Sunday, April 24, 2011

hormat lah sikit dekat orang lain. jangan duk pentingkan diri ko je!

salam semua.



pagi semalam, biasa lah .. kalau aku rasa lapar masa dekat kelas tuu, aku akan keluar makan dekat depan ciast tuu. ada jual nasi lemak yg super sedap weh. kalau korang nak, pergi lah try. aku tak tipu punya. memang sedap. hiks murah pulak tuu. *iklan jap. masa aku tengah menaip ni, aku tengah kelaparan melampau nih. almaklumlah .. baru lepas "melepas", perut minta di isi cepat cepat. hihi




berbalik pada tajuk, masa aku nak pergi order nasi lemak tuu, semua meja dah penuh. PENUH! means ramai betul orang pergi makan situu. kebanyakan nya bebudak ciast tuu jugak la. ada jugak orang luar. ada jugak nampak kereta peronda. bukan polis peronda tuu. tapi ni peronda yang pakai baju hitam putih yang selalunya polis ni jaga kat traffic light. polis traffic lah!! ada 2 orang pakai baju polis tuu, pastu 2 orang lagi pakai baju biasa. aku agak diorang ni satu geng la kot, sebab makan 2 meja.



aku pun tunggu lah turn orang2 yang dah siap ni. nasi aku dah order dah, air pun aku dah order. aku dengan kawan aku dah terpacak depan tuu macam orang bodoh je. hiks



mata aku dah duk tunggu turn geng polis tuu jelah. sebab diorang je yang dah siap makan. yang aku geram ni, diorang tahu aku dengan kengkawan dah terpacak depan tuu punya lah lamaaaa ... aku tahu diorang tahu pun sebab diorang yang duk menjeling jeling dekat aku dengan kengkawan nih. 



TAPI tapi tapi ... yang aku makin geram je, diorang BUAT BODOOOOH je kot! padahal diorang dah siap makan, diorang dah pun bayar pun makanan diorang tuuu! diorang cuma nak berbual bual dan hisap rokok je. apa salahnya bagi dekat aku yang dah terpacak depan tuuu punya lah lama. kalau ko nak berbual-bual, dalam keta pun boleh der! kalau ko nak hisap rokok, dalam keta pun boleh derrr! 



apa punya pemikiran tak aku tak tahu diorang ni, boleh je diorang tengok aku terpacak duk tunggu diorang ni. ko nih .. dah tahu aku duk tunggu ko, cepat2 lah blah! . ini tak, boleh pulak diorang buat tak tahuuu kot! 



ini lah orang jenis yang pentingkan diri sendiri. biar lah orang lain duk terpacak depan tuu kot, asalkan diorang boleh makan, boleh bual2 boleh hisap rokok dengan senang hatinya. hormat lah sikit dengan orang yang duk tunggu tunggu ko tuu. apa salahnya ko bagi tempat ko tuu, dekat aku dengan kengkawan aku ni yang dah lama terpacak depan tuu. 




moralnya, hormat lah sikit dekat orang lain. dah la ko tuu polis peronda, tunjuk lah sikap prihatin sikit. ini terbalik pulak. ish! nasib baik, masa aku duk tunggu2 tuu ada senior aku yang dah siap makan, tu pun sebab nak bagi aku dengan kengkawan duduk kat tempat dia. nak tunggu polis peronda tuu, tak makan ler jawabnya.


ps : korang jangan buat cenggini eh. hiks

sila LIKE kalau suka

12 pengomen:

Anonymous said...

Tak prihatin betullah. Pernah sekali masa tu jalan kat Times Square. Waktu tu hujan so singgah McD jap. Tengok penuh orang. Yang dah siap makan tu boleh rilek je bebual bagai semua. Padahal tahu orang bebaris tunggu tempat duduk nak makan. Nak bebual kat tepi tangga pun boleh. Makan cuma french fries je dengan coke. Grrrr.

Lydia Miza said...

kurang asam punya polis.cam lah besar sgt pangkat dia.manusia ni mmg camtu.klu dia nmpk org perlukan apa yg dia ada...bkn main lg dia eksen kan?sis klu mkn org duk tgu..mcm robot nak abiskan makanan..sian org tgu nak duduk..huhu

Sesopie said...

Tak puas hati betul kalau orang dah habis makan xnak bangun time meja penuh.. Rasa nak tumbuk2 je.

Zie Madini said...

tuh dinamakan SELFISH! eee akak plak yg geram baca story ni. memalukan kaum polis je...

siku jugak drg tuh karang..hehe

Nazifa M.Zali said...

dah pakai baju cmtue kot tunjuk la lagaknye tue. kuang asam keping punye polis.cett!

Taufiq Tiramisu said...

sabar sabar..biasanya mmg ada org yg x penah fikir pasal orang lain..penting diri sndri je..yg penting, kita jangan jadi macam diorang :D

latest one : 5 Perkara Pasal Aku Yang Korang Akan Terkejut Bila Tahu!

sarah mohamad said...

@Miss Tira

pehh! kalau gitu saya pun geram nak sound. tak prihatin betul keadaan orang ramai. padahal bukan makan pun ciss!

sarah mohamad said...

@Lydia Miza(Aidyl Azim)

haaa ... betul akak LM. kita ni kemain lagi cepat2 kalau tengok orang duk tunggu kita. dia boleh je buat bodo kot!

sarah mohamad said...

@SofieyAzwa

memang! saya memang dah bagi penumbuk pun tapi dalam mimpi jelah kot. hihi

sarah mohamad said...

@Redbloodsnow

memang! memalukan betul. tak prihatin betul diorang ni.

sarah mohamad said...

@Bulan

itulah. hormat lah sikit dengan baju tuu. ni sebaliknya pulak. buat tak tahuu je kot.

sarah mohamad said...

@Taufiq Wr

betul. yg penting kita jangan ikut perangai diorang tuu.

Post a Comment

terima kasih sudi komen blog ini :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by Sarah Mohamad on Best Web Hosting