Thursday, February 10, 2011

aku nak buat review ni boleh ? tak boleh ??? hada aku kesah ? - BURLESQUE

hai ..



korang dah tengok dah cite BURLESQUE ni ? aku baru download semalam .. aku dowload je . tak mampu nak tengok wayang cam koooorang . hihi

pas dowload , terus tengok cite ni ..  dan bagi aku ( bagi aku okeh ! ) cite ni memang best . aku bagi rating 4.5 star tuuu 

citer ni citer muzikal .. so mesti la korang expect akan dengar lagu lagu bagai semua kan .

citer ni mengenai ali ( christina aguilera ) nama penuh alice merantau ke LA untuk mengetengahkan bakat dia untuk menjadik seorang performer . dia memang ada latent . boleh menyanyi dengan baik , juga boleh menari .

semasa dia sedang mencari kerja tuu , dari pagi sampai lah malam .. dah jenuh cari tapi tak jumpa2 lagi kan .. dah malam tu last2 dia singgah dekat kelab nama burlesque .

mula2 dia masuk dekat kelab ni , dia cam tertarik dan kagum dengan penari2 yang menari dekat stage tuu . dan dia try mintak kerja dekat situ . masa dia duk tengok penari tu duk menari atas stage tuu , ada bartender nama jack . dia yang cadangkan pada ali untuk mintak dia kerja dekat kelab tuu ..


last2 ali dapat gak kerja kat situ , tapi sebagai waitress je . dia usaha jugak untuk jadi penari dan penyanyi dan tess memberi nya peluang dan ali terus bersinar . dan dia memang seorang penyanyi yang bagus .

kelab tu sebenarnya mempunyai krisis kewangan yang teruk . pesina ali yang bersinar dekat situ , menyebabkan ramai yang datang ke kelab tersebut untuk tengok ali perform sekali gus menyelamatkan krisis kewangan tersebut .

seterusnya ... korang tengok sendiri lah .. hihi .. suspen sikit !

suara christina memang superb !!! tak padan dengan badan dia yang kecik tuu . suara dia besar . sama ah dengan cher tu . 

cite ni aku rasa tak sesuai untuk di tonton oleh budak2 dan golongan remaja . ada 18sx . walaupun tak banyak tapi ada aksi ataupun jenaka yang di buat berunsur lucah .

pastu ada lagi , dalam citer ni jugak ada untuk golongan gay secara terbuka . kira dalam citer ni ada tunjuk lah ... spesis gay ni di terima secara terbuka . 

yang penting , aku suka ...... 




CAM GIGANDET 

ganteng seh !

kalau korang nak download . KLIK SINI !

sila LIKE kalau suka

0 pengomen:

Post a Comment

terima kasih sudi komen blog ini :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by Sarah Mohamad on Best Web Hosting