Wednesday, May 11, 2011

sesapa yang tengok drama Nora Elena?

Assalamualaikum dan selamat pagi. 


sat sat. intro dulu. aku lapooooooor ni. pepagi lagi dah membuang sebelum g kelas. hiks 


mesti korang dah tengok kan citer Nora Elena yang bersiaran pada jam 7 malam tuu. setiap hari isnin hingga kamis. aku dah jatuh cinta kat kat drama ni. best woooo aku cakap! 


sebenarnya drama Nora Elena ni di adaptasikan dari novel KASIH YANG SUCI. memang best tau novel ni. kalau drama mesti lah best jugak kan. kuikui.






sinopsis



Sepuluh tahun yang tahun lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba - tiba muncul Seth menawarkan diri untuk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...
Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang - bayang yang tidak dapat dipegang.
"Hakikatnya, aku suami dan kau isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua," tegas Seth
Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya...Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?
Lelaki adalah nafas itu dan wanita adalah nadi jiwa...saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling dan menerima.
Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.



aku nak beli jugak novel ni, sebab ramai dah yang aku baca komen2 di blog2 semuanya cakap bagitahu novel  ni best sangat. insyaAllah, aku kalau sempat nak beli petang ni. semangat ni weh. kekadang kalau layaaaan novel pun memang sampai ketagih jugak. ye lah, tak ketagih macam mana., aku kalau dah start baca mesti nak kena habiskan jugak. nak jugak tahu ending nya apa. sad ending ke, happy ending ke. hiks



soo .. apa lagi, kalau tak nak beli novel ni .. tunggu je lah drama ni jam 7 malam ni yek. *padahal aku pun sama je. jam 7 dah tercongok depan tv. kuikui

sila LIKE kalau suka

18 pengomen:

CintaZulaikha said...

eh ye ker...ni musti kena tgk nih..smlm bru start tgk..klu da kta best..musti best punya kn..

tieykah said...

tengok2!semalam bru start tengok.

da ingt da tjuk novel tu.:)

tp xbesh la sebab da taw plot cter cmner.:(

semangat tgok coz Aaron yg berlakon.:)

nadia ar-rumaisha said...

aiseyyyy saya bukan peminat novel...huhuhu ehhh sebut nama dia, terus teringat maria elena...fashionista blogger tuh...

Aku Afzal said...

alamak.macam xboley folo je drama nih..sbb housemate conquer tv dari pkul 6-8 malam tgk 8tv citer cina.hmm

Cik Ezy said...

uit..
baru nak tau ade drama..
hahakk..
cik ezy prnh bace novel ni..
2pon kak ipar yg rekemen..
mmg best giler cite die..
rase xpuas bace sekali je..
huhukkkk

aTy _faRed~ said...

semalam tengok..mati2 ingatkan ary putra tu yang rogol dia..huhu... memang besh cerite tu...tapi dah tertau lak jalan cerite..huhu

Alan Rizque said...

Aduh..pukul 7 tak sampai rumah lagi..huhu

Aimi dan Pakcik Hashim said...

aku tertgk semalam
terfikir gak apa ni hero dia minat tunangan org

lost kitty said...

lagi suka baca novel dari tengok life action

Manja (let it be my sweet name) said...

manja baru start tgk cerita tu semalam, nampak macam best, teringin nk beli novel tu



Part time job berbaloi ke tidak?

Arpiiz said...

eh, itu sinopsis dari drama atau novel tu..??

Miss Tira said...

Wah, novel tu bestlah. Nak try cari jugalah nanti..

apik pehe said...

hahaha..g makan dulu nuh...

apik x baper sangat pasal novel..hehe

Zura said...

best jugak jalan cite dia...

0sh!Nz d' sen0r!ta said...

cerita dalam novel tu best.. aaron pun sesuai pegang watak seth tu. cair oh tengok dia. adoi. tapi elena tu macam kaku sikit kot.

0sh!Nz d' sen0r!ta said...

best okeh cerita ni. dah la ade aaron aziz!!!!!! ouch.. jatuh cinta.

nadzirah azani said...

mase saya dengar je nama SETH tu, saya dah agak dah cerite tu ikut novel ni :) teruje saya nak tgk cerite tu :D

Siti Mashitah Saidin said...

maksudnya, dia kawen ngan aron aziz la kan? hehehe....
*novel nih nampak besh~

Post a Comment

terima kasih sudi komen blog ini :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by Sarah Mohamad on Best Web Hosting