Friday, March 23, 2012

Homemade SIRLOIN STEAK. Rupa tak melambangkan kesedapan makanan ituu!!!

Assalamualaikum!

 Masa aku balik kampung hari tu, malam tu mak aku buat sirloin steak. Aku memang peminat nombor 1 steak steak bagai nih!!! Hehehe sama macam adik aku yang bongsu. 

Mak aku beli dekat Kedai Ramly burger, beli yang frozen jek. Gambar aku lupa nak amik sebab menikmati kesedapan sirloin steak tersebut. Muahahaha

Murah je, mak aku beli RM35 sekilo. Kalau nak beli sekeping sekeping tak boleh, kalau nak beli kena beli sekilo terus atau beli je 4 keping  harganya cuma RM17 JE!. Tapi yang pasti murah! hehehe

If kalau korang makan dekat luar, aku pasti harga sirloin steak dalam RM20 - RM30 ke atas! Tambah2 kalau makan dekat fine restaurants. Fuhhh memang cekik darah! 

Sekarang kalau nak jimat, boleh je buat macam aku ni. Beli sendiri dekat kedai ramly burger, lepas tu buat sos. Sos pun mak aku beli dekat kedai ramly, sos blak papper. Aku rasa ni lah sos black papper yang paling sedapp aku pernah makan. Siyessss tak tipuu!


 Ni sosnya!
Brand ita, tak pernah dengar lagi brand nih. Heheh
For dipping, cooking and marinate.



 Mintak maap ye atas kehodohan gambar diatas! Hehehe
Sirloin ni di bakar atas kuali leper. Sampai agak-agak masak.


Yang ni dah dimakan separuh, baru ingat nak snap pic! 

 
Yang ni dah siap di letak sos. Tepi tu roti. Adik aku suka makan sirloin ni dengan roti. 
Paling best kalau dapat makan dengan fries + coleslaw + mashed potato. Pehhh! Menyengat betull! *tetiba tengok ni aku rasa nak balik makan!* Wawawawa


Sedapnyaaa Sedapnyaaa Sedapnyaaaaa!!!!!
Isi daging sangat - sangat lembut. Kalau dah namanya beli dekat Ramly Burger jangan diragui kehalalannya okeh! Mak aku siap tanya lagi ni daging mana, katanya daging ni daripada Australia. Hehehe


Balik ni harussss lah nak buat lagii!

terima kasih sudi baca yaw!

2 pengomen:

butterfly said...

asal blog sarah je.. makanan..
asal makanan je tengok blog sarah...

azam said...

kalau sedap...berbaloi la

Post a Comment

terima kasih sudi komen blog ini :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by Sarah Mohamad on Best Web Hosting