Wednesday, March 14, 2012

Edisi Makan Makan di ISLAND BBQ STEAMBOT :)

Assalamualaikum!


Hari tu aku ada ajak boifreng pergi makan steambot. Memula nak pergi makan dekat Tupai Tupai Shah Alam. Macam agak mahal jugak la sebab sekali bayar dalam RM28 gitu, ada dalam 150 choices .. tapi masalahnya boleh ke nak habiskan SEMUA makanan tu. Takat mana sangat boleh makan kan. Lain lah korang perut tong sampah kan, sumbat je apa2 pun takpe =P


So survey lagi dan lagi dan lagi. Last last aku buat keputusan nak pergi makan dekat ISLAND BBQ STEAMBOT!!! *boleh klik untuk ke website diorang*



Yang paling best dekat sana, steambot sekali dengan grill. Grilll yes yess aku dah lama mengidam nak steambot sekali bakar/panggang ni.



Aku siap print lagi map nak kesana huahuahua tak tahu jalan kan, kampung melayu subang bukan kawasan aku. *ceeewah! Bajet macam KAK LONG pulak!*



Dah print bagai pun masih sesat, boifreng aku pun dah pening kepala gamaknya. Last choice, call sahaja owner tersebut. Dia bagi arahan sket sket, boifreng aku dapat tangkap dah tempatnya dekat mana. Hihi Nasib dapat tangkap, kalau tak balik dengan perut kosong lerr aku malam tersebut.



Dah sampai sana, owner tu siap sambut aku tahuu takk. Tersangat lah peramah ownernyaa. Dah la kulit flawless gilerrr. Diorang set meja kejap, aku dengan boifreng dah amik makanan dah. =P Tak nyempat nyempat kan, lapar sangatt hehehe



Layan kan gambar ajelahh okeh. Gambar adalah tak mengikut susunan. Malas nak susun. Hehehe





 Tempat amik makanan adalah di tengah tengah, sekelilinga nya ada air ni. Aku suggest apa yang korang nak makan, amik banyak banyak terus. Kalau amik sikit sikit je, pastu kena tambah lagi lagi. Jadi untuk memudahkan, baik amik banyak2 terus macam aku. Hehehe


Lagipun, kalau orang tengah ramai bersesak sesak skett.








Budak gumukkkk ni mana tah ni. T_______T



 Aiskrim pulak, kita tak boleh amik sendiri. Kena pergi cakap kat dia, lepas tu nanti dia akan hantar. Macam aku makan sikit je aiskrim. Sebab dah kenyang sangat kan, nak makan ABC pun tak sempat! Huhuhu
























Ada telurrrr. Weeeee. 







Aku bagi ♥♥♥♥ love kat tempat ni. Lagi 1 love tu sebab tak banyak choices. Hehehe tapi seriously udang dengan sotong dia adalah tersangatttttt segarrr! Yang lain okay. EH lupaaa, aku amik sup tomyam. Sedap jugak, tapi aku lebih banyak grill dari letak dalam sup tu.



Lagi satu, sos dia amattt amat sedapppp! Semangkuk yang boifreng aku amik, nasib dengan mangkuk2 kami tak makan. Sedapp! 



Bagi aku dengan harga RM21.90, aku rasa reasonable kot tempat ni. Recommended!


Tempat dia pun cantik! Tapi masa aku pergi tu ramai orang celebrate birthday, so agak bising jugak la. Tapi nak buat macam mana, bukan aku makan sorang kan. Hihihihi

terima kasih sudi baca yaw!

4 pengomen:

Afaf CyNofa said...

waaa...best nye..aritu dh pegi sini, mknan kt cm mmg besh.. ;p

Shiema Sufian said...

Alahaaai, dah lama tak makan steambot. terliur shiema tengok (:

Nugrul Sakura said...

mcm best jerk....

Cik Siti Hajar said...

bestnyeee!!

Post a Comment

terima kasih sudi komen blog ini :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by Sarah Mohamad on Best Web Hosting