Thursday, January 12, 2012

Adakah ini salah didikan ibubapa/kurang didikan agama atau diri sendiri yang bodoh?

Assalamualaikum!

First of all, sila lah korang tengok video ini dulu. Baru lah aku boleh ulas apa-apa selanjutnyaa okeh.



Dah tengok? Aku tak pasti pulak benda apa/pasal apa yang membuatkan dua orang budak perempuan ni bergaduh. Kalau tengok dari gaya dua orang budak ni, tengok dari segi badan diorang lah ye .. aku rasa average umur diorang ni dalam 15-17 tahun kot.

Baru umur 15-17 tapi dah pandai bergaduh ye adik manis? Korang rasa dah cukup dewasa ke untuk bergaduh? Dah cukup matang ke?

Salah siapakah kalau pergaduhan seperti ini terjadi? Ibu bapa? Rakan sebaya? Pergaulan? Ataupun pihak sekolah yang tak cukup memantau pelajar? Atau .... diri sendiri?

Aku pasti dan yakin, kalau ibu bapa budak dua orang ni tengok video ni, mesti diorang rasa amat maluu dengan kelakuan anak diorang. Rasa amat marah kerana memalukan mereka dengan isu pergaduhan ini.

Tugas mendidik pelajar semua ni bukan terletak dekat bahu pihak guru, pihak guru cuma orang tengah dalam tugas menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar. So tugas mendidik adalah terletak di bahu ibu bapa. Ibu bapa yang berhak mendidik/"mengajar" anak masing - masing tapiii kalau dah anak tak mendengar nasihat, tak mendengar larangan ibu bapa .. so aku rasa itu adalah salah diri sendiri. Diri sendiri yang terlalu mengikut kata hati, merasakan diri dah cukup matang, merasakan diri dah cukup hebat untuk berkelakuan seperti di atas!!

Dari video dekat atas ni, ramai yang menonton nyaa .. tapi takde sapa pun yang sudi nak meleraikan pergaduhan ni. Ada lah sorang budak ni, tapi tu pun tak terlawan .. lepas sorang minah pakai helmet ni masuk campur baru lah pergaduhan ni dapat dileraikan. Tu pun kena amaran T__T

Aku tertarik satu komen dekat video ni dekat You Tube

one fine day, when they reminisce to this particular time, they'll know how stupid they had been~

FYI, sekolah SMK Zainab ni adalah sebuah sekolah di Kelantan. Adik aku pernah sekolah dekat sini, tapi kejap je. Tu pun semasa tunggu proses pertukaran pelajar, so tumpang sekolah ni kejap.

Bergaduh seperti di atas, rasa macam banganggg je iye dak? Bergaduh depan orang ramai, dengan berpakaian sukan sekolah .. tak malu ke weii! Ishhh Sebab apa bergaduh? Sebab lelaki ke? Kalau sebab lelaki, well .. NOT WORTH IT AT ALL!

Kalau sebab lain, punn tak berbaloi. Sebab apa perlu bergaduh? Perlu ke sampai bergaduh?

Tengok pulak video dekat bawah ni.


Prank yang dilakukan oleh bebudak kelas untuk cikgu mereka. Tapi masa last tu, semua kelas sambut birthday cikgu diorang. Dan aku yakin, cikgu diorang takkan lupakan saat ni sampai bila bila. :D

Lebih baik cikgu tak lupakan kita dengan perasaan gembira, ini tak .. cikgu memang takkan lupakan kita disebabkan perangai kita yang selalu membawa masalah kepada sekolah!

terima kasih sudi baca yaw!

9 pengomen:

CintaZulaikha said...

bergado tuh cam dah jadik trend ngn bebudak nih..nak salahkan sapa tuh, mmg takleh nak judge. tp kalau nak kata masing2 nak tjuk hebat, darah panas, sumer remaja pon begitu. tp punca tuh yg kena selami, kalau sekadar sb BOYS..haduyaiii, insaf2lah..ko tgk dlm setahun dua agi, ada ke laki tuh jadik laki ko...kan3..betoi tak. kalau btol jadik laki ko, akak respek, kalau teman tapi mesra..huahhahha. time tuh, meh buka balik u tube nih, pastu gelakkan diri sdri..wat malu jak...

Ieda AlHabsyi said...

bab gaduh tu memalukan..

sepeck said...

wat mlu je gaduh2 kan..

mia said...

owh trsentuh dgn video last tu :(

Fitrihadi said...

adeh.. tak suka ar tengok video budak2 bergaduh sebab rasa geram sangat. Rasa macam nak gi tampar je semua yang gaduh tu.. relax dah ar.. gaduh camtu bukan dapat apa pun. sakit ada ar.. adoii budak2 zaman sekarang...

atika ruslan said...

perghh.. kejutan birthday yg paling best..:)

soooooour said...

gile nice yg video prank cikgu tu...lg best klu dak pmpn tibe histeria..hahaha..

Yatie Awang said...

ibu bapa dah didik kita dari kecik dan yang telah berikan yang terbaik buat kita, mereka juga mahu kita menjadi manusia berguna...kenapa nak salahkan mereka? bila dah besar dan tahu mana baik buruk diri sendiri yang harus di persalahkan tak perlu tunding jari pada orang lain..termasuk ibu bapa

Terbakor said...

wah red color la :D

Post a Comment

terima kasih sudi komen blog ini :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by Sarah Mohamad on Best Web Hosting