Wednesday, April 20, 2011

Terjerat cinta lelaki sampah

salam semua. 

artikel ni aku baru je baca dalam Harian Metro online. dan aku rasa lelaki jenis sebegini berlambak lambak dekat luar sana nuuun. cuma terpulang kepada diri sendiri untuk menilai lelaki jenis mana yang sesuai dibuat teman lelaki/bakal suami/suami.




SAYA gadis berusia 15 tahun dan saya mempunyai kekasih bernama Z yang tujuh tahun lebih tua daripada saya. Selama menjalinkan hubungan, saya tidak pernah berjumpa dengan Z.

Z selalu bertanya saya bila hendak berjumpa tapi saya memberi alasan bahawa ibu bapa saya tidak membenarkan saya keluar. 
Z pernah menyuruh saya ponteng sekolah semata-mata hendak berjumpa dengan saya tetapi saya enggan melakukannya kerana risikonya amat besar. 
Z memberikan dua pilihan kepada saya, sama ada mahu ponteng sekolah atau menghantar gambar mengaibkan. Jika saya enggan memilih antara satu, hubungan kami akan berkecai begitu saja. Saya tidak sanggup melepaskan Z. Apa yang harus saya lakukan, Dang Setia?

GADIS SERBA SALAH 
Kuantan 

Tidak sukar bagi Dang Setia membantu adik dalam soal ini. 
Z jelas ‘sampah’ yang patut dibuang segera, makin disimpan makin ia busuk. Ini jelas berdasarkan perangainya sebagai lelaki yang tidak bertanggungjawab. 
Kalau belum berjumpa sekalipun dia berani meminta adik menghantar gambar mengaibkan, bayangkan apa yang akan berlaku jika adik mengambil risiko berjumpanya. Lelaki seperti itu hanya mahu mengambil kesempatan terhadap gadis naif seperti adik. 
Ada dua tindakan yang boleh adik lakukan. 
Pertama, melupakannya terus dan kedua, kalau adik tidak sampai hati, ‘jual mahal’ dengan memberi pelbagai alasan seperti mahu menumpukan perhatian kepada pelajaran atau takut dan hormat kepada arahan ibu bapa yang tidak membenarkan adik keluar dengan lelaki bukan muhrim.
sumber dari Harian Metro


lelaki jenis ni selalunya memang akan menjerat bebudak sekolah menengah. sebab selalunya budak sekolah menengah yang mempercayai mereka. diorang kan baru2 nak try2 kapel ape tah. try diorang usha budak lepasan u takpun yang dah kerja .. mana nak dapat weh. hiks  


sapa2 yang rasa dirinya terjerat dengan lelaki sampah cenggini, elok korang tinggalkan terus tanpa berfikir panjang. nanti dah kahwin naya weh. aku tak sanggup dengan lelaki cenggini.


kepada bebudak yangt tengah nak up tuu, korang dengar lah kata2 nasihat/teguran dari orang yang lebih tua dari korang especially ibubapa. ibubapa mana yang nakkan anak diorang rosak. walaupun korang rasa ibubapa korang seperti mengongong korang, seperti tak bagi korang keluar rumah tanpa keizinan diorang, keluar dengan abang/kakak/adik2/ibubapa, tak bagi korang lepak2 dekat mall, tak bagi korang keluar jenjalan dengan kawan2 tapi percayalah .. cara itu adalah terbaik bagi diri korang!



aku memang tak berapa nak gemar dengan style bebudak sekolah sekarang, umur baru setahun jagung tapi dah pepandai nak kapel2 semua tuu. tu memang GATAL! kalau bebetul nak kapel, pleaaase lah tunggu lah selepas habis spm. takpun masa dah sambung dekat u ke kolej ke .. masa tu memang sesuai untuk korang mencari lelaki mana yang terbaik bagi diri korang tuu.


kepada bebudak sekolah menengah, fikir fikirkan lah dan selamat beramal. hiks *mood ceramah kot aku ni

sila LIKE kalau suka

24 pengomen:

Zura said...

ini bkn smpah lg sarah...tp lelaki bangkai...tinggalkan jelah lelaki jenis cm nie...

Qu NazRyn said...

mmg bangkai... laki camtu mmg tak patut dismpan lagi... elok la humban je kat pmbuangan smpai... lagi 1...yang budk2 sek men sgt ni, mmg dah gedik sgt..mluat tgk... xpadan ngn umur belasan tahun.... dah pandai cintan cintun.... sgt gedik dan gataii... xkoser btl~~

sarah mohamad said...

@Zura

memang! takde guna gak lelaki jenis cenggini.

Bulan said...

S*** pnye laki.bdk2 skolah skng mmg cmtue.da taw kapel2.kne ayat sket trus hanyut.huhuu

Bro Ery said...

Lelaki macam tu patut bagi flying kick kelajuan 360 km/j. Tapi budak pompuan tu pun gatai gak. Gedik miang semacam. Duit sekolah pun mak bagi ada hati nak bercinta. Argghh tension aku dengan perangai budak-budak bercinta zaman sekarang.

P/s: Selalu Miss Tira komen hari ni Bro Ery (editor@2nd writer Cerita Tira) pula komen. Hehe.

::Budak Degil:: said...

pakwe kalau dr awal dh ajar benda bukan2, nak mengaibkan lg pulak tu, toksah la pikir panjang, tgglkn ajelaah...

cik azeya said...

sy pernah kenal seekor lelaki sampah,, dan kini dia menjadi sampah selame2nye di hati saye. wah ayat,,-_-

lolitasinta said...

pedasss,,hee. tp saye sokong !!! hoiyeahh !^^

SofieyAzwa said...

Laa.. Laki cmnie xyah wat kekasih laa.. Bukan laki namanya nie..haih

Redbloodsnow said...

sarah...ni lelaki jenis bangsat! haaa hambik. geram plak akak..ehehe

Ardini Humaira said...

laki cemtu takyah kawan dah la.. eee ape punya jenis daa

p/s: dni selalu makan kat tempat blaja je ;)

apik pehe said...

isk3..tu memang "sampah" betol dah tuh..kalo nk, buat la dengan cara ikhlas..datang merisik terus..hahaha..eh,lari tajuk ker?

Amirrah Zawani said...

tu lah budak2 zaman skrg kecik2 dah pandai nak kapel2.. ish2 advance lebih.. pastu siap ada yg takda virgin dah.. sedih betul.. =_=

sarah mohamad said...

@Bulan

ah2. itulah. bebudak sekolah ni cakap makpak tak nak dengar.

sarah mohamad said...

@Bro Ery

yup! bagi flying kick sajooo. eh, pakwe si tira tuu eh. selamat berkenalan :) hiks

sarah mohamad said...

@::Budak Degil::

betul. toksah duk pikir panjang.tinggalkan terus sajo lah. takde guna gak.

sarah mohamad said...

@cik azeya

wah! ayat kemain lagi yek. hiks

sarah mohamad said...

@lolitasinta

saya pun sokong. hiks :)

sarah mohamad said...

@SofieyAzwa

betul soph! agree dengan u.

sarah mohamad said...

@Redbloodsnow

ah2. memang bangsat pun akak. hiks saya baca pun memang geram yg amat rasanya!

sarah mohamad said...

@Ardini Humaira

memang. kena kenali dulu hati budi. ni hati budi pun pun tak ada!

sarah mohamad said...

@apik pehe

betul tu apik. tak lari tajuk pun. :)

sarah mohamad said...

@Amirrah Zawani

ah2 mira. bebudak sekarang ni lagi advance dari ktia2 tau.

sarah mohamad said...

@Qu NazRyn

yelah mimi. bebudak sekarang dah pandai. padahal masak pun tak ngeti lagi. gatal nye nak!

Post a Comment

terima kasih sudi komen blog ini :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by Sarah Mohamad on Best Web Hosting