Assalamualaikum.
dah lama tak buat entry yang berinfo/berilmiah begini kan. asyik2 entry personal. kadang2 pun boring jugak kan :D
entry ni sebenarnya sesuai untuk para2 lelaki tapi kita sebagai perempuan boleh amik sedikit iktibar jugak.
Berpesanlah Imam Ghazali : " Jangan engkau khawini perempuan yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan kau khawini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah."
Perempuan Ananah, perempuan yang banyak mengeluh dan mengadu. Juga pada setiap saat dia memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
Perempuan Mananah, perempuan yang suka membangkit-bangkit terhadap suami. Perempuan ini sering menyatakan , "Aku membuat itu keranamu".
Perempuan Hananah, perempuan yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain ( atau bekas teman lelakinya ), yang dikhawini nya sebelum ini atau kepada anaknya daripada suaminya yang lain.
Perempuan Hadaqah, perempuan melemparkan pandangannya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
Perempuan Baraqah, perempuan yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, atau apabila dia marah ketika makan, dia tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya.
Perempuan Syadaqah, perempuan yang banyak cakap tidak menentu lagi bising.
rasa2 nya antara kita semua, ramai lah yang berperangai begini kan. so sama2 kita bermuhasabah sendiri. elakkan dari berperangai seperti di atas ni yek. semoga korang bertemu jodoh yang baik2 saja.
tengs korang datang baca :D
sila LIKE kalau suka
13 pengomen:
mudah mudahan dijauhkan :)
thanks wak...suke entry ni..dpt ilmu baru lagi krole..thanks~
jd pedoman nie..
semoga kita jauh dari perangai2 mcm ni.. :)
Pada siapa yang belum kahwin... kena baca ni... Dah kahwin...Jangan pula tukar...Nanti UFO akan wujud dalam rumah.
Haaa guys out there...SILA ALERT ea! :)
Yang ke-6 tu ramai suami boleh kena serangan darah tinggi..
waaa ~ harap2 tak trgolong dlm pompuan2 di atas .. wuuu
okeee saya sgt suke entri ni.. thanx for the sharing :)
Ya Allah...nauzubillah..jauhkan kami dr semua sifat di atas huhu
hadoiyaiiii..nak ikotkan, yg tersenarai kat ats tuh sumer pompuan pon ada...camno tuh???
info yang berilmiah ni..hehe
subhanallah..mintak jauh jd wanita mcm ni
Post a Comment
terima kasih sudi komen blog ini :D