Friday, September 4, 2009

Lelehan vagina

Lelehan vagina biasanya jernih dan tidak berbau. Kamu mungkin nampak yang ia memberikan kesan berwarna putih atau krim pada seluar dalam atau panty liner. Ia mungkin mempunyai sedikit bau kerana bertindak balas mengikut bahan seluar dalam atau panty liner. Lelehan ini datangnya dari pembukaan uters yang dipanggil serviks.

Fakta mengenai lelehan vagina :
  • Semasa pemeriksaan, lelehan vagina mungkin mengandungi sel, bakteria, tisu mati yang datang dari uterus, serviks dan dinding vagina.
  • Lelehan vagina berbeza mengikut antara seorang wanita dan wanita lain dan juga semasa kitaran haid
  • Lelehan semakin meningkat dan mungkin agak nipis dan meregang apabila kamu sedang mengovum
  • Beberapa hari sebelum period, kamu mungkin nampak yang warna lelehan menjadi sedikit coklat.
  • Ia dipengaruhi oleh SHEK BUP:Stres
Hormon: estrogen
Emosi
Kebersihan

Bakteria Baik atau Berbahaya
Umur
Pencegah Kehamilan

Lelehan jenis yang normal seperti :

  1. jernih ke keputihan
  2. tekstur yang berkrim atau meregang pada masa tertentu dalam sebulan
  3. soapy odor to ordorless
  4. berbau sabun atau tidak berbau
  5. amaun mungkin berbeza
  6. tiada kesakitan atau kegatalan vagina
  7. tiada masalah kencing
  8. tidak sakit semasa bersetubuh (utk yg da kawin tau!)

Lelehan jenis yang tidak normal seperti :

  1. kekelabuan,kekuningan atau kehijauan
  2. berbau hanyir,busuk
  3. lebih banyak daripada biasa
  4. berdarah (diantara kitaran haid)
  5. sakit dan terdapat kegatalan
  6. sakit di vagina semasa kencing
  7. sakit atau tidak selesa semasa bersetubuh

sekiranya didapati anda tidak normal sila jumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut untuk memeriksa pelvik anda

pH vagina
Vagina melindungi dirinya daripada jangkitan melalui pH berasid yang rendah. Ia merupakan keseimbangan organisma dan bakteria termasuklah asid laktik yang dibebaskan oleh sel vagina, membuatkan pH sentiasa berada dalam kandungan rendah. Keseimbangan ini mungkin hilang disebabkan jangkitan vagina, kurang kebersihan diri atau penggunaan pencegah kehamilan. Apabila ini berlaku, vagina kamu mungkin gatal dan terdapat perubahan pada lelehan vagina.

Kenapa lelehan vagina berasid?
Vagina dilapisi beberapa lapisan sel yang aktif, dan terdapat organisma yang tinggal di dalamnya. Bakteria dan sel dalam vagina lah yang menyebabkan keasidan pH vagina. Estrogen yang dibebaskan oleh ovari memberikan signal pada sel vagina untuk menghasilkan dan membebaskan asid laktik. Bakteria tertentu seperti lactobacilli juga menghasilkan asid laktik dan berfungsi bersama sel vagina untuk mengekalkan keasidan pH vagina. pH vagina biasanya dibawah 4.5.

Normal ke untuk bakteria berada di vagina?
Vagina mempunyai dunia kecilnya sendiri. Sesetengah daripada bakteria ini merupakan bakteria tetap dalam vagin. Terdapat lebih daripada 30 jenis berlainan! Janganlah kamu risaukan kehadiran mereka. Sebahagian besar daripadanya dikenali sebagai lactobacili. Ia bekerja keras untuk memastikan vagina sihat dengan mengekalkan pH vagina.

Fakta mengenai bakteria baik vagina: Lactobacilli

shutterstock
  • Ia merupakan bakteria paling banyak yang menetap di vagina.
  • Ia membantu vagina sihat dengan membebaskan hidrogen peroksida. Hidrogen peroksida ini mengawal perkembangan bakteria lain. Melaluinya, persekitaran yang “normal” dan “seimbang” vagina dapat dikekalkan.
  • Lactobacilli menghasilkan asid laktik yang menyebabkan pH keasidan vagina.
  • Lebih banyak lactobacilli di vagina, lebih elok. Ini kerana ia melindungi vagina daripada jangkitan.

Bolehkah bakteria yang biasanya berada dalam vagina menyebabkan penyakit?
Dalam kebanyakan kes, bakteria dan organisma yang beada di vagina ini mungkin meningkat atau menurun dari masa ke semasa. Apabila ini berlaku, tak semestinya kamu akan mendapat jangkitan. Tapi awas ya, apabila sebilangan bakteriaini meningkat, vagina kamu mungkin mula gatal, terdapat ruam atau perubahan terhadap lelehan vagina.

Biasanya bakteria-bakteria ini tidak akan menyebabkan sebarang jangkitan. Macam satu masyarakat yang aman, mereka hidup dengan tenang dan cuba untuk melakukan kerja mereka sebaik mungkin. Walau bagaimanapun, kesihatan diri yang rendah, ketidakseimbangan hormon dan penggunaan sabun yang kasar apabila mencuci kawasan tersebut mungkin mengubah keseimbangan bakteria dalam vagina tersebut. Apabila kulit disekitar vagina meradang disebabkan sabun kasar atau material seluar dalam, jangan garu! Kerana ini akan menyebabkan kudis yang menganggu ketidakseimbangan ini. Penggunaan sesetengah ubat juga mungkin menggalakkan organisma lain untuk membiak, yang akhirnya menyebabkan jangkitan.

ps : alat sulit pon memerlukan penjagaan juga

post signature

2 pengomen:

Post a Comment

terima kasih sudi komen blog ini :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by Sarah Mohamad on Best Web Hosting