Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.
Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.
Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.
Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.
Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita.
Dan kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui insan yang ikhlas mencintai saya seadanya.
Kerana saya tahu.. Saya tidak cantik pada pandangan manusia..
Maka saya akan berusaha agar kelihatan cantik pada ALLAH.. Kerana bukan kecantikan dunia yang saya
kejar...
Tapi KECANTIKAN di akhirat kelak..
*aku amik dari fb .. yang orang duk share share tu lah
*sebagai ingatan kepada semua dan juga ingatan bagi diri aku sendiri
*cantik itu subjektif, bukan cantik pada paras rupa sahaja .. cantik itu menyeluruh!
8 pengomen:
Salam Sarah,
Satu pemahaman yang bagus dan bijak.jangan sedih dengan rupa paras kita kerana itu adalah pemberian tuhan.Setiap kejadian tu ada hikmah nya.
setiap kejadian ada hikmahnya..
lgpun kecantikan luaran tak kekal kan
;)
like!!
cantik ke tak cantik ke..
semua tu kurniaan Allah..Hehehe
SEMUA ORG ADA KECANTIKAN SENDRIRI :D
suke suke..
Setiap ciptaan ALLAH semuanya cantik :)
Semua orang cantik. setiap orang akan ada kecantikan dia. hehe
Post a Comment
terima kasih sudi komen blog ini :D