Showing posts with label cintan-cintun. Show all posts
Showing posts with label cintan-cintun. Show all posts

Saturday, March 10, 2012

MY SOULMATE

Assalamualaikum!




♥ u foreveh!




terima kasih sudi baca yaw!

Sunday, February 19, 2012

Makan - makan di Asia-Iicious

Assalamualaikum!
 

Selepas sekian lama tak hapdet, kali ni berhapdet jugak :) . Rindu okeh dekat blog ni!


Tadi aku pergi makan - makan dekat Asia-licious. Ejaan dia memang macam tu. licious tu memang di itallic kan jadi belok sket. Hehehe. Kalo sesapa duk area shah alam ni maybe tahu lah kot kedai ni. Kedai ni betul betul depan tangga masuk Alam Sentral.


Memula nak makan abc dekat fredo seksyen 2 tuh, tapi last last boifreng malas nak pergi jauh jauh sebab dia ada kerja. :( Takpoe takpe, lain kali boleh je makan lagi. Ciast dengan seksyen 2 dekat je.


Anyway, jommm tengok apa yg aku makan.


Sarah Mohamad. Hahaha gedik nak letak jugak nama sendiri padahal boleh je cakap "aku". Konon2 nya sweet letak "Sarah Mohamad". Kuang Kuang Kuanggg! *Gambar telah di edit secara melampau*

 


Boifreng kesayangan sepanjang zaman. ;D


Okeh. Makan timeeeeeee!





Aku order teh o halia. Ngada2 nak order air ni. Saja je aku nak try rasa macam mana sebab dulu kawan aku bagitahu aku sedap masa dia minum. So teringin nak try. Hehehehe. Konon konon untuk kesihatan aku lerrr! Sebelum aku nak order tu, boifreng dah pesan, nanti kangg tekak tak boleh terima. Tapi degil, nak jugak order. Sampai sampai ........


Last last hampeh! Tak sedap. Tekak aku tak boleh nak terima langsung! Aku tak tahu lah kedai ni ke yang buat tak sedap atau memang air teh o halia ni memang dah tak sedap.Lain kali taknak order dahh air nihh. Trauma kot! Hehehehe




Aku order bakso. Hari tu boifreng pergi Indon, dia cakap bakso dekat sana sedap. Aku ni memang tak pernah makan bakso. Pungg rasa nak try jugak. Hehehe .. Pung sama tak sedap! Huahuaaaaa .. Dah la sikittt, ciputtttt jek. Macam tak berbaloi je aku makan dengan harga RM5.50 nih. Aku rasa tak samapi 10 kali aku suap dah habis. Maybe dalam 7 suao kot =P. Sangat sangat sikitt. Tak berbaloi.



Boifreng order nasi tomyam. Yang ni sedap cuma manis. Tomyam pekat, lauk banyak. Tapi manis. Ni di kira set. Tomyam campur + nasi putih + telur dadar RM6. 


Pastu lastly makan keropok lekor. Side dish kekononnyaaaa =P


Sedappp!

So semua sekali adalah RM19.60. Bagi RM20 baki 40 sennn. Kekekeke.

Lepas makan balik rumah terus. 


terima kasih sudi baca yaw!

Friday, January 6, 2012

Dirimu Satu by Ungu

Assalamualaikum!

Currently lagu ini adalah lagu jiwang layan cintan aku. Muahahah

Bestttttt lagu ni. Try dengar kalau tak caya. =P



Lirik.

i will always love you kekasihku
dalam hidupku hanya dirimu satu
i will always need you cintaku
selamanya takkan pernah terganti

ku mau menjadi yang terakhir untukmu
ku mau menjadi mimpi indahmu


cintai aku dengan hatimu
seperti aku mencintaimu
sayangi aku dengan kasihmu
seperti aku menyayangimu
i will be the last for you
and you will be the last for me


i will always love you kekasihku
dalam hidupku hanya dirimu satu 


ku mau menjadi yang terakhir untukmu
ku mau menjadi mimpi indahmu


cintai aku dengan hatimu
seperti aku mencintaimu
sayangi aku dengan kasihmu
seperti aku menyayangimu
i will be the last for you
and you will be the last for me
i will be the last for you
and you will be the last for me





terima kasih sudi baca yaw!

Friday, December 23, 2011

Makan - makan di HR STEAK Kg Baru.

Assalamualaikum!



Yang atas sekali aku punya. Sedapppppp sangat. Beef steak rasanya. Aku punggg dah lupa.

Yang bawah tu boifrengg aku punya, chicken chop grill aku rasa. Punggg sedapp. 

Boifrengg aku dari dulu sampai sekarang nak makan cordon blue, tapi takde rezeki lagi. Tiap tiap kali datang sini, mesti dah habis. Coi sungguhhh lahhh! 

AIr orange biasa. Share berduaaa :D Sebab gelasss besar, tu pungg bukan nya habiss HEHEHE

Cuma kalau makan dekat sini, ermmmm menunggu itu satu penyeksaan tahuuu tak. Orang ramai, tapi pekerja skettt sajooo. Kadang kadang ada sesetengah pelanggan lari macam tuu jek. Tak tahan nak tunggu.

Aku kalau pergi sana, time petang atau midnight. Kalau pergi time jam 8 malam ataupun 10 malam aku gerenti korang takkan dapat makan. Lamaaa sangattt nak tunggu. 

Tapi nak buat macam mana, memang sana ramai gilosss orang. Sabar jelahhhhh T___T

*gambar tak berapa nak umphh, snap guna bb jekk. Kalau guna flash time malam, gambar memang tak cantikkk :(*

terima kasih sudi baca yaw!

Sunday, December 18, 2011

IKEA lagi dan lagi dan lagiiii Aishhh!

Assalamualaikum!

Disebabkan boifreng aku adalah penggemar tegar meatball ikea tu, maka adalah agak kerap jugak la aku kesana untuk menikmati the greatest meatball ever :D

Tapi bukan itu yang aku nak update ni. Sekarang adalah musim krismas, pergi lah ke mana mana pungg  mesti ada pokok krismas.

Tapi dekat ikea ni takde ok pokok krismas, sekarang tak tahu lah ada ke tidak tapi masa aku pergi tu takde. Adalah sangat pelik ok ikea takde pokok krismas. 

Yang ada cuma pokok krismas tiruan. Eh betulke tiruan ni. Nak panggil apa pungg tak tahu T__T

Tengok gambar jelah.

<3!

posing hentah-hapa-hapa




 apesal gelapppp ni wehhhh?!



Dekat KLCC ada pokok krismas besarrrrrr, cantik pulakkk tuu. Aku adalah malas nak pergi berhimpit himpit depan2 nak amik gambar Muahehehehe

 Dekat ikea salessss, tapi aku nan hadoo mood untuk membeli. Padahal duit itu sudah keringgggg! T__T

terima kasih sudi baca yaw!

Tuesday, November 29, 2011

Introduction : Kasut Baru




 Jeng jeng jeng .... kasut baru ok. Aku macam rasa dah lama giler tak bali sandal or kasut untuk diri sendiri. Aku rasa ermmm ... aku jarang kot shopping. 

Perempuan mana tak suka shopping? Cuba cakap .. tapi almaklum lah student kan. Kena pandai control pengaliran keluar wang ni. Pengaliran masuk nasib baik ada elaun, walaupun tak mencukupi masih lagi ada banker iaitu abah and mok aku. Hehehe

Stilllllllllll kena pandai jimat jimat.  So, memandangkan boifreng asyik tengok aku asyik pakai kasut/ sandal yang sama jek. Dia punggg menawarkan diri untuk beli kasut/ sandal baru untuk aku. 

Masa pergi JJ Bukit Raja hari tuu, memang aku dah cop satu kasut/ sandal ni. Tapi masa tu tak beli pungg sebab dah terbeli mekap stuff bagai tu. TERbeli ok, bukan sengaja nak beli. HEHEHE

Sambung pasal kasut tu. Tadi masa keluar jenjalan, boifreng ajak pergi beli kasut yang aku nak tu. So, try try and rasa sesuai terus amik. Dapat lah kasut or sandal baru. HEKHEKHEK

Next entry, nanti aku tunjuk!

terima kasih sudi baca yaw!

Thursday, November 24, 2011

Bar je try TENDER DELIGHT from MCD

Assalamualaikum!


Akibat terpengaruh dengan iklan tv ni auwww awuuu memikat hati untuk makan resipe terbaru dari MCD haruss lah aku dengan jayanya menggedik dengan boifreng ajak keluar.



 
Boifreng dengan CHICKEN MCBITES. 


So not cool okay, bila tetiba ko excited giler nak makan makanan ni .. bukak2 je tengok ada 6 jek!! Harusss lah aku macam .. erk 6 JEEEEEEEEEEE? Sekali ngap je aku, terus habis. Boifreng siap cakap lagi, " eh eh .. ni sekali bagi awk je sekelip mata dah habis".  Dah la kecik weh, kecikkkkkkkkkk!


Kalau tengok dekat iklan, macam banyak je. Siap bercucuran lagik mcbites ni. Kesimpulannya, JANGAN JANGAN terpengaruh dengan iklan tv. Dusta semata - mata.


Sebelum



Selepas


Aku dah try. Lain kali tak nak dah order ni. Tak sedap. Sebab aku lebih prefer isi ayam macam tigh atau peha tu.Tak suka isi ayam yang putih2 gini. Tak sedap. Tapi kalau orang yang suka makan isi, maybe sedap kot bagi diorang.





Set ayam spicy untuk boifreng. Kalau order MCD, memang aku suka mintak tigh dua-dua.



 Dan aku, muka kepuasan dapat makan kenyang-kenyang :D


terima kasih sudi baca yaw!

Saturday, November 19, 2011

Saujana Ampang di waktu malam :D

Assalamualaikum!


Hari tuu .. kira dah lama lah yek! lepas dah lama baru lah nak update kan. elok lah perangai macam ni :D hehehe


Entah kenapa masa keluar jenjalan dengan boifrengg dia ajak pergi ke Bukit Ampang Saujana ni. sebelum ni aku dah pernah pergi dah masa otw nak ke Sungai Gabai .... masa tu siang hari jadi masa tu memang tak lah orang lepak2 dekat atas bukit tuu. 
 Kali ni aku pergi malam, aku ingatkan takde orang ke apa .. rupanya memang macam pesta dah kat atas tu. ramai giler orang tapi of course lah ramai remaja2 kan.


Malam punya panaorama memang cantik gilerrrr. nampak seluruh KL. rugi betul, sebab hari tu aku lupa bawak camera. uwwwuuuwwwuuu .. menyesal tak dapat snap gambar cantik kat atas tu. Dah la nak pergi pulak tak tahu biler.




Masa nak cari parking tuu punya lah lama, katanya ramai orang kan. Aku tak expect lah pulah ramai gini hehehehehe .. last2 parking dekat depan tu hah.






Dah parking tuu nak cari tempat yang mengisi perut pulak. Supper kot :D padahal sebelum tu dah makan. hehehehe bukan ada restoran ke apa .. just kedai2 tepi jalan tu jek. pilihan yg ada cuma boleh makan stimbot yg cucuk tu jek. 





Aku cuma makan ni jek. Tak sampai 10 cucuk kot. Walaupun nampak macam tak sedap .. sebenernya sedap! Kedai ni jek yg aku rasa agak bersih .. yg lain hancusss. Tak sanggup nak singgah makan. Muahahaha ...







Air kecik gini punggg dah RM1. Sekali teguk je aku ni. Hehehe ... supposed tu air gini harganya 20 jek aku rasa. 


Kalau lain kali aku nak pergi, aku prefer pergi awal2 sket kot. Tak nak lah pergi time midnight macam ni. Tak best sebab entah hapa2 jek aku rasa.


terima kasih sudi baca yaw!

Wednesday, October 26, 2011

Wordless Wednesday #8 - LOVE ME FOREVER

Assalamualaikum!

orang lain banyak dah ww yang dah di buat . aku termasuk kali ni baru jek 8 kali hehehehe *dasar pemalasss!*

kata khennn wordless .. jadi persembahkan gambar sajoo lahhh :D


*yes i know, with you i will be in love forever*


gambar masa tahun 2008 kot, aku pung dah lupaaa dah .. :D

semoga hubungan ini hingga ke jinjang pelamin. doakan aku yek hehehehe *entry jiwang karat sekali sekala*

terima kasih sudi baca yaw!


Monday, October 3, 2011

makan-makan di D'One Steak Restaurant

hari tu teringin nak makan chicken chop. jadik bf aku ajak makan dekat hr steak kat kampung baru.

kat situ punyaaaaaaaaaa lah ramai giler orang. kalau nak parking usah cakap la, nak masuk pun tak boleh!

last2 bf aku ajak makan dekat shah alam je lah, sambil2 nak hantarkan aku balik. heheheheh

dekat sana, kawan aku cakap dekat d'one steak sedap. jadik ke sana lah kami :)

kalau tak try, mana nak tahu sedap ke idok kan kehkehkeh *cakap perak sket*


kalau korang nak tahu, dekat mana D'One Steak ni .. katanya ada dekat bangi satu .. kat tempat yang aku pergi ni dekat seksyen 7 Shah Alam. berderet dengan restoran hakim je. dekat je dengan uitm tuu. student uitm maybe tahu kot heheheh


ni lah tempatnya, nak parking pung senang hehehe
depan tu je

*gambar ni cilok dari google*



aku punya chicken chop black papper
nak kata sedap sangat idok la
bagi aku, ikut citarasa aku lah ye .... sekadar bolehhhhh lah
hehehehe





bf aku punya chicken chop biasa je
dia mana suka western
prefer nasik lagi
mulut melayuuuuuu hehehehe


aku punya air nenas, yang ni sedaaaaaaap sangat. kaw giler .. memang rasa nenas lah

bf aku minum air standart jus .. kekekek orange juice 

bf aku ni mana suka try benda2 baru, dia suka stick pada 1 benda je .. makanan pun sama .. jenis aku suka variety suka try try makanan heheh

tapi apa2 pun kami tatap serasi *apa kene mengena kekekeke*

Wednesday, July 20, 2011

Sarah Mohamad edisi SYOK SENDIRI

Assalamualaikum!



dekat entry ini >>> SINI! sila klik kalau nak tahu heheh


ATTENTION!


entry ni penuh dengan gambar Sarah Mohamad versi syok sendiri 


syok sendiri ni maksudnya perasan bagusss .. maka adakah Sarah Mohamad perasan bagusss? heheh


enttah kenapa, aku suka pakai shawl style loose gini, pakwe aku cakap in dengan aku. nampak cute. dia lah yang kata, bukan aku kata hehehe


style loose gini best, nak pakai pun senang tak payah pun .. dalam 2 minit dah siap . tak tipu punyaa!


blogger yana yonet pun selalu jugak pakai gini, sama jugak dengan blogger fyna yang cantik manisss ni .. selalu jugak pakai gini .. nampak in dengan mereka .. aku pun belajar tuto style loose ni dari blog fyna ni 


lepas tengok diorang pakai ni , baru aku teringin nak pakai heheh












tu je :D hehe




LIKE IT?

Monday, July 18, 2011

Aku dah beli Nikon D3100 dan Xperia X8

Assalamualaikum!



yeaaaay! hati ini sangat lah gembira tahu takkk! 


dekat entry lama ini, aku ada bagitahu camera aku dah rosak. sangat sedih sebab kamera ni betul2 banyak jasanya dekat aku selama beberapa tahun ni.


dan aku ada bagitahu aku nak beli camera yang baru. dekat entry ni aku ada mention aku nak camera jenis Canon 550d. 


instead of Canon 550d yang harga lebih kurang RM2300, aku rasa aku sebagai student tak berapa nak mampu untuk membelinya :(


bajet aku untuk beli camera ni adalah RM2500. kalau nak di kira, memang dah cukup untuk aku tembat Canon 550d tersebut, tapi setelah fikir punya fikir .. aku dan pakwe aku buat keputusan untuk amik just Nikon D3100 memandangkan aku pun bukan nya tahu sangat pasal DSLR bagai ni. abang ipar pakwe aku pun cadangkan untuk amik Nikon D3100 sebab katanya fungsi atau settingnya lebih mudah. jadi aku pun ikutkan jelahhh T______T


so here it isss .. aku dah amik pun Nikon D3100 tuu. sekarang tengah cas dia punya bateri selama 8 jam. tunggu esok baru siap hehehe :D


dari RM2400 tuu, aku dah tolak RM1700, camera tuu harga nya RM1700 .. semua complete set cuma yg takde filter nak tutup lens punya depan tuu. apa2 jelah namanya. heheh tak ngeti :D


jadi tinggal lah lebih kurang RM600. selebihnya tuu aku buat beli tepooooon baruuuuu. tepon aku yg lama tuu okay lagi, cuma gambar nya tak berapa cantik pastu takde wifi.


sekarang, aku rasa perlu pulak tepon nak ada wifi ni T___T. senang nak twitter sebenarnya. heheh


jadi, lepas di timbang tara aku pun amik la xperia x8. nak amik yang x10 tak mampu lagi T___T. x8 pun rasanya dah okay bagi aku. aku pun bukan nya nak yang tercanggih. canggih sikit pun dah okay heheh


aku beli x8 ni harga nya dalam 500. murah ke tidoook? tak tahu lah sbb aku beli ni dekat kedai yang selalu aku beli. dekat bawah Mydin Mall Subang Jaya. kat situuu tuan nya memang happy go lucky. aku cadangkan kalau korang nak beli tepon baru, kat sana lah yang okay. dia bagi banyak free gift tahuuu tak. 


aku tak amik gambar pun. tunggguuuuuu next entry pulak. :D


LIKE IT?

Saturday, July 16, 2011

Dia soulmate aku

Assalamualaikum!






setiap cerita cinta ada pengakhiran nya. dan aku dah jumpa pengakhiran cerita cinta aku. T_____T

dia sayap aku, di masa aku susah dia yang muncul. di masa aku senang, dia juga selalu ada di sisi.

tak kira di mana, dia sentiasa ada bersama aku :D

dia tak la sehensem artis kat luar sana tuu .. dia juga tak sekaya anak2 dato anak2 tan sri .. dia sederhana saja .. cuma sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik bagi diri nya, keluarganya dan aku

dia bukan yang pertama, maybe Allah nak tunjukkan orang yang salah dahulu baru lah ketemukan aku dengan orang yang betul2 di takdirkan bagi aku. jadi insyaAllah aku akan pastikan hanya dia yang terakhir

cukup aku katakan, aku bahagia bersama dia. dia sentiasa di hati aku. aku dan dia : kami saling melengkapi antara satu sama lain.


HAPPY ANNIVERSARY YANG KE 5 TAHUN; 
Muhammad Halimi Bin Harun



LIKE IT?

Wednesday, June 22, 2011

1st time aku dapat komen sebanyaaak ni. TERIMA KASIH semuaaa! aku hargai sesangat!!

Assalamualaikum :)


macam mana hari korang rini? adakah okay ke tak? hehehe



pagi ni aku bukak dashboard, tengok2 komen .. peh! terkejut weh aku ... sebab selama aku berblogging ni baru 1st time aku dapat komen banyak gini! harus lah jakun heheh



bagi aku ni dah cukup banyak dah, maybe bagi korang sikit je ni .. seciput je kan kan kan .. hehe




aku dapat 28 komen untuk post semalam, apa2 pun aku nak cakap terima kasih kat kooooorang semua sbb sudi bagi komen dan sudi baca blog aku yg hentah hapa2 ni. kalau nak dibandingkan dengan blog2 yg lain, maybe korang boleh dapat beratus2 komen kan, aku punya dapat 28 je dah kecoh2 kan. hehe .. tak kisah la apa yang orang lain nak kataaa pun. aku tak kisah. 



insyaAllah, kalau ada berkesempatan aku akan balas jejak korang semua okeh. kalau hari ni tak sempat, malam atau petang aku akan jejak ke blog korang.



tatap lah gambau aku sebagai hadiah nyee. jangan uwek uwek sudaaaah :D hehe

sila LIKE kalau suka

Friday, June 17, 2011

cerita lawak dekat TIMES SQUARE ....

Assalamualaikum.



semalam aku pergi dekat TIMES SQUARE (TS) dengan bebudak kelas aku including dengan senior2. sebelum tu pergi dekat perpustakaan negara *boleh bayangkan tak aku pergi perpustakaan, negara pulak tuu. huahua semua nya sekali dalam 13 orang semuanyaa. 


dah siap pinjam2 buku2 yang diorang nak, kami pun blah naik monorail pergi TS ni. sampai je dekat TS ni, memula mesti lah cari makanan dulu. sbb memang dah lapar giler, jadi fast food jelah. senang :D dah la ramai giler orang masa dekat MCD TS ni. time lunch :)



so dah makan2 semua, kami  yang peremnpuan ni apa lagi, terus lah ke agenda window shopping.hiks .. aku dengan kawan aku ni berpecah kejap sebab aku nak pergi dekat gerak yang jual banyak2 gerai tuu. aku panggil kedai siam gituu. gerai tuu rasanya dekat tingkat 3 kalau tak salah aku.



sesapa yang dah pernah pergi TS mesti boleh imaginekan gerai apa yang aku cakap2 ni :) aku nak lukis pun aku tak berapa ngeti. tangan jakuuun. hiks



aku dengan kawan aku pun masuk la survey2 dekat situ. aku memang niat tak nak beli apa2 dah, just tengok2 je. tapi tetiba berkenan pulak dengan hadnbag merah. pulak tuu reganya tak ler mahal sangat, terus lah rembat satu. pastu jalan2 lagi, ada kedai contact lens yang jual lens reganya rm25 je. murah kan? dah murah, mesti kita akan rasa lens tuu tak berkualiti. masa tuu, ada dua orang macam cina. dah la duk baca majalah je, muka macam nak cari gaduh. geram betul aku masa tuu.



sorang duk belah kanan, sorang lagi duk belah kiri. aku pun tanya lah dia ..


lens ni elok tak untuk mata?


dia macam terpinga-pinga je dengan soalan aku. aku dah macam pelik dah cina ni, aku tanya lagi sekali soalan yang sama. aku tengok terpinga-pinga lagi. pastu kali ketiga aku tanya lagi, boleh dia jawab cenggini.


boleh pulak dia jawabbb TAK! 


aku dengan kawan aku dah tergamam kot. tak pernah jumpa dengan penjual yang "sejujur" ni. aku pun pergi lagi tanya dengan orang sebelah. kali ni aku tanya dalam bahasa omputih pulak. mana tau kot2 dia tak paham bahasa melayu kan. *aku bajet cuak jugak nak cakap omputih ni sebenarnya. hahah.  



pastu kawan dia yang sebelah lagi ni, tanya dekat orang sebelah dia pulak. aku rasa dua2 cina ni macam terpinga-pinga jek dengan soalan aku. aku rasa soalan aku mudah je kot!!!



aku pun naik marah lah, macam susah gilerrr nak jawab soalan aku yang budak umur empat tahun boleh jawab sesenang jek!



aku pun blah la. malas nak berurusniaga dengan orang yang tak paham bahasa ni. cakap melayu tak paham, cakap omputih tak paham. kalau cakap india lagi la tak paham! malas nak berhujah panjang lebar, baik aku blah je. dah la takde usaha langsung nak amik hati pelanggan! jadik takde mood nak beli.



aku pun pergi lah kedai depan sikit, aku tanya orang depan *dalam2 blah tuu, sempat lagi singgah kedai depan pulak! haha 



yang belakang tuu orang mana? cina ke? *merujuk kedai lens yg tak paham bahasa tuu lah! 



patut lahhhhhhh dia tak paham cakap melayu dengan omputih! ngupanya dia oranggg myanmar kot!! haha  .......  haha ..... aku dah gelak2 dengan kawan aku. 



pastu tetiba melintas dalam fikiran aku ni, macam mana orang myanmar boleh menjual dekat TS pulak kan. ataupun maybe just pekerja kot. :D


ps: lens yang si myanmar ni jual, cantiiiik cantiiiik! hiks

sila LIKE kalau suka

Thursday, June 16, 2011

aku tertanya-tanya siapakah yang akan berada di tempat sebelah ni?

Assalamualaikum.




memandangkan dalam gambar tersebut, kerusi sebelah aku ni masih kosong, sedang menunggu jejaka hot mana yang akan mengisi tempat kosong tersebut.




adakah ini? yang ni pun jadiiiii lah hiks :D oh ..... abang fahrin ku! abang ni macho lah, pilih lah saya untuk berada di hati abang! cisss! geli geli.



yang ni lagi lah jadiiii! memang kalau boleh nak yang macam ni, lebih kurang macam ni pun takpee! huahua .. yang ni sebab terpengaruh dengan seth tan. hiks



kalau macam ni, TAK BOLEH JADIK! hell! geli weh sapa yang ada 6pack gni. badan ketul2 ni aku nak pegang rasa erk .. takutnya .. macam besar giler muscle2 ni.no no no ... tak sanggup!


kalau boleh, dalam dunia yang serba meterealistik ni, nak la yang stabil. yang ni mesti. kalau tak stabil, nak tanggung anak orang macam mana kalau diri sendiri masih lagi terumbang ambing kan. tak lah kena kaya giler macam anak2 datok ke anak2 tan sri tuu, at least lah mesti lah berkerjaya.


pastu nak lah yang beriman sket, eh eh .. bukan sket, memang kena cari yg jenis beriman. tak perlu lah semayang sunat tuu dia buat hari2, kalau nak buat pun takpe jugak, dan tak perlu yang asyik2 berkopiah je, at least 5 kali sehari mesti cukup. hiks


last sekali, kena lah ada sifak2 suka bergelak ketawa sket. tak nak yang serius sajooo. yang tuu susah nak berkomunikasi. sebab aku kalau sapa2 yang buat lawak, aku hentam je ketawa sakan. kalau perlu ketawa sampai berair mata, memang aku boleh buat punyaaa :D


rasanya ciri2 kat atas tuu susah tak  nak cari? 

sila LIKE kalau suka

Monday, June 13, 2011

Tarikh hari bapa

Assalamualaikum



tahun ni HARI BAPA jatuh pada tarikh 19 Jun 2011 yang bersamaan pada hari ahad. aku sorang ke yg perasan kalau hari ibu dengan hari bapa semestinya jatuh pada hari ahad kan. hari bapa tahun ni juga bersamaan dengan HARI BAPA 2011. tak sabar nak tahu sapa yang akan dapat HARI BAPA peringkat malaysia ni kan untuk tahun 2011.


tanpa ibu dan bapa, tak jadi lah kita kan. hiks .. ibu di sayangi, bapa di hormati. kepada bapa aku, MOHAMAN BIN CHE YUSOFF .. aku dan adik2 mengucapkan SELAMAT HARI BAPA. walaupun awal lagi, tapi reminder la bagi aku. 


bulan ni juga, bapa aku akan menyambut birthday nya yang ke .. teeet! ada la sikit special nya hari bapa tahun ni :)



masa hari raya tahun lepas.
ramai yang cakap bapa aku awet muda. apekah?
haha ..

sila LIKE kalau suka

Tuesday, June 7, 2011

maksud nama Sarah Mohamad :)

Assalamualaikum!
tadi aku boring dalam kelas, aku pun sesaja je search maksud nama aku dalam encik goole ni. korang pun boleh je kalau nak terai. 


SARAH MOHAMAD
SSuci
AAmanah
RRamah
AAlim
HHarum
MMesra
OOportunis
HHarum
AAbadi
MMenawan
AAsli
DDinamik



peh! kemain lagi maksudnya ... haha .... kalau menawan tuu aku rasa kena kot dengan aku. muahahah ...


bagi sesapa yang tengah mengandung .. bakal mengandung .. bakal ibu2 .. boleh la pilih nama2 cantik ni.

Uwais Muayyad
Arif Ikhwan
Abdul Razin
Muhammad Syamil Aryan
Hazirah Izzah
Hanun Amira
Abdullah Mubarak
Ali Zulfadhli
Irfan Khairy
Nur Aqilah Naqiyah
Muhammad Amir Amrullah
Nurul Adriana Arani
Siti Nur Fatin Hakimah
Adi Yasir
Nur Farizah Nabila
Fatin Ayesha Zhafirah
Mohd Ziqri Nashrullah
Mohamad Labib
Zihni Azbin Ariq
Aiman Nabilah
Ardini Farhana
Ahmad Hakim Wafiuddin
Mohd Adam Durrani
Anis Batrisyia
Ahmad Aiman Danial
 

Batrisyia Keysha
Nur Amanda Haseena
Muhammad Iman Harraz
Elman Nufail
Nurul Fauzan
Hanania Alma
Airis Zara Amanda
Haifa Syakira
Zaina Afifah
Adli Arman
Nur Alisha Salsabila
Munirah Qistina
Nur Amni Faqihah
Zara Damia Akma
Akbar Ali
Muhammad Nur Fahim
Ulfah Umairah
Daris Ammar
Jihan Alya
Siti Nur Khalifah
Aisy Hayyan
Anas Khazindar
Amira Rasyidah
Ahmad Ariq Zafri
Aina Najwa


nama yang aku bold tuu aku rasa aku nak pilih nama tersebut untuk anak2 aku nanti. :)


sila LIKE kalau suka

Saturday, May 28, 2011

me myself :)

Assalamualaikum dan selamat malam.


*entry auto-published di pagi hari.





aku hanya menjadi diri aku sendiri.
medium aku adalah melalui dunia blogging.


aku hanya menjadi diri aku sendiri.
kalau orang lain tak suka, lantak korang lah. 
yang penting aku, keluarga dan kawan2 mengenali aku luar dan dalam.


ps : klik DISINI! kalau nak tahu mengenai Sing .. Dance and Act untuk memenangi hadiah sehingga 10k!

sila LIKE kalau suka

Monday, May 23, 2011

melantak Nasi Kukus dekat Uptown Shah Alam ..

Assalamualaikum dan sweet monday :)





jangan duk blues monday sudeyyy! kepada yang belajar tuu, belajar elok2 dan kepada yang bekerja tuu .. selamat bekerja. weekend korang macam mana? tengah2 bulan pun ramai giler orang okeh dekat mid valley. tapi takpeeeee ... dapat jumpa dengan pirates of Caribbean. hehehe .. sesapa yang pergi mid tahu lah :)





pastu malam tuu, aku pergi dekat uptown shah alam. kalau dengan ciast tuu 5 minit je dah sampai. celah hidung je dekat weh. saja nak ubah selera makan. selalu aku makan dekat tempat yg sama je. boring lah dan sedikit muak. kali ni terasa nak makan nasi kukus dan nasib baik sampai2 je dekat uptown tuu .. terus masuk dan terus jumpa nasi kukus. 







nasi kukus ni encik boyfie cakap just fine. ntah la apa maksudnya. bagi aku sedap lah jugak. cuma tak ump! nasik okay, rempah ayam pun okay.


masa ni nak snap gambau aku dengan encik boyfie. tapi dia malu2 pulak. segan. ngade2 je lah tuu sebenarnya. huahua



dah habis T________T tinggal tulang dan sisa2 nasik je. daripada penuh pinggan jadik licing cenggini. peh! makan banyak kot aku ni. lain kali try dekat tempat lain lah. sesapa yang tahu nasi kukus dekat area shah alam ni yang sedap tak?


lupa .. nasi kukus 2, 1 nasi lebih dan aku air bandung .. limi air sirap limau .. semuanya RM14.50.


sila LIKE kalau suka

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by Sarah Mohamad on Best Web Hosting