Monday, January 3, 2011

Goodbye 2010 . Hello 2011 . Jom tengok wishlist aku tahun ni .

Semua orang dah buat wishlist diorang untuk tahun 2011 . okay , aku pun nak buat jugak supaya jadi target dalam hidup aku untuk aku lebih berjaya di tahun 2011 . patutnye aku dah publish masa 1.1.11 tuu , tapi macam dah ramai sangat yang keluarkan entry wishlist diorang time tuu , jadi aku publish kan 3.1.11 . biar nampak berbeza sikit dengan orang lain kan . kenapa aku tak publish pada 2.11.11 ? sebabnyee aku busy , lagi sekali busy okeh ! biasa lah kalau duk kat rumah nii , ape lagi kalau bukan mencipta makanan yang sedap sedap dan menggemok kan badan aku yang dah sedia gemok ni kan ? 

okay , melalut lalut pulak dah .. wishlist aku tak banyak pung .. ni aku dah senarai kan apa wishlist aku .



1.

aku nak dapat result yang omputihnye cakap with flying colours . tak tahu lah betul ke tidak tuu aku eja , aku kan mana ngeti english english bagaii ni . kata melayun nyee , nak dapat result yang cemerlang . kata kelantan nye nok bulih rezak hok molek . kata jakun nye , nak dapat result GEMPAK !!

2.
aku nak memiliki satu DSLR tak kira lah Nikon atau Canon . ni bukan sebab aku nak menunjuk nunjuk , tapi lebih kepada kepuasan diri aku sendiri untuk mengambil gambar yang cantik . sekarang kan dah jadi macam trend orang beli DSLR kan ? aku dah lama nak , tapi macam biasa lah kan . benda tuu bukan murah , tak tahu lah bila aku dapat beli dengan keadaan aku yang student lagi ni . yang memerlukan duit untuk support belajar aku ni ..... tapi InsyaAllah , kalau Allah bagi rezeki , tahun ni dapat lah satu .

3. 
aku nak pergi jalan - jalan ke Melaka , Pahang , Sabah , Penang by myself . bukan aku berseorangan lah , tapi aku dengan kawan kawan . means , bukan dengan family . aku nak rasai macam mana jalan jalan tanpa family . tak pernah lagi tau tak . bukan sebab family aku tak bagi , tapi aku yang tak berani , takut jadi apa apa dekat aku nii . maybe pergi mendaki gunung or pergi scuba dekat pulau . some activity yang mencabar sikit . 

4.

aku naaaaak KURUSKAN BADAN ! sekarang aku makin gemok , aku pun tak tahu kenapa , tapi aku rasa sekarang aku tak boleh nak control pemakanan aku . hukhuk :( so , tahun 2011 azam aku adalah nak kurus . biar ramping macam dulu dulu kala . hihi

5. 

last sekali adalah , aku nak bertunang . hihi . gatal seh nak tunang tunang bagai ni . tak kira lah awal tahun , tengah tahun or akhir tahun aku harap dapat bertunang jugak tahun nih . so , incik pakwe harap harap anda cepat cepat kumpul duit okeh . 



okay , 5 wishlist aku untuk tahun ni . tak adalah banyak pung kan . harap harap kelima lima wishlist aku akan tercapai . semoga di tahun 2011 ni aku lebih matang dan semoga tahun ni lebih baik dari tahun 2010 yang dah berlalu dan semua itu adalah kenangan semalam . yang pahit aku telan dan aku jadikan sebagai pengalaman yang mematangkan kehidupan aku , yang manis  adalah kenangan bagi aku dalam hidup ini .


Goodbye 2010 ,
Hello 2011 .


ps : 1st entry aku yang tak ada pic . hihi :)

kalau suka entry ini, boleh lah LIKE :) kalau tak nak pun, takpeee T__T

2 pengomen:

kata kila said...

semoga tercapai :P

nelly said...

semoga tercapai azam tu . . selmat tahun baru
:)

Post a Comment

terima kasih sudi komen blog ini :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by Sarah Mohamad on Best Web Hosting