Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

Friday, March 2, 2012

Sarah Mohamad Jalan - jalan ke GOLOK! PART 2

Assalamualaikum!


Bertemu kita lagi di dalam rancangannnn .... ewahhh macam talk show pulakk dahh hehehhe ヅ Kali ni sambungan trip aku pergi ke golok bajet retiss nak buat part part bagai ni. Malas rupanya tapi dah panjang lebar kan terpaksa ler jugak buat part 1 part 2 nihh.



Sana dalam pukul 7 lebih petang gituu memang panas lagi. Matahari ada lagi atas kepala ni. Masa tu memang spoil lah aku lupa bawak spec artis aku. Hehehhe



 Aku yang kejakunan. Tisu diorang semua wangi wangi tahuu. Nasibb sempat amik simpan dalam bagg. Hehehehehhehe 









Dengan raja diorang kott. Dekat sana aku perasan, di mana mana sekalipun banyak letak gambar raja raja diorang. Macam dekat malaysia ni signboard banyak letak iklan kan, sana signboard banyak letak gambar raja diorang.







Dengan kereta thailand. Hewhewhew macam tak perlu tunjuk je kan tapi ada aku kesahh (─‿‿─) Nak tunjuk jugak aku penah naik kereta thailand nombor plate thailand. Heheheheh.









Dekat taman diorang. Bersih je dekat sini. Ala ala titiwangsa kott. Hehehe Tapi kat sini ramai orang orang tua yang duk exercise. Titiwangsa ramai orang orang muda.Berbeza sangat dengan taman dekat golok tuu. Hehehehe Tapi besttt ko bayangkan lahh ramai orang orang tua duk taichi ke apa orang panggil, apak apak duk jogging dengan makmak. Suasana tu rasa lain. Dekat taman diorang ada pasang music so kalau jalan - jalan sana memang enjoicee lah. Rilek dan cool je kat sana.



Aku dengan piya ♥



 Dekat taman ada banyak dinasourrr. Ada jugak kepala yg dah pecah, tak tahuu kenapa. Hehehehe Aku ingat nak panjat atas kepala dinasour tu tapi rasa macam tak sopan pulak. Niat dibatalkan. Hehwhew 





Dekat sana memang tak pelik kalau ada polis *polis ke tentera aku tak tahu lerr* hewhewhew tak pelik la kalau ada polis yang jaga dekat banda golok tu. Ye lahh, dari kejadian sebelum ni kan. Kadang kadang ada polis yang bawak anjing dengan benda untuk mengesan bom. Memula takutt jugak tapi kawan aku kata memang dah biasa dahh kedaan macam tu dekat sana.




Kedai beg paling banyak. Murahhh kot!!!
Kalau dekat KL maybe jual dalam 100 lebih ke atas, dekat sana dekat 40 hengget je. 
Sangat murah dan kualiti pun ok.
Cantik cantik semuanyaa.
Aku takde beli apa2 pun, beli baju adik aku je sehelai. Tak rasa nak membeli sangattt =P



Yang ni super sedappp! Pulut mangga (♥♥,) Paling sedapp aku pernah makan! 


Lepas minum air kelapa dekat berdekatan taman ni, dalam pukul 8 lebih aku dah nak balik. Heheheh Katanya taknak sampai malam kan. Kawan aku ajak stay dekat sana, sebab katanya malam lagi happening. Tapi entahh lahh Takutttttttt. Lain kali maybe boleh consider tido dekat sana kot. Katanya lagi banyak lagi tempat yang aku tak pergi. Huhuhuh ... takpe lah next time kita pergi lagiii okehhh. 

 
terima kasih sudi baca yaw!

Thursday, March 1, 2012

Sarah Mohamad Jalan - jalan ke GOLOK! PART 1

Assalamualaikum!


First sekali, entry ini mungkin panjang. Mungkin sahaja yekk, sebab kalau aku malas nak menaip, aku skip sahaja bahagian penceritaan lebihkan gambar. Hewhewhew.


Ni adalah kali pertama aku ke Golok, tahu Golok? Sempadan nak masuk thailand lahh .. tempat filem castello berlakon dulu. Ewahh aku, menggamit kenangan betul. Masa castello keluar panggung dahulu kala .. time tu aku duk dekat plkn bukit besar. Jadi diorang pasang citer tu dan tengok ler beramai ramai. Kenangan PLKN dulukala.Sangat besttt! Ehh, ini bukan cerita mengenai PLKN tahu, ini cerita mengenai trip aku kesana. =P


Aku sebenarnya takut jugak nak kesana, almaklumlahh sana kan macam-macam. Aku ni penakut jugak. Tapi dah kawan aku beria ria ajak, aku pun ikuttt ler jugakk. Ajak jalan - jalan dan makan - makan jek. 


 Aku tahuu...... aku nampak keputihan melampau dalam gambar ni T__T
Setting camera dah memang macam ni. 
Memang aku takde edit apa untuk gambar ni, original okehh!



Aku kesana dengan adik aku, piya. Temankan kakaknya yang penakut inniwwww ツ Dari sana, amik kawan 2 orang. Bujo dan Jeny. Kawan lama aku. Diorang dah selalu ke sana. 







Atas perahu.
Dua gambar dekat atas ni snap dari bb. Kualiti bb memang tak memuaskan. Hehehehe
Aku dalam ketakutan (¬‿¬). 



Okay, gambar atas tu masa naik perahu. Yesss memang naik perahu .. tak payah guna bot laju ke apa ke sebab seceputtt tu jee nyaa. Nampak tak belah sana? Belah sana tu adalah golok dah. Dekat je sebenarnya. (─‿‿─)


Sebenarnya boleh je masuk dengan kereta, tapi leceh kalau bukan kereta sendiri. Maknanya dalam geran kereta memang kena nama sendiri. Kalau tak ...... leceh skett, sebab nanti dia akan syak bukan bukan pulak. Imigresen akan tanya macam macam sebab takut kang korang jual kereta curi ke apa kan. Mana lah tahu, pulak tu muka muka yang tak biasa memang dia akan check satu satu. So kesimpulannya lecehhh! Sebab tu senang naik perahu jekkk! 


 Bayar dalam RM2 je. Hewhewhew. 


Sampai sana, kena letak ic. Tulis nama. Kalau pergi by group, sorang je kena letak ic.Pastu tunggu kawan kepada kawan aku datang amik. Sana aku rasa lebih elok kalau ada orang kenal. Kalau tak entahh la, aku pun tak tahuu Heheheh tapi takut jugakk la kalau kat sana takde sapa - sapa kenal. Pastu kalau nak pergi jalan - jalan belah sana prefer ada lelaki. Yelahh golok ni kira dah masuk thailand dah kan. Bukan di bawah kerajaan Malaysia dah. Hewhew. Ke aku yang terlalu paranoid sangat ni?!!






Sampai sana, cari tempat makan dulu. Sana orang panggil sukuyaki ke apa ke sukiyuki ... entah lahh hehehe dah lupaa. Tapi tempat dia ala-ala stemboat jek. Sedapp tapi choices tu kurengg la. Tak sebanyak dekat tempat stimbot macam dekat malaysia nih. Wehh macam lah jauhh sangat kan sebut malaysia, ala ala macam duk kat oversea pulakk hahahaha


Lagipun kena lah dengar harga dia. Buffet satu kepala RM9 hengget sahaja. Murahhhh gilerrr. Aku bayar duit ringgit je. Terima je kat sana, sebab dah dekatt kan. Time nak bayar tu, bagi cukup cukup jek. Nanti kang kalau ada baki dia bagi duit syilling thailand. Hehehehe 




Spott me tengah amik makanan dengan bujo. 



Makan biasa je. Takde lah tak sedap. Bagi aku lah rasa biasa jek. 












PALING SEDAP ADALAH AISKRIM KELAPA. SEDAPPPPPPPPP!!!!! *aku siap caps lock ni*


 WINNNNNNNNN!


Lepas makan - makan nih sebenarnya dah petang dah. Dalam pukul 6 lebih dah. Sepatutnya kena balik dah sebab aku taknak sampai ke malam. Takuttt. Lagipun sana malam bahaya sikit. =P Bahaya dengan thai girl sana. Hehehe.








Dekat pasar diorang ni fuhhh gilerr lah. Macam macam ada. Pisau rambo main main je jual dekat sini. Laser yang selalu citer orang puteh polis diorang selalu guna tu pun ada jual. Kawan aku siap beli pisau rambo satu, cota satu dengan laser tuu. Takutt gilerr. Nak lepas tu pandai pandai sendiri lah yek. Kalau kena dengan imengresen, kena rampas! hewhewhew






 Dah pukul 7 lebih dahh tapi dekat sana still panas terik lagi. Nanti akan bersambung part 2 yek. Aku sebenarnya malas nak buat part part ni rasa macam retiss jek tapi dah panjang lebar gini, aku rasa elok buat part part. Senang. Kalu berjela jela panjang entry aku nih haaa. Korang jugak buhsan. Matii lahh macam lah ada jugak yang nak baca kan kan kheeeeennnnn?! ✿◕ ‿ ◕✿



Part 2 nanti aku pergi jalan - jalan sekitar sana. Shopping sikitt  pastu apa lagi ... haaa tunggguuuuuuuuuu ♥


terima kasih sudi baca yaw!

Tuesday, February 21, 2012

Update bertarikh 21/02/2012

Assalamualaikum!


Sebenarnya sabtu lepas aku dengan sorang kawan jek duk kat rumah. Housemate yang lain balik kampung. Agakkkkkkkkkkkkk boring melampau tahu tak!


Bangun dah pukul 12 *anak dara sapaaa lah ni*
Lepas tu bangun bangun dengan muka blur, tak tahu nak buat apa. Macam masing2 blank gitu. Dah mandi mandi decide nak keluar pergi sunway pyramid. 


Last - last tukar arah ke mid valley. Kalau pergi sunway memang dekat jek dengan shah alam tapi masalahnya kena naik bus. Dah la time tu nak hujan. So bincang punya bincang, decide nak pergi ke mid sajoooo.


  
Tunggu ktm sampai dalam masa 12 jam dari sekarang.


Nasib pergi lewat skett, so tak ramai sangat orang dekat dalam ktm. *KTM sucks!*
Sampai kat mid valley, terjah kat foof court dulu. Phewww lapar gila tahuu tak! 
Pagi tak makan, lunch time pun tak makan. Harus lah aku kegersangan kelaparan T___T


Makan dulu. :)
 
Aku order tepanyaki. First time try nih. Huahua .. 
Ni kira macam terpengaruh dengan blog peej burhan kot. Dia kan pemakan tegar tepanyaki, haruss lah aku tryyy jugak. Hehehehe






Abaikan perut buncit ittewww. Boifreng aku cakap, trademark aku adalah dengan adanya perut buncit. Melampau tahu tak dia tu! Kasi lempang sikittt!

Aku order ikan kot. Patutnya aku amik beef. Aku rasa beef lagi sedap. 
Sedap jugak tepanyaki ni. Lain kali boleh order lagi. Yay!


Kalau orang yang tak suka makan taugeh, tak digalakkan utk try tepanyaki ni. Hehehehe Dia letak banyak kot taugeh ni. Ikan nya sikit. Ke memang macam tu eh dia bagi? Aku pun tak pasti, yang aku tahu lepas makan, peruttt buncit kekenyangan. Hehehehehe



 Kawan aku order macam biasa, sizzling kot. Aku rasa sizzling dekat food court ni biasa je. Sizzling dekat kbmall jauhhh lagi sedap dari mid punya. 


Air guava dengan manggo jus. Sedap!


Beberapa hari sebelum tu, aku ada beli sandal baru. Beli dekat dalam carrefour je. RM15 hengget je. Murah murah. Hehehe


Masa keluar tu pakai lah sandal baru ni. Ya ALLAH Ya Tuhanku ... sakit sangat kaki aku. Melecet teruk kotttttt! Sampai kan tak boleh jalan apa dah. Nak beli selipar je sebab dah tak tahan sangat, tapi tak jadi sebab selipar takde yang berkenan. Huahuahuaaa ... Tutup tempat melecet tu guna plaster je. Jalan pun aku rasa jalan macam orang gila dah, macam orang tak betul.



Orang dulu2 kata kita kena gigit dulu sandal tu, baru lah selipar tu tak "gigit" kita balik. Entah la, aku sebenarnya tak percaya, tapi kawan kawan aku kata memang kena buat macam tu. And diorang yang dah gigit sandal sebelum pakai memang sandal tu tak "gigit" kaki diorang. Betul ke tak eh andaian ni? Ke fakta? Ke auta? Hehehehehe


Nanti aku tunjuk gambar melecet okeh. Nex time.


Sandal *&^%&%&%$%$#!


terima kasih sudi baca yaw!

Monday, February 20, 2012

Random pics of me.

Assalamualaikum!


Ketiga tiga gambar di ambil di tempat yang berbeza ^^
Tapi boifreng aku lebih suka gambar yang belah kiri sekali, sebab dia kata dia nampak handsome dekat situ sebab gambar tu tak menampakkan jerawat2 dia. *ptuihhh!* *ayat baru "menampakkan*
Hehehehe 


Aku iye iye kan ajeee, gambar belah kiri tu diambil dekat Kedai Gambar Medo. Kalau dekat kelantan, aku lebih suka amik gambar dekat Medo, sebab cantik! Nampak muda dan semua jerawat2 dia kasi pudarr.



 Camwhoring dalam kelas sensorang. Takde kerja.




 Aku dan adik aku edisi makan - makan. 



Pakai nail colour pink purple macam tu. Period time nih. Jangan kata aku sesaja je pakai ehh. Pakai dengan adik aku. Dia buat dekat aku, aku buat dekat dia. 



 

Feveret pic

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





Tadaaaaaa!

 



 Rasa macam stylo kot aku dalam gambar nih. *lempang diri sendiri*
Huahuahua ...


Time ni masa aku nak g golok hari tu. Ehhh lupa, masa aku g golok hari tu aku tak update pung lagi. Heheheh tunggu mood mai dulu baru aku update okeh!




terima kasih sudi baca yaw!

Tuesday, December 13, 2011

Sepetang di IOI MALL





Gambar adalah banyak. =P Sila tadah mata anda untuk melihat entry ini sepenuhnya.




Sebelum bergerak ke IOI MALL, wajib *wajib okay!* bergambar dulu =P
 

Kami bertiga. Sebenarnya berlima, tapi 2 dekat depan. Pakwe FarahDiba yang bawak ke IOI MALL ni hehehe

Lunch KFC


Sebelum makan punggg, wajib bergambar dulu 
 

 

Aku yang paling tinggi

 Teknik bergambar yang-entah-apa-apa :D
Nampak tak nampak tak?
HEHEHE

Tekun menelaah pelajaran?

 Kunungggg kunungggg ayus kot? 
 

Dah dah jom balik =P



terima kasih sudi baca yaw!

Sunday, December 11, 2011

PCFAIR dah takde apa yang menarik :(

Assalamualaikum!



  •  Dulu dulu time aku belajar dekat Adtec Shah Alam, bebudak kos aku suka pergi ke PCFAIR ni. Maklumlah, nama pungg pelajar IT mesti lah suka pergi sini. Kalaupungg tak beli, sekadar tengok apa benda yang latest pung takpe dah.
  • Tapi sekarang, dah takde apa yang menarik dah. Orang pun tak ramai. Dulu aku ingat lagi, bersesak sesak time nak masuk, masa kat dalam, nak keluar apatah lagi. Memang kena sedut udara dari atas lah. Tolak dia ni, tolak dia tu dah biasa. 
  • Pastu harga pulak, rasanya takde lah murah sangat. Lagipun ramai orang kata dekat PCFAIR ni tak boleh percaya sangat sebab banyak yang tipu kan. Aku pungg bukan nak beli barang sangat pun, sekadar cuci cuci mata jekkk :D
  • Apa apa pungg, aku rasa aku lebih suka beli dekat LowYat ko. HEHEH
  • Untuk bahagian speaker,fuhhh speaker dah murah murah la weh. Tapi aku tak suka, membingitkan telinga aku adalah. AKu tak suka bising bising. Muahahah

 
Masa tunggu nak masuk bahagian speaker.


 
Pastu lepak lepak dekat taman. Masa tu nasib baik tak hujan.  

Eh apesal ramai jek foreigner  ??? Ada philippines ramai kot! Ada myanmar, negro .. ish semua negara ada lah dekat situ? Melayu sikit sajoooo!

terima kasih sudi baca yaw!

Saturday, December 10, 2011

Makan - makan di Nyonya Colour



Ini kisah lama. Sehari sebelum Malaysia lawan bola dengan Indonesia hari tu. Aku dengan kengkawan keluar ke JJ Bukit Raja. Yess, tetiap minggu pergi sini sebab dekat Shah Alam mana lagi tempat best? Kalau ada punggg maybe jauh kot dengan aku .. dengan Seksyen 19.


Plus aku bukanya reti sangat jalan jalan area lain, nanti kang sesat. Muahaha .. taknak kejadian dulu menimpa lagi. =P


Masa pergi JJ Bukit Raja, kami makan makan dekat Nyonya Colours. Kat sini sedap kot .. well dengan selera aku dengan kengkawan lah. Hehehehe



Housemate aku FarahDiba. 

Sebelum tu, aku singgah dekat kedai namanya My One Shop. Kalau nak beli aksesori,  hadiah atau teddybear, keychain ke apa .. beli dekat kedai ni jek. Sebab MURAH YANG AMAT kalau nak dibandingkan dekat lain.


Kami bertiga camwhore :D

Contohnya ..  bekas lens yang cute cute. Kalau kat uptown, 10 hengget diorang jual. Dekat kedai ni korang boleh dapat dengan harga 2 hengget sajo. Ala .. yang ada bunga bunga lah, ada hello kitty lah. 



Hari tu aku nak beli dah, tapi tak jadi sebab aku dah ada 3 bekas lens tu. Walaupun cute tapi benda dah ada kan, buat apa membazir. HEHEHE




Ni aku punya. Makan chicken porridge jek. Sedap sangat! RM2.50 kalau tak salah aku lah. Aku pungg dah lupa harga sebenarnya. HEHEHE




FarahDiba punya. Asam laksa. Sedap jugak. Kuah pekat. Dalam tu ada keping keping ikan kembung :D Harga memang lupa tapi rasanya tak sampai 5 hengget.




Housemate aku jugak Fatin. Dia makan nasi lemak pandan ke apa. Lupa dah nama dia, tapi yang pasti ada pandan lah. Nasi dia kaler hijau =P Sedap!  Gulai ayam sedap gilosss. Banyak pulak tu. Ni RM 8.50 kot. Pungg dah lupa harga nya. HEHEHE. Ada ayam gulai besar, telur separuh bla bla bla ... Typical nasi lemak memang wajib ada benda tu semua kan HEHEHE



 Kami bertiga :D Kalau tengok gambar tu, aku sorang jek yang dah habis makan. HEHEHE Selalu memang macam tu, aku memang makan cepat. Sampaikan aku sempat lagik faceboking, twittering bla bla bla .


Nanti  mesti aku jugak yang kena habiskan makanan semua tuu. =P

terima kasih sudi baca yaw!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by Sarah Mohamad on Best Web Hosting