Thursday, April 1, 2010

Jum Heboh Kelantan 2010

salam semua dan selamat petang . aku tahu aku terlambat sedikit nak post pasal Jum Heboh datang ke Kelantan buat pertama kalinya . hehe . Jum Heboh kat Kelantan diadakan pada 26 dan 27 Mac 2010 bersamaan hari Jumaat dan Sabtu . Kelantan tidak sama dengan negeri negeri lain , kalau negeri negeri lain cuti minggu adalah Sabtu dan Ahad . Kelantan ni memang dahagakan hiburan , kat Kelantan ni tak pernah ada konsert , sebab tu Jum Heboh datang , semua adik abang kakak pakcik makcik keluar kampung untuk tengok kemeriahan Jum Heboh . yang kelakarnya , yang datang Jum Heboh ni ramai makcik makcik dengan pakcik pakcik dari orang muda mudi . hehe .

Aku dan adik aku telah menjadi krew Jum Heboh pada 2 hari tersebut , aku krew untuk booth MyTv3 . enchek boifee juga jadi krew juga tapi berlainan booth . dia di booth cereka . pada 2 hari tersebut , di sekitar Stadium Sultan Muhammad iv telah sesak teruk kerana jalan jalan di sekitarnya telah ditutup . pengunjung terpaksa parking sejauh 1km kemungkinan jauh lagi semata mata untuk datang ke Jum Heboh . aku yang berada di dalam booth malas mahu keluar bersesak sedak dengan orang ramai . aku jaga bahagia register MyTv3 , so aku duk depan pc jela . hehe .


menjadi sebahagian krew Tv3 , aku dapat jumpa ramai artis . ngee . memang best , dapat makan sekali dengan diorang . kalau jadi pengunjung biasa , belum tentu aku dapat amik gambar dengan diorang . lagipun , belum tentu aku akan datang kalau tempat yang sesak macam ni . aku sebenarnya kurang gemar dengan tempat2 yang kena berhimpit himpit ni . since aku dah kena kerja that day , sebab jadi krew Tv3 .. memang aku kena datang walau macam mana pun kan ..aku dapat amik gambar dengan fizo , kamal adli , aidi marcello ,ady putra ,  yang tak dapat amik pun ada juga seperti Tomok , akim , jay jay , Iqram Dinzly , Faouziah Gous , .. ramai lagi lah .. aku pun dah tak ingat .

Before Jum Heboh

semasa briefing Jum Heboh kat Renaissance Hotel , sebelah dengan Billion Kota Bharu . ngee~

dapat baju Jum Heboh , ekslusif gitu . hehe .

kat Kelantan , semua krew Jum Heboh kena pakai tudung . kalau yang tak pakai pun tak pe , asalkan kena pakai selendang . senang cakap , rambut kena tutup gak la . 

First Day Jum Heboh

aku , adik aku dengan kawan dia . kami bertiga masing masing dah kenal . yang lain tak kenal . kami bertiga kena jaga booth MyTv3 .
Fizo . i love u .
dengan abang pakcik polis .
Aidi Marcello . dia cakap , anak dah nak masuk tiga dah . ngee~

Second Day
pakai selendang je , sebab hari tu terlampau panas .

dengan kakak kakak cute . diorang pun krew Tv3 juga .
dengan petugas Tv3
kami bertiga
kamal adli . owh! dia sangat tough . i likeeee ...
dengan Ady Putra dan Munir

overall , ini adalah satu pengalam berharga bagi aku . ngeee~

post signature

1 pengomen:

nich said...

wahh.. best.. hehehe cane ley jadi krew tv3 ney? teruja ase.. noh hujan xde ek? hehehhee

Post a Comment

terima kasih sudi komen blog ini :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by Sarah Mohamad on Best Web Hosting