Monday, January 16, 2012

Perihal makanan.

Assalamualaikum!

Kali ni aku dalam keadaan mood yang agak baik. Mood aku takde swi swi (mood tak elok), sekarang dalam mood bergembira, modd happy, mood positif dan sebagainya T__T.

Ok. Mengenai makanan. Perihal aku dan makanan.

Aku kalau bab makanan, memang aku agak pemilih orangnya. Bukan memilih maksudnya nak makan yang mahal mahal aje. Memilih makanan juga bukan bererti aku tak makan itu, tak makan ini. Itu menyangada namanya. Bukan gitu. Maksud aku, mengenai makanan apa yang aku akan makan.   

Aku memilih makanan disebabkan perut aku yang tak tahan. Perut mengada orang cakap. *Perut aku lah ittewww*. Kalau makanan yang terlampau pedas, aku takkan makan. Kalau makan pungg, sikit saja. Kalau aku paksa makan, maka bermalam di tandas lah aku jawabnya.

Kalau makanan yang tak habis, dan makanan tersebut disimpan dalam peti ais aku akan makan. Kalau letak dekat luar, aku takkan makan. Aku sangat jarang makan makanan yang disimpan. Selalunya perut aku tak tahan. Kena makan makanan yang dimasak hari ni jugak. Kalau tak sedap pungg takpe, tapi mesti dimasak hari ni. Tak boleh disimpan simpan, kalau makan jugak  maka bermalam di tandas lah aku jawabnya.

Makanan dan kebersihan. Ini lagi lah aku pemilih. Aku takkan makan makanan tersebut jika aku rasa tempat makan/restoran yang sediakan makanan itu adalah tak bersih. Ini paling pantang! Tak sedap takpe, jangan tak bersih. Geli kembang tengkuk aku. Kalau nak tahu tempat itu bersih atau tak, tengok dekat bilik air restoran tersebut. Kalau bersih, maka percayalah cakap aku kebersihan di bahagian dapur juga adalah bersih! Kalau kedai tepi jalan pulak, kalau nak tengok bersih atau tak, tengok kepada orang yang menyediakan makanan tersebut. Kalau orangnya bersih, tempat nya bersih maka aku percaya makanannya juga mesti bersih.

Bagi aku tak salah kalau aku memilih dalam pemakanan aku. Sebab makanan yang kita makan akan menjadi darah daging kita nanti. Kalau makan makanan yang entah apa-apa, nanti tubuh badan kita pungg akan jadi entah apa-apa. Aku taknak, baru umur nak masuk 40 tahun tapi ada pelbagai penyakit. Penyakit 5 dalam 1 lah, 3 dalam 1 lah. Contohnya : Diabetis, kencing manis dan darah tinggi. Penyakit orang zaman sekarang. Penyakit pakej orang kata. HEHEH

So, daripada sekarang lah aku amat menitik beratkan kebersihan dalam pemakanan aku. 

Kepada semua, jom sama - sama memilih makanan. HOYEAHH!

 Jom makan!


terima kasih sudi baca yaw!

12 pengomen:

Anonymous said...

boleh geng dgn saya sbb saya pun memilih gak.byk yg x leh dn takmau mkn hehe..

Anonymous said...

boleh geng dgn saya sbb saya pun memilih gak.byk yg x leh dn takmau mkn hehe..

Anonymous said...

boleh geng dgn saya sbb saya pun memilih gak.byk yg x leh dn takmau mkn hehe..

Anonymous said...

Hmm.. kebersihan memang penting kalau pg kedai mkn..

Laaa, apsal la sarah ni suka buat org lapar....

nyam nyam

[sutera kasih] said...

makan utk hidup utk mkn hehe


sarah, pa kbr? :)

Ardini Humaira said...

huii sedapnye makanan... dni asik lapa je skang huaaaa

tiafazunia said...

erkkk? tia main makan je ape yg tia nakkk -__-

Mohamad Fathi said...

sedapnya.. nyum-nyum.. o_O

♥ Nana BamBam ♥ said...

jadi lapar plak tengok gambar tuh..aduhai..hehe

Scha Aryana said...

samela, scha pon macam tu jugak! hee lapar lak tengok gambar2 tuu.. haishh ^^v

Cik Anita said...

makan sedap memg best... tp xde duit xdapat nak makan best2..hehehe

nazirah said...

wah sikit pnye pnjg la sarah nk ckp pasal perihal mkn ni . hee tp bgus.. dan betul ckp sarah tu... bkn sng nak pilih makanan yg betul berkualiti.. tmpt yg bersih kan.. so kene pndi2 lah eh eh bile kte nak makan same2 ni ? huhu

Post a Comment

terima kasih sudi komen blog ini :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by Sarah Mohamad on Best Web Hosting