Friday, December 2, 2011

Makanan pengalas perut di kala kelaparan.


Memandangkan aku sekarang berada di ambang kegemukan, maka setiap saat aku akan terasa lapar. *bukan ler bebetul setiap saat yek*. Ada la dalam waktu waktu tertentu aku akan rasa lapar. Ewahhh. Waktu waktu tertentu ok. Hehehe


Jadi untuk tidak menghampakan perut yang bergendang gendut semasa lapar, *juga untuk megelakkan perut berbunyi, ketika lapar* aku makan waffle. OH! Bukan waffle yang selalu jual dekat mall or pasar raya tu ok. Waffle ni baru je aku tengok ada jual, tak pasti kot kalau sebelum ada dah ada jual ke tak.




Ni aku beli dekat Mydin Seksyen 18 Shah ALam. Aku rasa dekat kedai kedai runcit biasa pung dah ada kot, sebab kedai runcit bawah flat aku pung ada jual waffle ni. 


Ada beberapa perisa la. Aku dah try wholemeal dengan pisang. Perisa pisang tu sebijik rasa macam makan kek sarang semut.



Dalam packaging nya da 2 waffle ok. Harga untuk satu packaging ni adalah RM1.40. Dalam tu ada dua ok. 


Cara-cara nak makan.

  1. Boleh di makan begitu sahaja. *tetiba teringat iklan gardenia ke hi five.*
  2. Boleh di cicah dengan air teh, air milo atau air lain lain. *Air kosong punggg boleh, tu pungg kalau selera lah nak cicah dengan air kosong. HAHAHA*
  3. Boleh di sapu dengan butter, madu atau kaya.
  4. Boleh di sapu dengan Nutella. Jam coklat ini sedap gilos ok. Dekat rumah aku selalu memang ada. 

Nutella.

 Selalunya aku makan begitu sahaja. Katanya lapar kannnn, tak sempat nak cicah ke tak sempat nak sapu apa pung pelahap terus makan. Kenyang. Nak diet pungg boleh makan ni. Pas makan kenyang macam makan nasi ok.

terima kasih sudi baca yaw!

7 pengomen:

Khumaera Ismail aka Habibi Hamid said...

sedap! maera suke perasa pisang. =)

~Nana BamBam~ said...

nana suka vanilla letak mentega kacang..lbih sdap kalau bakar skejap... :)

r-5 said...

membe saya kata tak sedap sebab tu saya tak pernah rasa.. hahaha takut.. tu la nak diet jugak lah.. hehe. takmo makan nasi.. :)

Balqis Azhar said...

jap nk tnya , nutella halal ke ?
kwn sy pnh ckp , bnda 2 diragui..tpi sdp kann !

Rina Lia (◕‿◕)✿ said...

xpernahh try...asik habis agaknye..msti sarah yg beli hehe!

salam..rina ni..nk jempput sarah dan kwn2 join giveaway rina :)
http://rinastories.blogspot.com/2011/11/giveaway-by-rinastories-i-win-u-win.html

apik pehe said...

hehehe..saje la tu nak menaikkan nafsu apik untuk makan

butterfly said...

xpernah pulak saya beli mende ni.. xpernah mkn lg...

Post a Comment

terima kasih sudi komen blog ini :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by Sarah Mohamad on Best Web Hosting