Monday, June 20, 2011

KL GENGSTER! memaaaang best oooh!

Assalamualaikum!



hari sabtu yang lepas, aku dah janji dengan incik pakwe aku nak pergi jugak tengok KL GANGSTER. aku pun dengan style gangster aku tetap berkeras nak tengok citer tuu jugak walhal dah malam.



so, sebab aku dah tunjuk style gangster aku maka incik pakwe aku pun mengalah lah. bawak la jugak aku pergi tengok citer tuu dekat IOI Mall. tengok dekat IOI ni best ohh ... sbb wayang dia baru lagi. plus tak ramai sangat orang yang duk beratur. dalam 3 minit je aku berautr, dan dah dapat tiket. oooh .. memang best! selalunya aku tengok dekat bukit raja, memang ramaiiii giler orang beratur. kali ni rasa heaven betul, sebab kejap je dah dapat tiket :D



aku tengok citer yang jam 9.45 malam. lepas beli popcorn dengan air, terus masuk. duduk2 kejap dan wayang pun start. sure ramai yang dah tengok kan :D



aku ofkos la macam semua pompuan lain *semua keee? minat dan suka dekaaaaat Malek. sebab apa aku suka? sbb dia berlakon cool weh. time dia bergaduh pun dia cool. time dia marah Jai pun dia cool. haha .. kesimpulannya Malek ni cool lah. time dia marah adik dia keluar malam2 tak balik rumah pun dia cool. time dia tengok mak dia kena jual kerepek baru ler nampak muka sedih. haha



aku yang gangster tapi tetap cool okeh!



kira filem ni aku sangat2 berpuas hati. aku sebenarnya lagi suka filem arahan Syamsul Yusoff dari Farid Kamil nye filem Farid Kamil filem nya alahaaai .. kalau tengok dekat wayang tak berbaloi betol. ntah pape je citer arahan FK ni. tengok Kongsi jelah. wat rugi je aku tengok. tagline tak masuk langsung dekat citer. 



kalau SY punya filem, best. SY ni dia kreatif, kalau dia mengarah filem, ofkos aku pergi tengok! kalau tengok KL GANGSTER aku terasa macam tengok citer action dari Thailang. sebab real giler time dia gaduh2 tuu. tak nampak fake dan keras puuun. time lucu2 pun ada. aku bagi rating 4.5 dari 5. sbb time Fadil kena tusuk pedang oleh Shark, ada ke pihak hospital bawak slow2. mesti lah kena bawak laju2 sbb orang dah nak mati kot! 



aku dengar kutipan filem KL GANGSTER ni dah masuk dekat 11 jutakkkk. banyaaak tuu!

sila LIKE kalau suka

11 pengomen:

Unknown said...

kita ni dhlma tringin tp tk kesampaiaan lg mau nengok..tggu dvd jelah kot

[sutera kasih] said...

tak tgk lagi huhu..nk tgk !!

Nazifa M.Zali said...

teringin gak nk g tgk.tp xde kwn :(

cik ika said...

tak semapt tgk lg..erm...

folow sni..:)

Yatt S. said...

Jatuh cinta dengan Jai (Adi Putra). Gagah !!

KL Gangster : Jai, I'm Falling For You
Muka Cantik Tak Guna Kalau Tak Kahwin

miss lolly a.k.a luvfareda said...

nak tengok jugekkkkkkkkkkkkkkk

Sesopie said...

dah tgok gak! not bad

Anonymous said...

Tak sempat lagi nak tengok citer ni. Citer ni gak penuh kontroversi sampai nak kena saman tu kan.. Huhu..

Zie Madini said...

inilah yg buatkan akak jd teringin giler nk tgk nih..adehh

tomato said...

memanggg terbaikkkkkkkkkkkkk !!!!!!!! :D

Anonymous said...

ske jai ! i love u adi ... sob sob.. shark pon sy love jugak

Post a Comment

terima kasih sudi komen blog ini :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by Sarah Mohamad on Best Web Hosting