semorang tahuu kan situ adalah sumber coklattt. Setiap kali lepas balik kampung, dia mesti akan bagi coklat dekat kami kami pompuan ini. Lain kali, cari kawan sesapa yang duk kat langkawi tahuuu. :D



Dan salah satu coklat yang pernah dia bagi adalah coklat ini. First time makan, terusss lahh aku jahatuh ciinta sama ini coklattt. Sedap sangat!








 #1

Masa aku duk bercuti kat rumah tu, ternampak lah coklat ni. Terus capai and beli. HEHE. Balik tu share adik beradik. Catu catu dapat lah 6 biji sorang. Keh keh kehh ... Harga mahal sikit kot, tapi still dalam kategori mampu. Ni aku beli yang keciknya dalam tak sampai 10 hengget kot. Maybe dalam RM6-7 kot.

 


 #2

Bentuk yang sangat cute. Bentuk segi tigaaa. Kecik cinoneeet. Sekali makan aku ngap 2 biji sekaliguss. Makan satu rasa tak puas saja. Sedappp! Ada tali sikit dekat hujung segitiga tu. Sedap sangat pun jangan lerr dengan tali tali tu korang makan. HEHE



Yang paling best dalam coklat ni adal badam. Sambil makan tu duk bunyi kruk krap kruk krap je dalam mulut. 


#3


Bersedia untuk di ngapppp! 


terima kasih sudi baca yaw!

Wednesday, January 25, 2012

Review : SECRET Duo Blush On

Assalamualaikum!


Aku cuma ada dua je blusher. Satu elionto. Dan satu lagi yang ni.Memandangkan blusher ini best, jadi aku buat review tentang blusher ni. =P



#1

Secret Duo Blush On


 #2

Warna Chocolotate Amber.


#3


 #4


Yang best :
  • Warna tahan lama. Aku pernah pakai selama 8 jam, tapi warna blusher still masih melekat
  • Kalau basuh dengan air mudah hilang. So senang sikit nak buang kalau nak amik air semayang
  • Blusher ni shimmer. Aku suka ada shimmer sikit, sebab nanti shimmer ni macam menaikkan tulang pipi kita. Macam naik kan seri wajah gituuuu =P
  • Warna terang. Aku just sapu 2 kali je, warna dah nampak. Kang sapu banyak2 kali kang, dah macam opera cina pulak
  • Currently, blusher ni adalah feveret aku sekarang. T__T
  • Murahhh. Time aku beli ni ada less, so aku dapat dengan harga RM10 sahajaaaaa! Murahhhh kan, aku memang beli yang murah-murah je. Tak mampu nak beli yang mahal - mahal ittewww. HEHEHE










 #5

Nampak tak? Ehhhhheeeeeeehhhheeeeee 



terima kasih sudi baca yaw!

Thursday, January 19, 2012

Pakai Nose Strip.

Assalamualaikum!


 Source : Google.



 Source : Hak milik sendiri. HEHE


First time guna nose strip ni.


 
Hidung adik aku. Nampak tak ada whiteheads kat tepi tepi tu? Dekat sini tak berapa nampak, tapi percaya lahh memang adik aku ni pengumpul tegar whiteheads dengan blackheads. KEHKEH
 


Lepas dah tempak, pastu dah kering. Buangkan. Masa nak buang tu, tarik slow slow jek. Kalau tarik kuat kuat kang, nanti meleleh air mata kesakitan pulak. Melekat kuattt. 


Jadi lah macam gambar dekat atas ni. Nampak tak segala jenis whiteheads dah keluar. Blackheads tak nampak T__T.


Overall, lepas dah pakai ni segala benda melekat dekat hidung akan keluar. Especially blackheads yang degil ittew. Hidung rasa bersih jek.


See? Hidung nampak clear jek. Nampak putih suci jek. Statement memandai. Aku bagi 4/5 star jek. Harga pun murah lahhh. Mesti harga murah, kalau tak aku takkan beli benda mahal mahal ni. Student macam aku ni mana mampu wehh. Ok. harganya dalam 9.90. Dalam tu ada 6 keping.



 
terima kasih sudi baca yaw!

Sunday, January 1, 2012

Review : Polo Giorgio Beverly Hills Red Perfume

 Assalamualaikum!

Kali ni aku nak buat review berkenaan perfume. Selama ni tak pernah pungg review berkenaan perfume kan. Selalunya mekap jek, kalau tengok blog  pungg mesti berkenaan mekap sajooo. 

Kadan kadang boring jugekkk. HEHEHE

Perfume ni adik aku punya, tapi aku suka pakai sebab bau dia sangat lahhh manissss dan bestttt!





Polo Giorgio Beverly Hills Red Perfume 

Yang best :

  • Bau tahan lama. Aku pernah pakai dari pagi sampai malam. Bau dia still melekat lagi. Memang tahan lama. 
  • Bau dia maniss. Maniss apa tuu susah nak describe macam mana. Manis lembut, manis sweet gituu. Manis yang tak terlalu strong. Sesuai untuk orang muda macam aku T___T
  •  Bekas yang comel. HEHEHE
Selalunya aku akan sembur sedikit di pergelangan tangan, dada dengan belakang tengkuk. Tips lagi satu, jangan contohnya korang dah sembur dekat pergelangan tangan, JANGAN di gesel - geselkan kan perfume tu. Biarkan dia kering dengan sendiri. Dengan itu, baru lah bau perfume akan kekal lama. :D


terima kasih sudi baca yaw!

Review : St Ives Intensive Healing

Assalamualaikum!




Kali ni aku nak review losyen yang aku gunakan sekarang. 

Kalau korang nak tahu, badan aku adalah alergic melampau terhadap makanan seafood. Tak boleh silap makan skett, kalau tak mula lah naik bintik bintik hitam atau merah. Memang memalukan betul. 

 Aku try cari gambar yg proper lagi, tapi tak jumpa T__T

Dulu ada sekali, penuhh bintik bintik disebabkan aku tersalah makan seafood yang tak berapa elok dahh. Kalau tengok keadaan kulit aku, dah macam kudis dahh. Penuhh bintik bintik. Naik geli pungg ada tengok keadaan kulit sendiri.

Kalau tengok gambar atas ni memang menakutkan. Ni punggg kira dah ok banyakkk dah. Sebab sebelum tu lagi teruk! Pulak tu boleh tak bayangkan seluruh badannnn! HUH! Memang scary ok kalau tengok kulit aku time tu.

So, solutionnya aku try pakai losyen ni. Beli dekat Watson. So far, bintik bintik dan segala ibu bintik dah hilang sepenuhnya. *happy!*

Tapi ofkos lah amik masa jugak la. Mana ada losyen ke krim ke yang dapat hilangkan terus ye dak?

Alhamdulillah, kalau korang ada bintik bintik/parut/alergic macam aku ni, aku recommended pakai losyen ni. Sedikit demi sedikit bintik bintik tu akan hilang. Walaupun memakan masa yang agak lama, korang jangan putus asa.

SEE?! Semua bintik bintik dah hilanggg ok! 

Yang best!
  • Tak melekit.
  • Murah. Dalam sebotol tu aku rasa dalam harga mampu milik lah. HEHEH Dalam RM20-25 kot. Harga betulnya aku dah lupa. Tak melebihi RM30.
  • Jimatttt! Aku pakai nak dekat setahun, baru jek nak habis ni haaa. Aku pakai hari - hari kecuali hari takde kelas which is Sabtu dan Ahad. 
  • Sesapa yang berkulit kering melampau macam aku ni, pakai losyen ni memang best! Walapun berjam jam duduk dalam aircond, kulit rasa tak keringg pungg. Rasa lembabbb jek sepanjang hari.

Yang tak  best!
  • Bau macam minyak griss. Busukkk. Tapi aku bedall jek. T__T


terima kasih sudi baca yaw!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by Sarah Mohamad on Best Web Hosting