Sunday, January 1, 2012

Review : St Ives Intensive Healing

Assalamualaikum!




Kali ni aku nak review losyen yang aku gunakan sekarang. 

Kalau korang nak tahu, badan aku adalah alergic melampau terhadap makanan seafood. Tak boleh silap makan skett, kalau tak mula lah naik bintik bintik hitam atau merah. Memang memalukan betul. 

 Aku try cari gambar yg proper lagi, tapi tak jumpa T__T

Dulu ada sekali, penuhh bintik bintik disebabkan aku tersalah makan seafood yang tak berapa elok dahh. Kalau tengok keadaan kulit aku, dah macam kudis dahh. Penuhh bintik bintik. Naik geli pungg ada tengok keadaan kulit sendiri.

Kalau tengok gambar atas ni memang menakutkan. Ni punggg kira dah ok banyakkk dah. Sebab sebelum tu lagi teruk! Pulak tu boleh tak bayangkan seluruh badannnn! HUH! Memang scary ok kalau tengok kulit aku time tu.

So, solutionnya aku try pakai losyen ni. Beli dekat Watson. So far, bintik bintik dan segala ibu bintik dah hilang sepenuhnya. *happy!*

Tapi ofkos lah amik masa jugak la. Mana ada losyen ke krim ke yang dapat hilangkan terus ye dak?

Alhamdulillah, kalau korang ada bintik bintik/parut/alergic macam aku ni, aku recommended pakai losyen ni. Sedikit demi sedikit bintik bintik tu akan hilang. Walaupun memakan masa yang agak lama, korang jangan putus asa.

SEE?! Semua bintik bintik dah hilanggg ok! 

Yang best!
  • Tak melekit.
  • Murah. Dalam sebotol tu aku rasa dalam harga mampu milik lah. HEHEH Dalam RM20-25 kot. Harga betulnya aku dah lupa. Tak melebihi RM30.
  • Jimatttt! Aku pakai nak dekat setahun, baru jek nak habis ni haaa. Aku pakai hari - hari kecuali hari takde kelas which is Sabtu dan Ahad. 
  • Sesapa yang berkulit kering melampau macam aku ni, pakai losyen ni memang best! Walapun berjam jam duduk dalam aircond, kulit rasa tak keringg pungg. Rasa lembabbb jek sepanjang hari.

Yang tak  best!
  • Bau macam minyak griss. Busukkk. Tapi aku bedall jek. T__T


terima kasih sudi baca yaw!

1 pengomen:

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

alamak..klu bau tak syok sis tak berani nak cuba.sbb sis ada anak dan hubby sekeliling sis..huhu

Post a Comment

terima kasih sudi komen blog ini :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by Sarah Mohamad on Best Web Hosting