Thursday, March 1, 2012

Sarah Mohamad Jalan - jalan ke GOLOK! PART 1

Assalamualaikum!


First sekali, entry ini mungkin panjang. Mungkin sahaja yekk, sebab kalau aku malas nak menaip, aku skip sahaja bahagian penceritaan lebihkan gambar. Hewhewhew.


Ni adalah kali pertama aku ke Golok, tahu Golok? Sempadan nak masuk thailand lahh .. tempat filem castello berlakon dulu. Ewahh aku, menggamit kenangan betul. Masa castello keluar panggung dahulu kala .. time tu aku duk dekat plkn bukit besar. Jadi diorang pasang citer tu dan tengok ler beramai ramai. Kenangan PLKN dulukala.Sangat besttt! Ehh, ini bukan cerita mengenai PLKN tahu, ini cerita mengenai trip aku kesana. =P


Aku sebenarnya takut jugak nak kesana, almaklumlahh sana kan macam-macam. Aku ni penakut jugak. Tapi dah kawan aku beria ria ajak, aku pun ikuttt ler jugakk. Ajak jalan - jalan dan makan - makan jek. 


 Aku tahuu...... aku nampak keputihan melampau dalam gambar ni T__T
Setting camera dah memang macam ni. 
Memang aku takde edit apa untuk gambar ni, original okehh!



Aku kesana dengan adik aku, piya. Temankan kakaknya yang penakut inniwwww ツ Dari sana, amik kawan 2 orang. Bujo dan Jeny. Kawan lama aku. Diorang dah selalu ke sana. 







Atas perahu.
Dua gambar dekat atas ni snap dari bb. Kualiti bb memang tak memuaskan. Hehehehe
Aku dalam ketakutan (¬‿¬). 



Okay, gambar atas tu masa naik perahu. Yesss memang naik perahu .. tak payah guna bot laju ke apa ke sebab seceputtt tu jee nyaa. Nampak tak belah sana? Belah sana tu adalah golok dah. Dekat je sebenarnya. (─‿‿─)


Sebenarnya boleh je masuk dengan kereta, tapi leceh kalau bukan kereta sendiri. Maknanya dalam geran kereta memang kena nama sendiri. Kalau tak ...... leceh skett, sebab nanti dia akan syak bukan bukan pulak. Imigresen akan tanya macam macam sebab takut kang korang jual kereta curi ke apa kan. Mana lah tahu, pulak tu muka muka yang tak biasa memang dia akan check satu satu. So kesimpulannya lecehhh! Sebab tu senang naik perahu jekkk! 


 Bayar dalam RM2 je. Hewhewhew. 


Sampai sana, kena letak ic. Tulis nama. Kalau pergi by group, sorang je kena letak ic.Pastu tunggu kawan kepada kawan aku datang amik. Sana aku rasa lebih elok kalau ada orang kenal. Kalau tak entahh la, aku pun tak tahuu Heheheh tapi takut jugakk la kalau kat sana takde sapa - sapa kenal. Pastu kalau nak pergi jalan - jalan belah sana prefer ada lelaki. Yelahh golok ni kira dah masuk thailand dah kan. Bukan di bawah kerajaan Malaysia dah. Hewhew. Ke aku yang terlalu paranoid sangat ni?!!






Sampai sana, cari tempat makan dulu. Sana orang panggil sukuyaki ke apa ke sukiyuki ... entah lahh hehehe dah lupaa. Tapi tempat dia ala-ala stemboat jek. Sedapp tapi choices tu kurengg la. Tak sebanyak dekat tempat stimbot macam dekat malaysia nih. Wehh macam lah jauhh sangat kan sebut malaysia, ala ala macam duk kat oversea pulakk hahahaha


Lagipun kena lah dengar harga dia. Buffet satu kepala RM9 hengget sahaja. Murahhhh gilerrr. Aku bayar duit ringgit je. Terima je kat sana, sebab dah dekatt kan. Time nak bayar tu, bagi cukup cukup jek. Nanti kang kalau ada baki dia bagi duit syilling thailand. Hehehehe 




Spott me tengah amik makanan dengan bujo. 



Makan biasa je. Takde lah tak sedap. Bagi aku lah rasa biasa jek. 












PALING SEDAP ADALAH AISKRIM KELAPA. SEDAPPPPPPPPP!!!!! *aku siap caps lock ni*


 WINNNNNNNNN!


Lepas makan - makan nih sebenarnya dah petang dah. Dalam pukul 6 lebih dah. Sepatutnya kena balik dah sebab aku taknak sampai ke malam. Takuttt. Lagipun sana malam bahaya sikit. =P Bahaya dengan thai girl sana. Hehehe.








Dekat pasar diorang ni fuhhh gilerr lah. Macam macam ada. Pisau rambo main main je jual dekat sini. Laser yang selalu citer orang puteh polis diorang selalu guna tu pun ada jual. Kawan aku siap beli pisau rambo satu, cota satu dengan laser tuu. Takutt gilerr. Nak lepas tu pandai pandai sendiri lah yek. Kalau kena dengan imengresen, kena rampas! hewhewhew






 Dah pukul 7 lebih dahh tapi dekat sana still panas terik lagi. Nanti akan bersambung part 2 yek. Aku sebenarnya malas nak buat part part ni rasa macam retiss jek tapi dah panjang lebar gini, aku rasa elok buat part part. Senang. Kalu berjela jela panjang entry aku nih haaa. Korang jugak buhsan. Matii lahh macam lah ada jugak yang nak baca kan kan kheeeeennnnn?! ✿◕ ‿ ◕✿



Part 2 nanti aku pergi jalan - jalan sekitar sana. Shopping sikitt  pastu apa lagi ... haaa tunggguuuuuuuuuu ♥


terima kasih sudi baca yaw!

9 pengomen:

echa takashimaya said...

dah sampai oberseee dah jalan.hehe

|| NaFiRaa || said...

bestnye.. barang2 kat sana murah x??

Amirah Adnan said...

g mundok ko? oloh..sedaknyooooooooooooo

zOeY zAu YaH said...

amboi bestnya berjalan..ais kelapa tu mmg sedap.kat sini ada gak..

sarah mohamad said...

@echa takashimaya

Hehehhe oberseaa lahh sangattt kann :D

sarah mohamad said...

@|| NaFiRaa ||


Boleh tahan murahh jugak lah. Kalau bag2 memang murah :D

sarah mohamad said...

@Amirah Adnan

Buke mundok lah g Golokk hehehehe :)

sarah mohamad said...

@zOeY zAu YaH

Yekeee dekat kedah pun ada ke? Lahh tak tahu punnn =P

tiefazatie said...

wah!!best aiskrim tue!

Post a Comment

terima kasih sudi komen blog ini :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by Sarah Mohamad on Best Web Hosting