Monday, May 9, 2011

kecewa dengan blogger.

Assalamualaikum pembuka bicara. kekeke *mood muslimah hari ni :)




begini lah, macam mana tah nak cakap. aku kira geram + kecewa jugak la dengan sesetengah blogger ni. 



blog yang menghubungkan antara kita semua :)



pasal komen. aku time aku ber blog walking, memang aku rajin mengomen dekat blog2 yang aku singgah tuu. tak kira lah blogger tu popular ke, tak popular ke, aku tetap komen. walaupun entry personal ke, entry info ke, entry mekap ke, semua lah .. mesti aku akan komen kalau aku singgah.



tapi ada jugak lah aku kecewa, dengan sesetengah blogger ni. diorang maybe nak famous cepat kot, tu diorang komen dekat blog2 popular je. dan mengharapkan agar blogger popular tersebut akan jengah kembali dekat blog diorang tuu. dan akan memberikan diorang traffik. 



dengan itu, komen dari blog picisan aku ni, diorang tak reply puun. kalau diorang reply pun, just takat say hi je dekat shoutbox. tapi aku perasan, kalau dekat blogger popular tersebut *bukan ditujukan kepada sorang je yg popular tapi beberapa orang ye .. kemain lagi diorang komen. ye lah, nak biar blogger popular je tegur diorang. baru lah blog diorang cepat naik kan. aku kemain lagi, setiap entry kot aku komen, tapi sedihnya TAK SEKALI pun diorang komen balik dekat blog aku ni. kalau bw pun nak2 dekat blog popular je. sedih jugak kadang2. 



aku faham, kalau aku komen dekat blogger popular, aku tak mintak pun diorang reply blog picisan aku ni .. sebab diorang tuu beriban kot komen. mesti la terlepas pandang kan. biasa lah tuu. tapi kepada blog2 yang nak membangun kan, mesti lah antara kita blogger semua mesti lah nak rapatkan silaturrahim antara kita. apa salah nya, kalau antara2 kita ni sama2 say hi. sama2 komen dekat entry memasing. bukan salah pun. kalau nak harapkan blogger popular je tak kemana lah kita. so sesama kita lah yang nak akan tolong menolong antara satu sama lain. aku tolong upkan traffic ko, ko pulak tolong upkan traffic aku. dua2 dapat faedahnya. selain dapat kawan baru, kita dapat win-win situation. lagipun tujuan sebenar berblog kan adalah untuk kenal kawan2 baru. 



blog yang aku amat hargai dan kalau aku bw, diorang ni mesti aku singgah dulu baca entry mereka. 



tu je lah kot. ni pendapat peribadi aku lah. kalau ada yang terasa, aku mintak maap ye :)



ps : kepada semua pengkomen aku. korang lah yg terbaik sekali :)



sila LIKE kalau suka

27 pengomen:

aTy _faRed~ said...

biase lar tu dear... may be blogger sekarang buat blog tuk popular...eerr..agak nyer lar... biase tengok kalau blogger tu cantik dan ramai follower..memang ramai pengomen...tapi.. tak pon jenguk2 blog kite...walaupon kite ni dok jenguk blog die hari2... :) tak per... jangan amik ati sangat.. biase tu...

tieykah said...

gitu la babe.blogging sebab nk glam.:)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

betul tu sarah...akak pun kecewa gak ngan mereka2 ni.ada sorang tu,akak tau lah follower dia ramai.akak komen byk2 pun.dia mmg tak kenal dan tak pernah dtg blog akak langsung pun.bila jmp kat group.dia panggil akak lydia...walau dia tu sgt2 terlalu muda dr umur akak.nmpk sgt dia tak kenal akak kan?hehe

fadh leyanie said...

setuju sangat2 dengan entri ni :)

Aweyn said...

setuju..huhu

cik azeya said...

saye rajin juge. knape name saye tade. haha. erm tapelah. nanti kalau dorang sedar yang blogger popular tu bknnye nak layan dorang sangat pun,ha tem tu, baru terkedek2 nak cari kite. -_-"

...:i'm ezza haniza:.... said...

komen komennn......heeeeee

Redbloodsnow said...

alololo...wahh nak bangga jap lah. akak dlm list tu weh..hiksss.. pssttt..sama lah kita yunk...akak akan komen suma blog yg akak singgah

except for blog blogger famous. sbb akak mls nk tonjolkan diri. more jd silent reader yg baik je...hehehe

Miss Tira said...

Hehehe, Tira tak harapkan blog popular untuk menaikkan nama blog Tira. Tira yakin dengan nukilan Tira dan Bro Ery dan Tira lebih utamakan blog yang sama tahapnya dengan Tira. Bak kata orang biarlah kita maju kedepan bersama-sama. Masing-masing punya kehebatan masing-masing.

khairunnisa ♥ said...

Psst, jangan sedih sarah. mungkin ada yang suka baca dan tak tinggalkan komen :) dan mungkin juga line diorang tak okay. Smile sarah :)

fyna said...

fyna xsombong kan? hehe sometime maybe diorang bz and akan jenguk jugak kalau xbz..jgn terasa hati ye

Bulan said...

dah2 jgn komen lg.wat penat je.eheee

komen blog picisan mcm bulan nie.ehee peace!

cik azeya said...

yeay. dah ade dalam list. hari hari saye akan datang sini. hehe.

:')

*terharu*

not irene said...

bunyik entri ni macam merajuk aja.

Ala, tak penting orang komen entri awak. yang penting maksud sampai kepada pembaca. itu lebih penting.

saya komen cuma bila perlu. blogger dasyat2 pon tak pernah terima komen saya. sebab ada sebahagian dasyat bab follower je, tapi tak dasyat pon dari segi entri.

*ni ayat perasan bagus kan

heheheh jemput la singgah baca kalau sudi

memyselfandnotirene

Aimi dan Pakcik Hashim said...

aku x terkenal tp x reply komen gak
kekeke

[sutera kasih] said...

betul tu..pilih kasih betulkan sikap blogger camtu huhu..tapi kalo org komen blog saya, insyaAllah if tiada halangan, sure saya singgah semula tanda menghargai blogger tu :)


* saya paling suka blogger kak zie, even dia famous amos, dia tak sombong & even dia busy sekalipun, dia sure singgah kt blog2 yg jenguk blog dia :)

Anis anak wong said...

saba kan jelaaa....

hamzah ian said...

pusing2 nnt jumpa blogger tu jugak.. sabar2..

melle amir said...

kak sarah, melle sedar dah lama melle tak komen entry kak sarah. tapi lately, setiap kali melle bukak blog kak sarah, mesti loading lama gila sampai buat laptop stuck. idk why, thats why susah nak akses blog kak sarah

raihana blossom said...

betul tu. kdg2 ada yg sombong. mgkin terlalu ramai sgt komen dan bz. Tp ada yg baik hati. Tp sy lebih suke pergi blog yg bese2 je. ngee~

BudakCHOCO Official Blogger said...

betol2... blog cantik tp nk glam ap cer kan.. huhu

Ery Farieha said...

takyah kejar la fofuler pe benda tu
dia dtg sendri nnt
heheheh lain la kalo mmg nak jadi artis. eheheh

Raihana Izzati said...

aku tak follow blogger2 popular. Aku suka blog-blog ilmiah.

There's nothing nak dikejar pun about populariti ni. What matters is how much friends you got.

sorry hari tu tak visit balik sebab final exam. dah done and bookmark blog ni :)

Aku Afzal said...

inilah dunia :( sedih la entry ni.kalau suh Rashid Sibir buat skrip ni..boleh jadi drama terbaik.Tu la pasal..hmm.Ok2 pasni sy pun nak komen banyak2 la :) support blogger tempatan.chewah :P

aniswany said...

paham perasaan tuh T_T
kita blogger yg tak pemes sgt nih kena la bantu blogger2 yg baru nk naek.kan kan kan ^_-

faiz said...

btol tu...nk sgt cepat naik..saya jarang sgt bagi komen dgn blogger otai ni...just baca je..1 blog je pernah komen denaihati...

0sh!Nz d' sen0r!ta said...

a'ah betul. kadang-kadang tu perasan juga. ada yang masa mula-mula nak up je blogwalking. bila dah famous, tros ilang tak singgah2 kat blog kite langsung. kdg-kdg tu blogger famous geng dengan blogger famous je.

Post a Comment

terima kasih sudi komen blog ini :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by Sarah Mohamad on Best Web Hosting