Sunday, April 29, 2012

Makan - makan di Four Seasons Restaurants

Assalamualaikum!

First sekali, aku nak tanya adakah website four seasons ni kena hacked!? Rasanya macam kena hacked berdasarkan print screen di bawah. Yang pasti kena hacked by Indonesian ni, dah berapa lama aku pun tak pasti. Harap2 pihak four season tahu yang website diorang kena hacked, takkan nak biarkan macam tu je kot. Hehehe 



Restoran ni terletak do Kota Bharu. Hari tu family aku kecuali abah dengan adik aku suraya tak join sama memandangkan diorang berada di KL. So aku, adik aku piya dgn amei serta mak aku je yang makan - makan sini. Makan - makan sambil santai je pun. Masa kami pergi sini bukan time weekend, tapi orang tetap ramai. Huhuhu  Nasib ler ada jugak meja, tu pun dekat depan nun dekat pintu masuk.


 Tomyam putih.

Kalau mengikut tekak aku ni, sorry to say memang tak sedap. Memandangkan family aku tak makan pedas, maka mak aku mintak tomyam putih. Portion banyak cuma tomyam itu yang kureng. 


Sayur campur.

Biasa sahaja. Brokoli adalah feveret aku. Hehehehe


Oyster pancake.

Hohoho ini adalah feveret siblings aku. Masing2 berebut nak oyster ni. Sedapppppp! Kat tempat lain takkan mampu lawan kesedapan oyster pancake kat four season ni. Huahuahua


Ayam masak masam manis.

Yang ni apa eh aku nak komen hehehe aku rasa biasa saja kot. Boleh laaaaa. Habis licin jugak aku makan nya. :D



Yang ni adalah Ikan siakap masak apa tah aku lupa, macam nama chinese sikit2 lah. Lupa pulak nama penuhnya.

Yang ni adalah sedapp, cuma sedikit pedas. If korang suka makan pedas, rasanya memang sedap. Masa aku makan hari tu ikan ni tak habis sebab family aku tak berapa suka pedas sangat. So bungkus sebab baru makan sikit je. Bagi aku ikan siakap ni sedap! Kuah pekat.


Mak aku dengan adik aku piya.

Air epal. Aku rasa air ni langsung tak di campur dengan air. 100% dari juice fruit. Sedap sangat! Nampak tak kepekatan air epal tersebut? Wohhooooo sedapppp


Ada satu lagi lauk iaitu butter prawn, belum sempat aku amik gambar tengok2 dah takde. Semuanya dah di kutip oleh amei. Huahuaaaa So far kalau dekat kelantan ni butter prawn sini lah yang paling sedap. Dekat tempat lain takkan sama rasanya. 


Lastly ;


 Makanan yang aku dah cerna! Huahuahua ... 


Rate untuk restoran ni aku bagi :

Makanan : 4/5
Persekitaran : 5/5 - kedai ni bergred A iaitu tersangat bersih.
Harga : 4/5 - agak mahal sikit. Hehehe jarang2 boleh la, kalau hari2 memang makan pasir ler hawabnya. Heheh


Sebenarnya dah banyak kali aku makan dekat sini, cuma kali ni je aku nak review tentang makanan di restoran ni. Hehehe So far aku memang puas hati makan dekat sini.


Lain kali update lagi ♥

terima kasih sudi baca yaw!

0 pengomen:

Post a Comment

terima kasih sudi komen blog ini :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by Sarah Mohamad on Best Web Hosting