Saturday, October 15, 2011

Review REAL STEEL. memang best citer ni!!

Assalamualaikum!


masa update : 2.51 pagi
status : pening2 baru balik tengok midnight movie dengan kengkawan

hehehe .. baru balik terus update ye dok .. *semangat blogging gituu* puiii ...hahahaha


okay .. sebelum tengok wayang .. kami pergi makan johnnys dulu, perut dah berbunyi kruk krak kruk krak menandakan tahap kelaparan berada di tahap tertinggi .. *aku lah tuu, orang lai tak punggg* hehehe


sebelum ni memang aku tak pernah try pung makan johnnys ni .. kira ni first time lah ye .. yang pasal johnnys ni nanti next post aku update ye. entry kali ni pasal REAL STEEL.



sinopsis



REAL Steel dibintangi Hugh Jackman sebagai Charlie Kenton, bekas peninju yang dilupakan dan pernah terlepas peluang untuk memenangi kejuaraan tinju apabila robot mula menguasai gelanggang sukan berkenaan.
Kini, Charlie Kenton hanyalah seorang penganjur pertandingan tinju kecil-kecilan.
Dengan bergerak dari satu gelanggang ke satu gelanggang bawah tanah menggunakan robot yang dicantum daripada besi-besi terbuang, Charlie mampu mengumpul sedikit wang.
Namun, apabila dia pokai sepenuhnya, dia dengan berat hati bergabung dengan anaknya Max (yang sudah ditinggalkan sebelum itu) untuk membina dan melatih satu robot yang mampu menjadi juara.
Bila bermulanya aksi yang seolah-olah tiada penghalang langsung, kedua-dua Charlie dan Max menongkah segala bentuk arus bagi memastikan satu peluang terakhir untuk naik kembali dan muncul juara tidak terlepas begitu sahaja.
Menurut pengkritik, apa yang menarik mengenai filem ini adalah saat-saat emosi yang merapatkan kembali hubungan antara seorang bapa dan anaknya.
Ada pihak mengatakan ini adalah filem yang terbaik setakat ini untuk tahun 2011.

dari sumber.


trailer REAL STEEL





pandangan aku :

  • citer ni memang best best best best dan sangat best .... bayangkan lah aku tengok movie ni .. midnight .. dah midnight khenn seharusnya mengantuk .. tapi citer ni memang dari awal sampai ke hujung memang tak boring dan takkan membuatkan korang rasa mengantuk sikit pung
  • robot memang nampak macam real .. dengan gaya berjalan gaya menari *nanti dapat tengok robot menari yeayyyy* hehehe
  • ada unsur lawak2 sket .. memang seisi panggung ketawa time diaorang lawak2 tu 
  • ada jugak sedih2 sket .. jiwang2 cintan cintun memang takde
  • jalan penceritaan yang tersusun .. 
  • max yang comel dan charlie yang hensem
  • time atom nak lawan dengan zeus kan .. time yg last sekali, time yang atom menang .. seluruh panggung bertepuk tangan sebab atom jugak menang last2
aku memang cadangkan korang tengok citer ni .. memang best .. dan memang bagi aku, aku rasa lah .. citer ni antara yang paling best bagi tahun 2011.






ni lah atom .. robot kecik yg terus berjuang tanpa henti .. lasti2 menang jugak ko yek atom hehehe
atom ni ada sensor bagi mengikut pergerakan .. contohnya macam charlie .. kalau charlie tumbuk .. maka robot ni akan turun menumbuk jugak ... paham? tak paham? kalau tak paham sila tengok citer ni .. dah tengok baru paham hehehe




hugh jackman .. charlie yang hensem :D





time atom lawan dengan the almighty zeus .. zeus ni tinggi kemain weh kalau nak dibandingkan dengan atom .. sekali dia tumbuk atom .. berlobangg kepala atom 





and the coolest sarah mohamad *HAHAHAHAHA*



aku tengok dekat jj bukit raja hari jumaat malam .. jam 11.45 .. aku tahu takde sesapa tanya, tapi ada aku kesah .. aku nak jugak bagitahu muahahahaha

2 pengomen:

~Nana 귀여운~ said...

nak tengokkkkkkkk

cik pulau said...

perhh.. make up comey tow..

real steel.
tgu download lahh..
hahha

Post a Comment

terima kasih sudi komen blog ini :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by Sarah Mohamad on Best Web Hosting