Friday, June 17, 2011

cerita lawak dekat TIMES SQUARE ....

Assalamualaikum.



semalam aku pergi dekat TIMES SQUARE (TS) dengan bebudak kelas aku including dengan senior2. sebelum tu pergi dekat perpustakaan negara *boleh bayangkan tak aku pergi perpustakaan, negara pulak tuu. huahua semua nya sekali dalam 13 orang semuanyaa. 


dah siap pinjam2 buku2 yang diorang nak, kami pun blah naik monorail pergi TS ni. sampai je dekat TS ni, memula mesti lah cari makanan dulu. sbb memang dah lapar giler, jadi fast food jelah. senang :D dah la ramai giler orang masa dekat MCD TS ni. time lunch :)



so dah makan2 semua, kami  yang peremnpuan ni apa lagi, terus lah ke agenda window shopping.hiks .. aku dengan kawan aku ni berpecah kejap sebab aku nak pergi dekat gerak yang jual banyak2 gerai tuu. aku panggil kedai siam gituu. gerai tuu rasanya dekat tingkat 3 kalau tak salah aku.



sesapa yang dah pernah pergi TS mesti boleh imaginekan gerai apa yang aku cakap2 ni :) aku nak lukis pun aku tak berapa ngeti. tangan jakuuun. hiks



aku dengan kawan aku pun masuk la survey2 dekat situ. aku memang niat tak nak beli apa2 dah, just tengok2 je. tapi tetiba berkenan pulak dengan hadnbag merah. pulak tuu reganya tak ler mahal sangat, terus lah rembat satu. pastu jalan2 lagi, ada kedai contact lens yang jual lens reganya rm25 je. murah kan? dah murah, mesti kita akan rasa lens tuu tak berkualiti. masa tuu, ada dua orang macam cina. dah la duk baca majalah je, muka macam nak cari gaduh. geram betul aku masa tuu.



sorang duk belah kanan, sorang lagi duk belah kiri. aku pun tanya lah dia ..


lens ni elok tak untuk mata?


dia macam terpinga-pinga je dengan soalan aku. aku dah macam pelik dah cina ni, aku tanya lagi sekali soalan yang sama. aku tengok terpinga-pinga lagi. pastu kali ketiga aku tanya lagi, boleh dia jawab cenggini.


boleh pulak dia jawabbb TAK! 


aku dengan kawan aku dah tergamam kot. tak pernah jumpa dengan penjual yang "sejujur" ni. aku pun pergi lagi tanya dengan orang sebelah. kali ni aku tanya dalam bahasa omputih pulak. mana tau kot2 dia tak paham bahasa melayu kan. *aku bajet cuak jugak nak cakap omputih ni sebenarnya. hahah.  



pastu kawan dia yang sebelah lagi ni, tanya dekat orang sebelah dia pulak. aku rasa dua2 cina ni macam terpinga-pinga jek dengan soalan aku. aku rasa soalan aku mudah je kot!!!



aku pun naik marah lah, macam susah gilerrr nak jawab soalan aku yang budak umur empat tahun boleh jawab sesenang jek!



aku pun blah la. malas nak berurusniaga dengan orang yang tak paham bahasa ni. cakap melayu tak paham, cakap omputih tak paham. kalau cakap india lagi la tak paham! malas nak berhujah panjang lebar, baik aku blah je. dah la takde usaha langsung nak amik hati pelanggan! jadik takde mood nak beli.



aku pun pergi lah kedai depan sikit, aku tanya orang depan *dalam2 blah tuu, sempat lagi singgah kedai depan pulak! haha 



yang belakang tuu orang mana? cina ke? *merujuk kedai lens yg tak paham bahasa tuu lah! 



patut lahhhhhhh dia tak paham cakap melayu dengan omputih! ngupanya dia oranggg myanmar kot!! haha  .......  haha ..... aku dah gelak2 dengan kawan aku. 



pastu tetiba melintas dalam fikiran aku ni, macam mana orang myanmar boleh menjual dekat TS pulak kan. ataupun maybe just pekerja kot. :D


ps: lens yang si myanmar ni jual, cantiiiik cantiiiik! hiks

sila LIKE kalau suka

12 pengomen:

ezy.fia said...

tokey kedai 2 amek pekeje myanmar kot..
wat rugi je.. pelanggan dh lari..
baek amek org mesia..
ekekke

Unknown said...

hehehe.. rupa org myanmar nak same je ngan chinese kan.. tp camne nak laku yg dye jual tu ek?tak faham bahase melayu..english lagi la..

= d = said...

lau amik foreigner,
maybe gaji nk bg kat dorang murah skit..
tapi agak2 la..
biar la yg paham bahase kita kan..
ish3..

Nazifa M.Zali said...

lens pe dia jual.ehee minggu lps bru pas g TS.ehee

[sutera kasih] said...

best kan window shopping..terapi mata hihihi

patutlah dia jwb tak..org myanmar rupanya hehe

nazirah said...

hahahaha.. ape daaaa..
patot ar tak paham hehehe
len kali kalo dorg nk brniaga
dorg kene phm sikit2 bhs melayu huhu ;)

WuMing said...

Masa tahun baru cina hari itu WuMing lepak kat Berjaya Hotel hampir 2 minggu. Tiap-tiap hari ronda Times Square..Tak jumpa Sarah pulak...Tapi kalau jumpa masa tu pun tak kenal lagi kan?

Anonymous said...

HAHAHA! lawak lah ghupe2nya org myanmar .. hee

Mek Onie said...

hadoiii,rugi la tokei tu jap g, kesian pulak nengok pekerja gitu,hehehe!

emieysandra said...

xphm melayu & omputih..susah la nk meniaga, HUHU

[sutera kasih] said...

* sorry drop kat sini sbb xdpt view shoutbox sarah huhu..jom terjah entri http://suterakasihyann.blogspot.com/2011/06/segmen-tak-kenal-maka-tak-cinta-diari.html sebab sarah kena tag hehe

ezza haniza said...

jadi awak beli tak lens tu tok saya ?ekekkekeke

Post a Comment

terima kasih sudi komen blog ini :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by Sarah Mohamad on Best Web Hosting