Friday, April 29, 2011

aku nak bercerita mengenai karma.

assalamualaikum :)



ops! aku lapar ni. nanti kang aku makan orang pulak japg. jap, aku nak makan. 


kenyang! 



okay, korang tahu apa itu karma? dalam kamus bahasa melayu maksudnya : semua perbuatan manusia semasa hidupnya. ntah betul ke tidak aku tak tahu. nak cari dalam kamus dewan, aku tak ada buku yang tebal giloss tu.




aku nak bercerita mengenai karma aku. cerita nya macam ni, dulu masa aku kecik2 dulu hingga lah ke alam remaja .. aku paling tak suka dengan orang yang ada kudis2 ni dekat kulit. tak kira ada 'syilling' ke, tau tak syilling tuu apa? parut lah. ada  parut lah, ada merah2 ke tak kira lah apa pun yang pastu  semua lah yang berkenaan kulit kot. aku paling tak suka dengan kudis lah. contohnya kalau bebudak yang nak kawan dengan aku, aku tahu dia ada kudis dekat tangan, aku terus tak nak kawan dengan dia. aku geli dengan orang yg ada kudis2 ni. especially dekat kaki.



dah remaja ni pun aku still tak suka dengan orang yang berparut, kudis, penyakit kulit lah senang .. kecuali parut jerawat tu tidok lah aku geli .. sebab aku pun ada gak parut jerawat tuu. hihi .. aku geli lah kiranya nak pegang kulit dia tuu .. aku pun selalu cakap dekat kengkawan aku, aku tak suka dengan orang yg berkudis/ada penyakit kulit ni. 



barangkali, Allah nak tunjuk kot dekat aku .. ada satu hari tuu, aku ada kena alergik kulit. memang teruk giler kot! dan macam yang aku cakap aku tak suka penyakit kulit tuu .. semua nya aku dapat. semua! ada kudis, ada merah2, ada luka2, semua lah. sampai kulit aku berdarah darah kot. seluruh badan aku kena. dari atas kepala hingga ke tumit kaki. dekat kaki lah yang paling teruk. banyak giler kudis sampai aku pun tak tertanggung rasanya. 



masa tuu, baru lah aku teringat balik apa yang aku cakapkan dulu. semua yang aku geli tuu semua terkena dekat aku. masa tuu pun, orang lain yg tengok aku pun, aku rasa mesti diorang geli jugak dekat aku. 



aku pun cerita dekat kawan aku, dia pun cakap, itulah karma. apa yang kita tak suka dan kita selalu cakap kita tak suka .. itu lah yang akan kena dekat kita nanti. macam aku, aku tak suka orang yang ada kudis, nanti aku pulak yang kena kudis nanti. bukan mengenai ni saja, ni mengenai semua perkara.




begitu juga halnya kalau kita buat baik dengan orang, di masa akan datang, orang lain akan berbuat baik dekat kita. tak selalunya kita akan diatas. aku ingat lagi apa yang kawan aku cakap tuu.


harap2 pasni aku akan jadi better person :) korang semua pun.


sila LIKE kalau suka

10 pengomen:

Amoi said...

ai tak pernah kata orang yang berparut semua tu hodoh

tapi mengapa jerawat ini tetap tumbuh?

menci tahu!

hehe.

p/s genetik kot? sebab my bro and my sis dulu pun banyaaaakkk. skg bila dorang dah matang dah ok dah muka!

| cik azeya | said...

takotlah dengan karma. kdg2 takot benda yg kite benci tulah yang terkena balik. kalau tak suke, diam2 je boleh kot. huhu :(

Miss Tira said...

Karma ni sebenarnya ada tertulis dalam buku sanskrit kuno agama Hindu. Ia berkenaan pembalasan. Siap ada hukuman lagi. Dalam kita kepercayaan Islam percaya pada Qada dan Qadar. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Yang penting kita lakukan yang terbaik untuk menjadi insan yang sempurna disisinya ya. :)

ASaDa RyutaRo said...

pernah baca kat suratkhabar dlu, sorang perempuan ni mintak maaf kat sorang perempuan yang dia pernah hina kaw2 punya masa kat U.

karma jugak..

lepas dia kawen, dia dapat anak cacat n anak dia selalu kena hina kat sekolah..

apa pun.. minta maaf dengan keinsafan dan hati yang mengharapkan keampunan itu jalan terbaik.

ilanilyana said...

btol la u. mcm rihanna ckp what goes around comes around. hehe

Amirrah Zawani said...

sbb tu i tak suka kata kat org.. takut kena kat diri kita balik.. karma =_=

SofieyAzwa said...

Dulu kecik2 sofiey berkudis taw.. Auwhhhh

apik pehe said...

hehe..buat baik akan dibalas baik..kn kn kn

mykhalis said...

haaa,,kan dah terkena,, dapat cash lagi balasannya.. hehe.. takpela..wat peringatan..lepas ni kalau kita wat baik insyaAllah, adalah perkara baik akan berlaku pada kita

Heidi Shafiq said...

buat baik dibalas baik.. :)

Post a Comment

terima kasih sudi komen blog ini :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by Sarah Mohamad on Best Web Hosting