Friday, January 27, 2012

Edisi makan - makan di De Templer Chinese Food.

Assalamualaikum!


Haihhhh! Aku ni kenapa asyik asyik update makanan sajooo. Bile lerr aku nak kurus kalau asyik makan makan jeeek! HEHEHE



*gambar snap using my blackberry, so tak berapa nak cantikkk!*



Sebab utama aku nak makan dekat sini adalah DIM SUM yang super ohsem! Sejak makan kali pertama dulu - dulu, aku dah jahatuh cinta dengan DIM SUM. Sedapppp! DIM SUM pun ada pelbagai jenis, bukan semua yang aku suka. 



 #1

DIM SUM!


 #2

Aku air bandung. Boifreng order jus apple. Kureng sikit kot air dia. Seriusly bukan kureng tapi tak sedap langsungg! Air epal macam bibik buat je aku rasa. Aku tak puas hati betull! Aku memang nak tukar dah, tapi boifreng tak bagi. Terima seadanyaaa. Nasib dia yang minum air tuu. T__T


 #3

Nampak tak ada bekas kaler silver tu. Tu adalah ubat soluble. Sebenarnya time ni aku tengah demam. Pastu boifreng tanya nak makan apa, aku jawab la teringin nak makan dimsum. Tu yang boifreng aku bawak makan dekat sini. Keh keh .. 


Lepas makan, telan ubat terus. 


 #4


 #5

Sedappppnya dimsum nihhh! Dalam banyak - banyak aku paling suka 2 ni je. Memang selalu order yang ni punnn. Nama apa tahh. Pelik pelik namanya. Aku pun tak reti nak sebutt. T__T



Dua - dua ada udang dalam tu. Udang pulak memang fresh sangat. Setiap dalam ni ada berketul ketul udang tahuu! Memang nyum nyummm! *OVER!* 



 #6

Ni aku punya, memandangkan aku tengah demam .. boifreng suggest suruh makan porridge aje. Makanan orang  sakit katanyaa. T___T. Ni kalau tak salah aku salmon porridge. Walaupun nampak putih aje .. jangan di sangka tak sedapp! Sedappp sangat!



Dekat dalam tu ada salmon. Banyak pulak tuu. Teeheee. Memula porridge ni sampai, aku rasa macam tak cukup je dengan aku. Aku kan makan banyak. Lepas dah makan tu, terkial kial nak habiskan. Rupanya banyakkk! Sebab mangkuk dia dalam. Terkial kial pun habis jugakk! HEHEH


#7

Boifreng punya. Beef black papper. Yang ni aku rasa biasa je. 



Sebenarnya, kalau makanan biasa tu aku rasa rasanya biasa biasa je. Cuma untuk dimsum aku rasa sini paling the best. Paling sedap!



Overall rate aku bagi 3.5/5 jek. Tu pun sebab dimsum. Keh kehh .. 


Harga nya.


 #8

Ala... tak nampak pulak dahh menu yg aku makan.



Harga bagi aku entah la. Nak kata mahal pun aku tak tahu rate dia macam mana. Tapi aku rasa standard kot. HEHEH



Boleh la kalau teringin nak makan dimsum! 



Yang aku frustnyaa, dekat Kelantan takde restoran yang jual dimsum. Ada tu memang ada, tapi dekat hotel je. Mana mampu! HEHE Macam tak logik je nak makan dimsum 2 jenis je tapi sampai bayar sampai beratus.


Restoran ni terletak dekat Taman Melati. Dekat dengan rumah kakak boifreng aku. Lepas dah kenyang, jalan jalan jap ke Danau Kota. Tapi takde beli apa2 pun. Just cuci mata je T__T!


terima kasih sudi baca yaw!

3 pengomen:

Cik mama said...

Uiiittt soodaappnya beef black paper tu..

A'ishah Kamaludin said...

Yerp tu leh kira harga standard lah juga..

Hehs, kalau datang sini wajib untuk jeles ngn smua makanan kat sini..

kemudian rasa lapar

[sutera kasih] said...

huhuhu nk dim sum gak :(

Post a Comment

terima kasih sudi komen blog ini :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by Sarah Mohamad on Best Web Hosting