Showing posts with label informasi. Show all posts
Showing posts with label informasi. Show all posts

Thursday, May 3, 2012

Gambar di blogspot hilang :(

Assalamualaikum!
 

Sejak beberapa hari ni aku perasan, gambar2 dalam entry yang terdahulu semua dah hilang. Memula aku pelik jugak, ingatkan blogspot yang bermasalah. So aku biarkan aje lah.

Tengok2  dah dekat seminggu macam ni, aku tertanya tanya jugak la kenapa kan. Tengok orang lain takde pun gini :( Semua gambar hilang dah digantikan dengan gambar hitam berpetak dan didalamnya ada gambar tanda seruan berbentuk segitiga. Pening jugak aku kenapa dekat entry lama semua gambar jadi macam ni.

So aku cari2 punca masalah aku ni. Dah terjumpa lah blog ni http://geniusbabyonboard.blogspot.com/2012/04/pengumuman-semua-gambar-di-blog-gbob.html. Melalui pembacaaan tersebut, baru aku tahu bahawa semua gambar yang hilang ADALAH PERMENTLY HILANG DAN TAKKAN DAPAT DIKESAN SAMPAI BILA2 huhuhuhuhuhu


Mau tak terkejut?! Semua ni terjadi disebabkan aku rasa lah beberapa minggu sebelum tu aku ada bukan blog aku dekat fon SII boyfrieng aku, dan sejak dari aku bukak blog tu MAYBE aku ter synchronisekan dengan fon tu kot. Dan effect nya semua gambar yang aku dah upload dekat blog ni terus tersimpan dalam fon tersebut. Aku pun tak pasti kenapa, tapi aku syak dia ada link ke apa ke masa aku bukak blog tu. Boyfrieng aku pun hairan kenapa gambar dari dalam blog ni ada di fon dia, dan di sebabkan itu dia delete SEMUA gambar aku dalam fon dia. 

Maka disebabkan itu, semua gambar yang lama2 terdelete sekali. Warggggg!!!

Nak buat macam mana kan, benda dah jadi. Kalau aku tahu blogspot link ke fon tu MEMANG aku takkan suruh boyfreng delete pun gambar tu! 

Untuk mengelakkan perkara seperti ni terjadi, ada baiknya jika korang copy gambar yang telah diupload dekat facebook. Dengan cara ini lebih selamat. Jika upload directly from blogspot, kang gambar jadi hilang lagi. Aku fobia ni wehh, sebab bukan mudah nak letak balik gambar lama2 satu2 :(. 

Boleh baca link di atas untuk penerangan lanjut!


terima kasih sudi baca yaw!

Sunday, April 29, 2012

Tukar background untuk kali ke ?

Assalamualaikum!



Aku tukar background untuk kali yang ke berapa dah .. huhuhu aku sebenarnya mudah bosan kalau tengok background yang sama je, tak lama lepas tu tangan ni haaa gatal tangan nak tukar background yang lain pulak.


Kali ni aku amik background dari http://www.bloggercandy.com/.


Ada yang cantik, ada yang tak berapa nak cantik terpulang kepada korang nak pilih yang mana satu heheheh .. dah la nak tukar background pun mudah je.

If ada sesapa yang masih tak tahu lagi macam mana nak ubah background, memula korang pergi dekat link di atas tu. 

  1. Dah bukak link di atas.
  2. Pilih DESIGN GALLERY.
  3. Ada list background, korang bukak yang mana korang berkenan. Preview dulu.
  4. Dah berkenan? Sila download. Kalau download, dia dalam bentuk xml file. 
  5. Cara untuk upload template tu, korang pergi dekat Design ----> Edit HTML (aku suggestkan korang sila lah backup terlebih dahulu if ada masalah ke apa yang kita tak tahu) ---> Browse dan last sekali sila Upload.
  6. Preview dan kalau ok sila save.
  7. If korang guna Blogger Interface yang baru, korang kena tukar dulu menjadi old blogger interface. Caranya pergi dekat bahagian Blogger Options sebelah English tu. Klik dan pilih Old Blogger Interface.
  8. Dan upload macam cara di atas.

Ada paham? Kalau tak faham, sila jangan susah hati nak tanya aku. Hehehe

Okay, update lain kali. :D




terima kasih sudi baca yaw!

Thursday, April 26, 2012

Tarikh Hari Ibu 2012

Assalamualaikum!


Untuk tahun 2012 ni, tarikh HARI IBU jatuh kepada 13 May 2012 kan memandangkan ia akan di sambut pada setiap Ahad minggu kedia bulan May. 


 Aku pun tengah survey2 gak ni nak bagi apa kat mak aku nanti, huhuhuhu something special yet simple ajooo. Tengah pikir2 dah ni dengan adik2 aku, adik2 aku pun ada bagi suggestion itu ini tapi aku pulak tak berapa setuju. Wakawakawaka .... 


Korang boleh bagi cadangan tak? huhuhuhu



terima kasih sudi baca yaw!

Monday, April 23, 2012

Which one do you prefer? Milkadeal or Groupon?

Assalamualaikum!


Tahu tak apa tu Milkadeal? Tahu tak apa tu Groupon?

Milkadeal dan Groupon ni adalah aku terangkan dalam bentuk yang lebih mudah ok, aku rasa pun ramai yang dah tahuu kan .. cuma kalau ada dekat area kelantan lagi lah awesome okeh heheheh okay Milkadeal dan Gropon ni adalah deal. Kira macam orang tengah lah antara pengguna dan penjual. Orang tengah ni yang mencari diskaun untuk pengguna. Erkkkk paham ke tidok ni? hehehe


Kira sama2 untung. Pengguna dapat deal diskuan dengan harga yang awesome, penjual dapat pelanggan dan orang tengah dapat untung sikit. Contohnya harga barang tu harga RM70, melalui Groupon atau Milkadeal ni, diorang bagi harga RM40 dengan diskaun sebanyak 43%. Kan murah macam tu. Berbaloi sikit nak shopping. Heheheh Macam tu lah. If tak paham sila tanya aku okay.


Sebenarnya ada banyak deal2 macam Milkadeal dan Groupon ni, contohnya http://www.ilovediscounts.my/welcome/ 


Tapi yang paling femes aku rasa Groupon lah kan, correct me if im wrong. Aku pun sebenarnya pernah beli dengan Groupon ni, untuk beli aiskrim kalau tak salah aku. Dan first aku beli, iangatkan diorang nak begi aiskrim yang dipamerkan tu, rupanya diorang bagi aiskrim yang disimpan memang untuk pembeli secara Groupon ni. U know baru beli sekali pastu macam tu dia bagi, no more next time lah bagi aku. Kalau memula dia bagi elok2, memang aku akan beli lagi. Huhuhuhu


Dan untuk Milkadeal pulak,  kawan aku pernah beli deal untuk spa dan dia cakap memang bestt lah. Berbaloi untuk apa yang dibayar. So aku go for milkadeal sekarang. Hehehe selalunya pergi beli makanan.


Bagi aku, deal2 macam ni berbaloi. Murah dan mana lagi nak dapat deal diskuan macam ni kan. Tapi korang kena tengok dulu T&C dia, kena pahami bebetul baru lah beli. Aku rasa aku nak beli untuk deal holiday pulak lah. Macam berbaloi je kan. Hehehe

 

Okay, korang ada pengalaman beli deal macam ni? kalau ada boleh sharekan :)
 


terima kasih sudi baca yaw!

Sunday, April 22, 2012

Buku untuk pengguna IPHONE 4S

Assalamualaikum!










Mak aku memang pengguna Ipong 4S *aku selalu sebut ipong je sebab senang* hehehehe


Buku ni bagus! Masa aku balik kampung hari tu, aku tengok buku ni ada atas meja. Rupanya mak aku beli sebab katanya mak aku ni mana lerr reti bab bab teknologi bagai ni kan.


Pelbagai teknik, tips dan macam2 lagi lah yang ada, semuanya complete set untuk korang yang guna ipong 4s ni. Aku tengok sekali imbas je aku dah tau buku ni adalah awesome!


Buku ni akan mencadangkan apa apps yang sesuai, macam mana nak configure email, macam mana nak setting dalam phone ni. Memang la benda tu boleh je cari dalam internet tapi buku ni aku rasa lagi lengkap kot.


So aku suggest kan buku ni kepada sesapa pengguna ipong 4s ni. Aku pun suka jugak godek godek ipong mak aku ni dan memang aku takkan faham sbb os dan apps nye macam susah sikit nak faham. Yang selalu aku guna instagram jelah. Tu pun pengguna android pun dah ada kan. Best la koranggg, aku pakai blackberry ni mana ada. =_=


Oh lupa, baru baru ni aku pergi ke Kinokuniya kat KLCC, ada jugak aku nampak buku ni untuk pengguna ipad 2. Maybe aku patut beli jugak kot sebab rumah aku pun ada ipad. Untuk android pun ada, untuk blackberry je takde. Huhuhuhu


Harga buku ni : RM24.90.

terima kasih sudi baca yaw!

Tuesday, March 20, 2012

Hargailah sementara masih ada. *Sedih sangat kisah ni*

Assalamualaikum!


Aku baca kisah ni daripada blog http://inijalanku.wordpress.com/2012/01/20/hargailah-ia-sementara-masih-ada/ *mintak izin share yekkk* hehehe



If korang nak baca yang asal, boleh klik dekat link di atas. Yang ni aku copy and paste je.


Assalamualaikum….
Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakan kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….
Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan. Harap ustaz tidak bosan mendengarnya..
Saya merupakan seorang suami kepada seorang isteri yg amat baik dan setia.namun ustaz..,saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya kerana pada waktu itu mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.
Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai.dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya.,seorang yang tidak pandai bergaya.,tetapi kuat pegangan agamanya..,bertudung labuh,bersopan santun..,baik budi bahasanya.,Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini segala-galanya diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia.
Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain..cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat.Ustaz, selepas berkahwin dengan isteri saya itu jiwa saya menjadi kacau dan keliru.saya amat marah kepada isteri saya.kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.
Ustaz sepanjang kehidupan kami.,saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya.dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya.,namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar.pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya.tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik.,dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah.dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya:“Abang dah makan…? Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”

Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya.apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?…abang tak pernah solat ke? Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya.perasaan geram.,marah., dan rasa terhina bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya., dia menangis terisak-isak.saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.
Ustaz pernah suatu hari.,dia ingin bermanja dengan saya,membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng untuk saya.pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone..ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya,saya tolak pinggan sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya., dengan linangan air mata dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…
Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.
Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.
Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah.dan saya kira itu adalah balasan apabila saya terlibat dengan kemalangan…tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun.hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya..,ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali.berak kencing saya dia tadahkan dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli.
Dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya..bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam berdenyut-denyut sakitnya dialah yang bangun dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit sehingga saya rasa lega dan tertidur..tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi.., risau saya mengerang kesakitan lagi.
Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan., dia sendiri tidak akan makan melainkan setelah saya kenyang.dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya. Bila saya kenangkan kembali.,sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat.kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun dia tidak mahu lagi menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huhu..
Sekarang baru dia kata saya suami orang.dulu.,dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya..ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan.Ustaz…..saya…kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya.besarnya dosa saya.,amat menyesal rasanya.
Ustaz….ketika saya boleh berjalan sedikit demi sedikit dan saya beransur pulih.,isteri saya jatuh sakit.badannya menjadi kurus kering.,tiada selera makan..,terbaring..tak bermaya..kata doktor yang merawatnya isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak kerana saya tahu sayalah puncanya.
Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk..mukanya makin pucat…tetapi dia tetap senyum.saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya.dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”.berderai airmata saya hancur hati saya.,pilu bercampur sebak yang amat sangat diikuti dengan perasaan menyesal.
Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan.,saya menjaganya setiap hari.saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir.
”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…” Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya..malah ada yang memuji saya kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.
Ustaz…..isteri saya ada berkata.,dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir.saya meraung..merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya.tapi katanya.,setiap yang hidup pasti akan mati dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya.ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.
Ustaz…tepat jam 3.00 ptg setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya..dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.

Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini…? apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..
Mungkin ini hukuman yang patut saya terima.Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat..,berbuat baik..,takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”
Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati.lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati..kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu dia harapkan dari saya….
Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu…saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…sayang abang….selamanya.”
Ustaz..saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang…
Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah….
Terima kasih ustaz….doakan saya…….



Sedih kan baca kisah ni :( Harap kisah ni menjadi iktibar kepada semua.


terima kasih sudi baca yaw!

Friday, March 16, 2012

Magnum Fashion Royale! Game fashion ni wehhh!

Assalamualaikum!



First of all, aku nak ajak korang tengok gambar dekat bawah ni dulu!






 Ini tak boleh jadi ni, petang ni jugak aku nak beli aiskrim magnum ni! Tak menahan weh, dah la dekat shah alam ni panas! Perhh! Memang best kalau pekena aiskrim buat penyejuk anak tekak. Nak hilangkan tension pun booooooleh! Hehehe






Sekarang, magnum ada buat game.
Game simple je, korang a k a perempuan cantik hehehhe kena lompat lompat untuk amik coklat yang telah dia letakkan kat atas ataupun kat mana - mana.


contoh nya dekat bawah ni 






Setiap step yang ada makin lama makin susah. Aku dah tersekat dekat dove ni. Hehehe Tak reti lah main main game nih T___T


Okay, korang kena amik semua coklat yang ada. Dan akhir sekali nanti Zang Toi, Eric Choong, Granoff, dan  Michael Ong akan dress u up!!!!! Aku nak Zang Toi! Hehehe







Kalau nak join game, silah lah LIKE facebook diorang okeh.



Kepada sesapa yang menang, korang akan dapat pelbagai jenis barangan mewahh. Sapa taknak memang dia adalah .............. teeetttt! Hehehe




Dan juga, akan dapat barangan ekslusif daripada MAGNUM sendiri! Moh join aku! Dare to challenge me! Hahaha padahal dedulu lagi aku dah kalah. T___T

terima kasih sudi baca yaw!

Saturday, February 18, 2012

Random 9gag.

Assalamualaikum!

Pernah dengar 9gag?
Tak pernah?

Contoh nya adalah seperti di bawah. *skema*




 Aku rasa lah, kadang2 9gag ni macam realiti. Kadang apa yang diorang post tu, ada kena mengena dengan aku. Kalau tak banyak, sikit pun ada lah.


Kadang2 time buhsan, time rasa down best jugak kalau tengok 9gag ni. Lawak wehh!




Aku selalu je buat macam ni. Lepas bukak stokin, kadang2 garu dekat tempat hujung stokin yang melekat dekat betis. #failed! hahahahaha



Pernah kena macam ni. Aku pernah! Hahahah .. 



Thanks to the internet.



Kahkahkahhh .. hahahahaha no comment! hahahahaah

terima kasih sudi baca yaw!

Monday, February 6, 2012

Mari Bercakap Mengenai Adat Meminjam .

Assalamualaikum!


**Hai hai semorang. Hari ni aku bercuti yeayyyy sempena dengan Hari Maulidur Rasul dan Hari Thaipusam. Bestt ohh duk kat Malaysia ni, pelbagai cuti adoooooo.**


Back to the topic,


Aku rasa semorang tahu kan apa maksud meminjam kan? Kalau tak paham jugak, ermm tak tahu lan nak describe korang ni macam mana. HEHEHEHEHEHEH


Okay. Mengenai adat meminjam. Bukan ditujukan khusus kepada sesapa ni tahuu takk, tapi secara umum. Memandangkan tak ramai yang tahu cara - cara betul meminjam. Dari sudut definasi sarah mohamad ni haaa okeh. Tak kira lah pinjam duit/money ke barang ke ataupun harta benda. Asalkan namanya pinjam. Tapi selalunya pinjam meminjam ni lebih kepada barang atau harta benda kot. Sebab kalau pinjam duit maksudnya hutang kan. Tapi still dalam kategori pinjam lagi.



Jom tengok ..... zasssss ......... layaaaaaan *tetiba*


  • Pertama sekaliiiii, kalau dah pinjam reti lah pulangkan balik okeh.  WAJIB lah memberi balik benda/duit yang telah di pinjam. Jangan tunggu si tuan punya barang/harta/duit itteww meminta balik. Macam si empunya barang/harta tu pulak merayu rayu minta di pulangkan balik. Tak ke mendidih hati empunya barang/harta tersebut? Kalau dah tahu pinjam, mesti lah tahu nak pulangkan tak gituww adik kakak pakcik makcik? Jangan buat muka tak malu, buat barang/harta tersebut macam hak milik sendiri okay.
 




 





  • Yang kedua, pinjam secara third party. Contohnya macam ni ; si A nak pinjam barang si B, tetapi si B takde .. so si A minta kebenaran pinjam dari si C iaitu roomate si A. So si C pun bagi la kebenaran. Kalau korang menjadi si A dan kalau korang seorang berhemah adakah korang akan amik barang tersebut? 
  • Aku tak pasti adakah korang akan amik atau tak barang tersebut .. hehehehe ye lahh, setiap orang tak sama kan perangai. Ada yang sanggup amik dan ada juga yang tak sanggup amik sebab tuan punya sebenar iaitu si B takde. Siapa si C untuk bagi kebenaran? Adakah dia empunya barang tersebut? Ofcourse la bukan sebab empunya sebenar adalah si B.
  • Situasi macam ni selalunya terjadi dekat hostel, asrama, housemate, roomate.













  • Yang ketiga, kalau tahu barang/harta yang dipinjam .. sila lahhhhh jaga barang tersebut! Bagi yang elok, dah dapat yang buruk. Selalu jek aku dapat macam ni T___T. Selalunya novel lah. Weii, aku beli novel tersebut dengan duitt tahu takk, bukan dengan daun kering. Orang dah bagi pinjam, harus lahh bersyukur dan jaga dengan sebaiknya. Ini tak, bagi elok2 dah pinjam dapat yang buruk. Muka surat dah nak tercabut keluar lah, muka depan dah tak macam muka depan lagi. Tak ke mendidihh macam tuu?







 



Itu jelah kot aku rasa adat meminjam. Maybe korang ada beberapa tips lagi yang korang rasa penting. Drop a comment and aku akan tambah dekat entry ni :D


Aku kalau benda tu tak penting and rasanya tak perlu, aku takkan pinjam. Biar lah aku punya buruk atau tak selesa, selagi boleh guna aku guna. Aku takkan pinjam kalau bukan emergency. Contohnya baju. 


Banyak lagi sebenarnya tips tips yang ada .. tapi 3 ni je yang aku terfikir pada masa sekarang. HEHEHEHE.



terima kasih sudi baca yaw!

Saturday, January 21, 2012

Cover handset bertanduk.

Assalamualaikum!

Aku tension weh dengan cover telefon aku ni haaa! Dah la tak berapa nak cun, tak berapa kemas, harga pulak mahall. Tapi memandangkan masa tu tak berapa banyak lagi kedai jual cover untuk telefon jenis aku ni, aku bedal je beli sebab taknak telefon aku ni calar balar. 


Dah la kalau letak dalam handbag, pastu telefon berbunyi, masa nak cari cari telefon dalam handbag, telefon entah ke mana, cover entah kemana. Huh! Cover telefon yang tak mengcover telefon punggg!




Tapiiiiii ... aku dah beli cover baruuu. Memula aku nak cari cover rabbit, tapi nan hadoo lah pulak. Apesall takde cover rabbit tu, bold ada pulak. Ini tak adill!



 Ehem ehem. Tangan siapa la tuu kannnn.

Cover bertanduk ini je yang ada. Aku pungg bedal beli jugak. Masa ni aku beli dekat KbMall. 


Sekali tengok macam syaitonnn pun ada kan. HEHEH. Macam scary jek kalau tengok dari belah belakang tu.


Cover yang ini kemas je terletak. Takde longgar longgar macam cover dulu. Aku beli ni RM10 sahaja. So kira berpuas hati jugeekk lah. Nanti kalau ada cover yang pelik pelik sket, aku nak beli lahh T__T

terima kasih sudi baca yaw!

Tuesday, January 17, 2012

TIPS : Cara aku hilangkan kesedihan.

Assalamualaikum!

Disebabkan aku tengah bersedih hati dan sakit hati sekarang, maka aku google doa untuk menghilangkan kesedihan. T__T.  Zaman sekarang, semuanya google sahaja! HEHEHE


Doa hilangkan kesedihan.




Selain daripada membaca doa merawat kesedihan bagi mencari ketenangan hati  seperti ayat di atas dan juga memohon kepada Allah SWT, korang boleh juga mencuba beberapa tips seperti yang selalu aku buat. Kantoi aku selalu bersedih! Muahahah

  1. Membaca. Aku selalu membaca kalau aku sedih. Ataupunnn time aku sakit hati kepada seseorang. Membaca apa jua jenis buku. Tak kira lah baca majalah ke novel ke gossip ke. Aku pungg suka baca gossip. HEHEHE. Paling paling tidak pungg aku just baca dekat Penulisan2u.my. Membaca dapat menghilangkan stress, sedihh, sakit hati. Korang akan rasa tenang selepas membaca. 
  2. Menyanyi. Selalunya kalau aku tak membaca, aku akan menyanyi. Menyanyi lah sensorang macam orang gilerr pungg. Orang gilerr pungg tak menyanyi kalau diorang sedihh. Muahaha. Bukan pergi karok maksud aku. Menyanyi dekat rumah, dalam bilik sensorang. Bedal lah lagu apa pungg yang aku nak. Lagu korean pungg aku layannn. Lepas dah 2 3 lagu, rasa puas hati. Hati dah tak rasa sedih. 
  3. Keluar jalan - jalan. Haaa.. yang ni tips palingg berjaya setakat ini. Tu pun kalau duit poket penuh ataupun kalau elaun dah masuk. HEHEH. Kalau poket kering/tengah bulan selalunya 2 tips dekat atas yang aku amalkan. Kalau tips no 3 nihh jarang kot, di sebabkan poket selalu keringg. HEHEHE. Masa sedih ni, mood nak membeli membuak buak. Iye lah, tengah sedihh, tengok apa pungg nak beli. Tengok baju lawa, nak beli. Tengok bag lawa, nak beli. Beli beli beli sampai tak sedar duit dah habis. Masa tu lagi lah bertambah sedihh pulak. T___T. 

Antara 3 tips yang selalu aku amalkan kalau tengah sedih. Lain orang lain cara nya. Maybe ni cara terbaik bagi aku. Ada sesetengah orang tu, kalau sedih dia makan makan makan. Dengan itu, dia rasa dia akan lebih tenang dan positif. Sebab tu aku cakap, lain orang lain caranya. 

Apa pungg terpulang kepada diri sendiri. Hidup kena selalu positif, kena selalu ceria. Biasa lah jarang jarang mesti ada rasa sedih, ada rasa stress. 

Fikirkan bolehhhh!!!

 Facebook. Salah satu cara untuk hilangkan kesedihan. T__T

terima kasih sudi baca yaw!

Monday, January 16, 2012

Perihal makanan.

Assalamualaikum!

Kali ni aku dalam keadaan mood yang agak baik. Mood aku takde swi swi (mood tak elok), sekarang dalam mood bergembira, modd happy, mood positif dan sebagainya T__T.

Ok. Mengenai makanan. Perihal aku dan makanan.

Aku kalau bab makanan, memang aku agak pemilih orangnya. Bukan memilih maksudnya nak makan yang mahal mahal aje. Memilih makanan juga bukan bererti aku tak makan itu, tak makan ini. Itu menyangada namanya. Bukan gitu. Maksud aku, mengenai makanan apa yang aku akan makan.   

Aku memilih makanan disebabkan perut aku yang tak tahan. Perut mengada orang cakap. *Perut aku lah ittewww*. Kalau makanan yang terlampau pedas, aku takkan makan. Kalau makan pungg, sikit saja. Kalau aku paksa makan, maka bermalam di tandas lah aku jawabnya.

Kalau makanan yang tak habis, dan makanan tersebut disimpan dalam peti ais aku akan makan. Kalau letak dekat luar, aku takkan makan. Aku sangat jarang makan makanan yang disimpan. Selalunya perut aku tak tahan. Kena makan makanan yang dimasak hari ni jugak. Kalau tak sedap pungg takpe, tapi mesti dimasak hari ni. Tak boleh disimpan simpan, kalau makan jugak  maka bermalam di tandas lah aku jawabnya.

Makanan dan kebersihan. Ini lagi lah aku pemilih. Aku takkan makan makanan tersebut jika aku rasa tempat makan/restoran yang sediakan makanan itu adalah tak bersih. Ini paling pantang! Tak sedap takpe, jangan tak bersih. Geli kembang tengkuk aku. Kalau nak tahu tempat itu bersih atau tak, tengok dekat bilik air restoran tersebut. Kalau bersih, maka percayalah cakap aku kebersihan di bahagian dapur juga adalah bersih! Kalau kedai tepi jalan pulak, kalau nak tengok bersih atau tak, tengok kepada orang yang menyediakan makanan tersebut. Kalau orangnya bersih, tempat nya bersih maka aku percaya makanannya juga mesti bersih.

Bagi aku tak salah kalau aku memilih dalam pemakanan aku. Sebab makanan yang kita makan akan menjadi darah daging kita nanti. Kalau makan makanan yang entah apa-apa, nanti tubuh badan kita pungg akan jadi entah apa-apa. Aku taknak, baru umur nak masuk 40 tahun tapi ada pelbagai penyakit. Penyakit 5 dalam 1 lah, 3 dalam 1 lah. Contohnya : Diabetis, kencing manis dan darah tinggi. Penyakit orang zaman sekarang. Penyakit pakej orang kata. HEHEH

So, daripada sekarang lah aku amat menitik beratkan kebersihan dalam pemakanan aku. 

Kepada semua, jom sama - sama memilih makanan. HOYEAHH!

 Jom makan!


terima kasih sudi baca yaw!

Tuesday, January 10, 2012

Bapak aku baru beli Canon EOS 60D

Assalamualaikum!

*kejadian beberapa hari yang lepas*



Abah aku ni tak tahu la angin apa tiba tiba dia cakap esok dia nak beli camera EOS 60D. Aku ingatkan dia bergurau jek sebabnya nampak macam gitu gitu je cakap, macam tak bersungguh.

Esoknya, walahhhh betull lah dia beli! Aku tak sangka dia akan beli DSLR jugak memandangkan hari tu aku dah beli DSLR Nikon D3100.

Jadi aku rasa agak membazir lah beli 2 DSLR ni. Ada 1 pungg dah cukup. Lagipun abah aku bukannya pandai nak setting bagai ni dekat camera. 

Dah la bagi aku Canon ni complicated sket settingnya. Aku pungg tak tahu nak tekan kat mana. Selalunya guna function P je. HEHEHE



 #1 Canon Delighting You Always *EHYEKE*



 gambar dari google

Beberapa contoh gambar yang adik aku snap. Aku tengok dengan mata kasar aku ni cantik lah jugak gambar ni. Kalau orang yang pro aku tak tahu lah apa komen diorang. 

 #2

 #3

 #4

 #5

Taman orkid rumah aku. =P Ok mak aku adalah hantu bunga orkid. Dulu lagi banyak, sekarang jek dah sikit.

Orkid ni cantik cantikkkk :D

So far, camera ni memang superb. Gambar lagi cantik dari camera aku cuma setting nya macam susah sket. Kena banyak belajar lagi ni.



terima kasih sudi baca yaw!

Monday, January 9, 2012

Beranak lagi.

Assalamualaikum!


Kucing aku ni haaa .. suka tah beranak pinak. Selalu jek family aku terpaksa bagi dekat orang lain anak anak dia tuu.  



Hari tu si putih tu dah bagi dekat orang. Nasibb si putih tu comel giloss, anak - anak si putih pungg comel. Kelabu and putih. Memang geram je tengok. Tapi sebab dah tak sanggup nak jaga, dan takde masa nak menguruskan kucing - kucing ni semua ... ehem kena bagi dekat orang lahhh.


 #1


 #2


Si putih yang dah bagi dekat orang tu adalah anak kepada kucing aku dekat atas ni. Yang tak tahan nya, bapak anak si putih adalah bapak yang sama kepada anak - anak tiri mak dia lahh.



Nak di kategorikan sebagai apa tah anak - anak si putih tu. HAHAHA. Nak kata cucu anak bapak dia, ishhh apesal aku duk pikir - pikir pasal anak - anak kucing ni. Buat pening kepala aku sajooo. HEHEHE



Kucing dekat atas ni pungg bakal di bagi kepada orang, ni kecik tak pe lah lagi.  Apa - apa pun aku harap tuan baru kucing kucing ni dapat jaga kucing ni dengan sebaiknya. Aku walaupun bukan penggemar kucing, pelihara ni pungg sebab adik adik suka kucing tapi tetap benci kepada sesapa yang buat aniaya dekat binatang. Walhal anjing sekali punn, dia adalah tetap binatang ciptaan Allah SWT.



terima kasih sudi baca yaw!

Tuesday, November 22, 2011

Tak sia-sia aku sakit tekak menjerit. Tahniah #Malaysia

Assalamualaikum!


Wehhhooo ... Tahniah buat pasukan #HarimauMuda. Sakit tekak aku masa menjerit dengan kawan-kawan dekat rumah rasa berbaloi! Hehehehe


 Sambil tengok bola, sambil2 tu aku tweet jugak. *iklan, kalau nak boleh follow aku @sarahmohamad* hehehehe .... memang tak kering gusi aku dibuatnya baca tweet2 diorang tuu. Kelakar habisss. Hahaha ..


Walaupun agak kecewa dengan persembahan Fakri Saarani tuu, tapi at least #Malaysia menang jugak akhirnya. Tapi apa2 punggg aku tetap adore pakwe aku >>> Izzaq Faris Ramelan! I love u lah Izzaq, walaupun mengalami kecederaan tetapi kehensemaman mu telah mencairkan hatiku ini. Muahahaha



*aku yang cool habis pakai baju Malaysia. Puiii! Hahahah*



 Aku tak reti nak mengulas permainan semalam. Yang aku tahu memang jek. ^^ Tapi memang, cuak habis lah semalam. Aku rasa berdebar debar giler sampaikan terasa jantung nak terkeluar dah. Wohhhoooo ... Nasib memang! Berkat doa seluruh rakyat Malaysia. 


terima kasih sudi baca yaw!

Friday, November 4, 2011

semoga selamat pergi dan selamat kembali :D

Assalamualaikum!


hohohoho ...... tak sabar nak balik kampungggg! walawehhhhh ...

insyAllah, aku akan bertolak balik ke kampung halaman aku yang tercinta iaitu kelantan darulnaim.

kami yesss kami .. iaitu aku dgn family kakak boifrengg aku berhajat nak balik dalam jam 12 tengah malam. nak lari jam katanyaaaa hehehehe

kepada semua :

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA!



terima kasih sudi baca yaw!

Islamic Quotes

Assalamualaikum!


source : SINI!

aku punggg dulu pernah cakap aku tak boleh hidup tanpa boifrenggg aku. masa tu aku khilaf. tak sedar aku cakap macam tu.

sekarang aku insaf. rasa menyesal cakap macam tu. aku tak sepatutnya cakap macam tu. aku ni baru di kira berkasih, tak lagi kawin.boifrengg hanya menjadi jalan untuk mencari seseorang yang akan menyempurnakan aku.

septutuntnya hanya ALLAH SWT yang patut aku sayangi lebih. sepatutnya kalau aku ada masalah, hanya DIA yang patut aku cari.

terima kasih sudi baca yaw!

Monday, October 31, 2011

About Maddi Jane

Assalamualaikum!


Siapa Maddi Jane? 

Dia adalah seorang budak yang berumur 11 tahun *at that time lah* sekarang aku rasa dia berumur 13 tahun kot T__T

budak lagi ni tapi suara power nak maposss .. tak bunyi macam budak2 punggg hehehe




Dah la dapat masuk show The Ellen Show. wth!

dia ni fames dalam you tube *macam si JB tu lah* tapi aku rasa dia ni lagi hot dari JB kot hehehe

so far dia ni nyanyi cover lagu2 artis macam Price Tag, Impossible, Rolling In The Deep 



lagu yang paling aku suka adalah secret dari one republic .. tak salah kot kalau aku kata lagu yang dia nyanyi lagi best dari penyanyi asal

dia nyanyi pungg sempoi jek .. rilek2 gituu ..

dah la hhhh coooooomelllll !!!


lirik:

I need another story
Something to get off my chest
My life gets kinda boring
Need something that I can confess
Til' all my sleeves are stained red
From all the truth that I've said
Come by it honestly I swear
Thought you saw wink, no
I've been on the brink, so

Oooh,
My god, amazing how we got this far
It's like we're chasing all those stars
Who's driving shiny big black cars
And everyday I see the news
All the problems that we could solve
And when a situation rises
Just write it into an album
Singing straight, too cold
I don't really like my flow, no, so

Tell me what you want to hear
Something that were like those years
Sick of all the insincere
So I'm gonna give all my secrets away
This time, don't need another perfect line
Don't care if critics never jump in line
I'm gonna give all my secrets away

Oh, got no reason, got not shame
Got no family I can blame
Just don't let me disappear
I'mma tell you everything

So tell me what you want to hear
Something that were like those years
Sick of all the insincere
So I'm gonna give all my secrets away
This time, don't need another perfect line
Don't care if critics never jump in line
I'm gonna give all my secrets away
Oooh, Oooh, Oh, Oh, Oh
All my secrets away

This time, don't need another perfect line
Don't care if critics never jump in line
I'm gonna give all my secrets away
All my secrets away, All my secrets away





terima kasih sudi baca yaw!

Sunday, October 30, 2011

TAHNIAH BUAT NEGERI SEMBILAN MEMENANGI PIALA MALAYSIA 2011!

Assalamualaikum!

*antara Negeri Sembilan dan Terengganu* 

apa2 pungggg aku nak ucapkan tahniah kepada pasukan Negeri Sembilan kerana memenangi Piala Malaysia 2011!



 walaupun aku tak sempat nak tengok keseluruhan ini .. *sempat jugak tengok, tapi sikit2 jek* tapi masa last tuu aku sempat tengok!

perlawanan yang sengit! kedua2 pasukan aku rasa dah buat yang terbaik kan. tapi biasa lah, adat bertanding mesti ada yang menang ada yang kalah hehehe 

kepada Terengganu, lain kali cuba lagi ok *ayat memujuk* hehehe

so .. kepada yang pergi ke stadium tuu .. aku harap2 esok tak keluar lah dekat paper ada gaduh ke, ada pecah cermin kereta ke, ada kena pukul ke apa2 je lah .. 

terima kasih sudi baca yaw!

Saturday, October 29, 2011

30 lagi ke 1000!!!!!


Assalamualaikum!


wohhhaaaa .. tak sangka aku blog aku yang hentah hapa2 ni punggg dah ada followers ke 970 *for now lah* maybe akan meningkat lagik *perasann!* HAHAHA

aku mula berblogging pada tahun 2008. aku ingat lagik masa tu aku kena buat final year project dekat adtec shah alam. biasa lah aku masa tuu awal2 masa tu mana nak study ke apa ke .. 

masa tu lah aku belajar blogging. hahaha .. orang lain sibuk nak buat fyp aku boleh rilek selamba jek hari2 main facebook, hari2 update blog!

dah last2 minute baru ingat ehh ... ada lagik sebulan lah nak kena present fyp. masa tu lah baru kalut2 nak buat. *kenangan semalam*

dalam2 keadaan kalut macam tu punggg, alhamdulillah .. fyp aku berjaya disiapkan dengan jayanya :D syukurrr sangat2 .. 

dari tahun 2008 hingga sekarang ni aku punggg bukan nya bebetul2 blogging. masa tu biasa lah ikut mood. kalau rajin update, kalau malas idok lerr .. sebab masa tu pung bukan nya ada yang baca punggg LOL!

sekarang .. aku try stabilkan traffik. update at least kalau malas sekalipunggg sehari sekali mesti ada. rajin amik gambar sana sini. sampaikan boifreng selalu cakap *nak letak dalam blog lettew* HAHA!

tapi nasib dia amik je dengan muka blur dia tuu .. 

so .. disini *ayat skema dowh!* aku or should panggil kata diri saya HAHAHA ingin mengucapkan terima kasih kepada yang sudi follow Sarah Mohamad ini.





lagik 30 orang untuk mencapai 1000 followers!

*maybe ada orang kata, alah baru 1k nak kecoh2. aku dah beriban, tak kecoh pungg. well ... jawapan aku .. itu ko punya blog lah. aku punya 970 pungg aku dah bersyukur sesangat!

**entry ni di buat untuk mengatakan tanda terima kasih kepada followers aku. thank you kakak, abang, adik2, pakcik, makcik .. kaum kerabat *eh, ada ke?* semua lahhhhhh! =P


terima kasih sudi baca yaw!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by Sarah Mohamad on Best Web Hosting